
Hmm..dah tu nak kena jawab bab hukum-hakam pulak. Aduhaiii..bab-bab hukum ni, ummi bukannya dari golongan yang tahu, ummi cuma dari golongan yang mahu mengambil tahu (ambik kata-kata saifulislam.com) Walau apapun, InsyaAllah ummi tetap akan berusaha merungkaikan masalah pesakit yang datang berdasarkan sedikit ilmu yang ada. Kalau diluar pengetahuan ummi, maka sama-samalah kita merujuk kepada orang yang lebih tahu.
Dah agak lama juga berenti sat dari isu persoalan hukum di bulan puasa ni, teringin pulak ummi nak copy n paste beberapa permasalahan yang selalu diajukan pada ummi oleh pesakit. Kali ni dalam bahasa melayu dari sumber al-ahkam.net. Selamat menuntut ilmu...!
Soalan 1
Salam.

Terima kasih.
Jawapan 1
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Wanita haidh haram berpuasa, jika berpuasa tidak sah puasanya dan wajib diganti hari-hari yang ditinggalkannya.
Dalil tidak boleh berpuasa baginya:
Hadis Nabi SAW: "Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa". HR Bukhari 1/116.
Ibn Qudamah berkata: "Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira". (ِAl-Mughni 4/391).
Cuma ada ulama berpendapat, bahawa golongan yang uzur hendaklah berbuka secara senyap-senyap. Tujuannya supaya mengelakkan daripada tohmahan orang bahawa dia melewa-lewakan hukum agama. Kerana mereka mungkin tidak mengetahui keuzuran golongan ini.
Ada juga ulama berpendapat, jika uzurnya zahir maka boleh berbuka secara zahir. Jika uzurnya tidak zahir, maka hendaklah berbuka secara tersembunyi. (Al-Insaf 7/348).
Wallahu A'lam
Soalan 2
Salam

Syukran
Jawapan 2
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
HUKUM WANITA HAIDH BERPUASA
Wanita yg haidh;
- haram berpuasa.
- Jika berpuasa, tidak sah puasanya.
- wajib qadha' hari2 yg dia haidh.
Dalilnya:
Hadis: "Apabila seorang wanita haidh, maka tidak bersolat dan tidak berpuasa". HR Bukhari 1/116.
Ibn Qudamah berkata: "Jika wanita haidh niat puasa, dan menahan diri dari makan minum, sedangkan dia tahu HARAM puasa, maka dia BERDOSA, dan puasanya tidak dikira". al-Mughni 4/391.
Syeikh Muhammad al-Syanqiti ditanya ttg masalah wanita haidh berpuasa, jawabnya: Jika dia tahu haramnya puasa, tetapi dilakukan juga, maka dia berdosa.
Hatta para ulama mengatakan: Jika wanita yg sedang puasa, tiba2 beberapa minit sebelum maghrib dia haidh, maka dia sudah dikira berbuka, dan wajib qadha hari itu.
rujukan: Syarah Zad Mustaqni' Syanqiti, dan syarah mumti' uthaimin.
Manakala anda bangun sahur pula, ia tidaklah dianggap makan sahur, kerana sahur hanya khas untuk org yg berpuasa. Jadi, ia dianggap makan sarapan sebelum subuh. Jangan menganggap ia makan sahur, kerana jika niat bersahur, bererti anda mahu berpuasa, sedangkan ia HARAM bagi wanita haidh.
Akhir kata, Berbuka puasa untuk wanita haidh ini bukannya rukhsah boleh atau tidak, TETAPI adalah azimah yg wajib diterima wanita Islam.
Soalan 3
Salam.

Harap dapat keterangan kerana dari carian sekadar penerangan sekitar permasalahan wanita istihadhah dan solat.
Terima kasih.
Jawapan 3
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
Hukum wanita istihadhah adalah sama dengan hukum wanita suci dalam banyak permasalahan. Maka wanita istihadhah wajib sembahyang fardhu, wajib puasa ramadhan, boleh berpuasa sunat, dan boleh berpuasa ganti ketika waktu istihadhah itu.
Yang menghalang daripada puasa ialah: Haidh dan Nifas sahaja. ini adalah pendapat semua keempat2 mazhab.
rujukan:
-Badai' Sanaie 1/161 (mazhab Hanafi)
-al-Talqin m/s 73 (mazhab Maliki)
-al-Majmuk 2/417 (Mazhab Syafie)
-Fatwa Lajnah Daemah no: 6495, m/s 5/404.
wallahu a'lam.
Soalan 4
Assalamualaikum....

Jawapan 4
Salam
Pertama sekali eloklah kiranya kita melihat berapa lamakah masa berlangsungnya darah haid. Terdapat khilaf dalam isu ini.
Berikut ringkasannya:
Syafi'iyyah: min 1 hari; maximum 15 hari
Imam Malik: tidak ditentukan dan tidak ada batasan.
Hanbali: min 1 hari; max 15 hari. walaupun begitu mereka mengatakan perlu juga dilihat pada adat dan kebiasaan masyarakat setempat mengenai kitaran haid
Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-ahkamil mar'ah wal-bait al-muslimah(ensiklopedia hukum wanita & keluarga) berkata bahawa pendpt yg rajih ialah pendpt Hanbali iaitu perlu dilihat pada uruf utk menilai had haid perempuan.
Manakala mengenai berlakunya selang waktu suci antara had waktu haid spt yg dijelaskan di atas, ulama' juga berbeza pendpt mengenai hukum hari suci berkenaan.
Hanafiah berpendapat bahawa bersih drpd haid semasa tempoh haid dikira sebagai haid.
Adapun syafi'iyah berpdt hari bersih itu dikira hari haid dgn 3 syarat iaitu:
1. hendaklah hari bersih itu dilingkupi antara 2 darah haid.
2. hendaklah tempoh bersih itu tidak melepasi 15 hari.
3. Darah yg keluar tidak kurang dr tempoh sekurang2 haid.
Manakala Hanbali dan maliki berpdt bhw hari bersih itu dikira hari suci. Ini krn keluarnya darah itu menujukkan haid dan terhentinya darah menunjukkan suci dari haid.
Berbalik kpd persoalan sdr. Maka menurut penpdt mazhab syafi'i, puasa sdr tidak sah krn waktu suci antara dua haid itu tetap dikira tempoh haid. Maka hendaklah ia menggantikan 12 hari. Adapun penpdt hanbali dan maliki, tidak perlu ia menggantikan puasa berdasrkan penjelasan ringkas di atas. WA.
Wassalam
Sumber Rujukan : Al-Ahkam.Net
Rujukan Lain
Fiqh Islami 1
Dr Wahbah al-Zuhailly
Hukum Dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas Dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin al-Makki
Lihat juga URL berikut
SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat
*************************************************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan