Bekerja sebagai doktor di klinik sendiri, segala-galanya terpaksa diuruskan sendiri. Kitalah boss, kitalah kuli. Bermula dari melangkah kaki ke klinik, membuat persediaan sebelum melihat pesakit, merawat pesakit dan seterusnya kerja-kerja perakaunan, pembelian ubat, pengurusan staff dan sebagainya. Memang meletihkan, tambah bila usia dah semakin meningkat ini.
Nak dijadikan cerita, punyalah kelam-kabutnya Ummi kelmarin bila didapati 2 penyata akaun bank ‘Tetuan Klinik Ummi’ hilang! Sedangkan buku cek dan buku penyata akaun belum dikemas-kinikan. Puas mencari, habis fail digeledah, keluar-masuk keluar-masuk antara bilik doktor dan bilik penyimpanan fail entah berapa kali…yang dicari, tetap juga tak jumpa! Akhir sekali terlintas di hati, ‘Entah-entah bank tak hantar statement yang 2 bulan terakhir tu kot.'
Waktu rehat tengah hari, dalam perjalanan ke Bandaraya Kuala Terengganu untuk beberapa urusan, terus Ummi maklumkan pada Abi berkenaan statement bank yang hilang itu.
“Abi, statement bank yang bulan 12 dan bulan 1, bank tak de hantarpun ke klinik?”
Dalam nada yang agak terkejut, terus Abi bertanya, “Bulan 12 dan bulan 1?”
“Yalah. Bulan 12 & bulan 1. Yang bulan 2 punya ada!”
“Sekarang ni baru bulan berapa Ummi? Dah tentulah baru nak habis bulan 12. Memanglah bank tak keluarkan statement lagi! Alamak, apa dah jadi kat Ummi ni?”
“Hah??!! Ya tak ya juga! Alamak, apa pasal Ummi duk tercari-cari statement bulan 12 & bulan 1 ni? MasyaAllah..agaknya statement bulan 2 yang Ummi nampak tu, tahun ni punya. Ingatkan tahun 2009! Dah tentulah kita tak masuk tahun 2009 pun lagi. Aduhlahai…”
Apa lagi, pecah berderailah ketawa kitaorang kat dalam kereta tu! Nilah penangannya kalau otak dah berserabut dengan kerja-kerja yang dirasakan tertangguh tetapi sebenarnya tak tertangguhpun…mungkin tak cukup kerja lagilah tu kot? Ha,ha,ha,ha….
Tetapi jawapan yang sebenarnya adalah kerana kerja-kerja pengurusan yang tak tersusun…
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang tersusun rapi seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh”
(Al-Saff : 63-64)
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang tersusun rapi seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh”
(Al-Saff : 63-64)
Kata-kata masyhur dari Saidina Ali r.a:
“Kebenaran yang tidak tersusun (bersistem) akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun (bersistem)”
Sekian Wasallam.
*************************************************************************************
7 ulasan:
hehehe, lawak la kak ummi ni. ni mesti kes terlalu banyak keje skrg ni, tu yang jagi mamai sikit tu.
chik pernah alami kes hampir serupa masa nak siapkan laporan tahunan tempohari, tak jumpa cari invois servis lif yg bulan 11, last2 baru ingat mekanik belum serah sb hr tu tak jumpa chik sb chik cuti, barulah lega.
hehehe... dok gelak lagi ni.
p/s buku baru dpt dikurier hari ni sebab btg tubuh ni dipanggil ke stadium smpi tak sempat nak uruskan bisnes sendiri. maaf banyak2 kak ummi ya.
Kak ummi...
kalau nak buka klinik sendiri, perlu ada ilmu bab2 bussiness management tak? kena amik kursus apa2 ker? ker, main randuk jer... huhu..
Kalau kak ummi ada masa2 lapang, bolehlah jawab soalan ni, terima kasih kak ummi...
Kesian kak ummi, sibuk benar nampaknya tuh....
Good Luck!
dan selamat tahun baru!
salaam...dr. ummi, entry kali ni seperti ada maksud tersirat ye? lebih2 lagi kata2 saidina Ali tu mcm terkena dengan keadaan skrg kan? hihi.. seeru 'ala barakatillah! all da best ya! =)
Dr Ummi...tergelak pulak baca posting ni. Sebelum sampai akhir, terfikir jugak, mana Dr dpt statement bulan 2 tu. Rupanya bulan 2 tahun lain hehehe
kelakarla kak umi ni... rilek2 kan diri anda!!
banyak bebeno keje ker @ tak cukup kerje?
takpe cuba susun semula kerja2 yang katanya agak tak tersusun tu..
kak umi pasti boleh!!
Assalamualaikum.
Chik,alahai..baru hari ni dpt balas.Dah terima buku Chik semalam tapi tak capai target nak jadikan hadiah birthday utk hubby le sebab samapinya lewat sehari!Apa nak buat Chik.Ada le hikmahnya tu.Apa-apapun,hubby dah terima hadiah lain.He,he.Memang Kak Ummi la ni tengah mamai!Uihh..tak tau nak cakap.
BalQis,nak buka klinik sendiri,cukup le tau sikit-sikit asas akaun tu.Tak perlu sampai nak kena ambik degree lain pulak.He,he.Yang penting ada medical degree.Nanti tau le BalQis nak manage camana.nak mai 'kursus' dgn Kak Ummipun boleh jugak.Hihihi...
Martyr...pandai ngko ya.He,he.Setiap artikel yang Kak Ummi tulis,pasti ada yang tersirat di sebalik yang tersurat!
Emblem of Purity...hmm,kalau dah tengah mamai,memang cam tulah jadinya.Hahaha...
FirJah,terimakasih atas kata-kata perangsang.Yes!Kak Ummi pasti boleh!boleh!boleh!
hehehe, lupa nak masuk lepas kali terakhir komen hari tu.
Catat Ulasan