Selasa, 30 Disember 2008

Derma Organ Atau Darah Kepada Bukan Islam?

Assalamualaikum.

"Doktor, boleh tak saya dermakan sebelah buah pinggang saya kepada rakan karib saya? Tapi dia ni bukan Islam?"

Dalam kehidupan sebagai seorang doktor muslim, berbagai persoalan serta permasalahan yang berkait dengan agama & perubatan akan disasarkan kepada kita. Terasa begitu ceteknya ilmu di dada lantaran terlalu luasnya ilmu Allah yang belum dipelajari. Apa nak digahkan dengan title seorang doktor sedangkan soalan-soalan sebegini masih tidak mampu dijawab secara spontan. Apalagi dengan ilmu yang selama ini dipelajari berdasarkan pendekatan sekular, bukan pendekatan Islam.

Bolehkah Menderma Organ Atau Darah Kepada Bukan Islam?

Ulama’ Menjawab : Syeikh Yusuf Al-Qardawi

Tentang mendermakan organ atau darah kepada orang bukan Islam, kami ingin memetik fatwa berikut yang diterbitkan oleh ulama Islam yang terkenal Yusuf Al-Qardawi. Bunyinya:

Mendermakan organ sama seperti memberikan sedekah dari sudut boleh tidak bolehnya kepada orang Islam dan kepada bukan Islam. Akan tetapi haram mendermakan organ kepada orang bukan Islam yang berjuang menentang orang Islam dan kepada orang yang menyerang agama Islam. Berdasarkan hal yang sama, organ tidak boleh didermakan kepada orang yang murtad sebab dia sudah menjadi pengkhianat kepada agamanya dan kepada kaumnya dan oleh yang demikian patut dibunuh.

Akan tetapi sekiranya ada seorang Islam dan seorang bukan Islam serta kedua-duanya memerlukan darah, maka Yang Maha Kuasa menyatakan dalam al-Qur’an: “Dan orang Islam yang beriman, lelaki dan perempuan, setengah-setengahnya menjadi penolong kepada setengah-setengah yang lain” (At-Taubah : 71)

Di sini kami ingin menerangkan dengan sejelas-jelasnya bahawa orang Islam yang warak lebih utama daripada orang Islam yang menyeleweng dan suka berbuat dosa, yang menggunakan kurnia Allah kepadanya untuk melanggar perintah Allah dan mencederakan saudara seagamanya.

Juga kami harus mengatakan bahawa jika orang yang berkaitan itu keluarga atau tetangga kita, maka dia hendaklah diutamakan disebabkan oleh ikatan kekeluargaan atau hubungan sebagai tetangga. Allah Yang Maha Kuasa berfirman: “…dalam pada itu orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengah-setengahnya lebih berhak atas setengah-setengahnya yang lain menurut kitab Allah…” (Al-Anfal : 75)

Patutlah juga diingat bahawa seseorang boleh mendermakan organnya kepada seseorang tertentu ataupun kepada sesebuah yayasan seperti bank yang ditunjukkan untuk maksud ini.

Dalam pertanyaan yang lain, yang berkaitan dengan mendermakan darah kepada orang bukan Islam, Dr Muhammad Siddiqi menyatakan:

Pemindahan darah kerana tujuan perubatan diizinkan oleh Islam. Darah boleh diambil daripada orang bukan Islam dan orang Islam boleh pula memberikan darah kepada orang bukan Islam. Perkara-perkara ini ada kaitannya dengan nyawa manusia.

Menurut fikiran waras nyatalah bahawa Islam mengajar kita memberi makan kepada yang lapar, menjaga orang yang sakit dan menyelamatkan nyawa orang. Dalam hal ini tiadalah menjadi soal apakah nyawa itu nyawa orang Islam ataupun nyawa orang bukan Islam.

Rujukan : Buku Fatwa Menempuh Kehidupan Moden (Diterbitkan Oleh: Daud Baharum)

*************************************************************************************************

2 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih kak ummi. Info yang sangat bermanfaat. Chik pun pernah dengar pasal soalan macam ni rasanya dalam satu forum perdana dalam tv. Mmg ramai lagi di kalangan kita yang tidak tahu ttg perkara ni sebab kurangnya membaca dan mendengar sebab itu berlaku kejahilan. Kita pun sama2 belajar bila timbul persoalan macam ni kan.

Balqis berkata...

Hurm, begitu rupanya. Terima kasih kerana menerangkan dengan jelas. Tidak pernah terfikir pula soalan-soalan sebegini akan wujud, walaupun sepatutnya perlu difikirkan juga. Hehe...

Lepas ni, kalau ada orang tanya, bolehlah jawab begini, ya. Syukran Kak Ummi kerana sudi berkongsi di sini!