Assalamualaikum.
Sumber Rujukan : Utusan Online
************************************************************************************
Rupanya dah masuk hari ke-10 kita berpuasa. Hmmm…bekalan kurmapun dah habis 4 kotak, makan sekeluarga. Waktu berbuka petang semalam, terdengar le rungutan dari si kakak Amirah “Alahhh ummi…boleh tak kita terus minum je masa berbuka nanti. Kakak tak sukalah makan kurma..” Maka menyampuklah si adik Aisyah, “Ha’ah..Aisyahpun tak sukalah, ummi.”
Fenomena yang biasa berlaku, kan? Hmm..camana agaknya nak kasi anak-anak suka makan kurma? Ummi rasa kan, bukan setakat anak-anak kecil, yang dewasapun ramai juga yang tak suka dan bagi macam-macam alasan…tak boleh makan sebab manis sangatlah, pening bila makanlah, malah ada pesakit yang ummi rekomen amalkan kurma boleh bagi alasan, “Sejak kecik lagi saya tak boleh makan kurma, Dr. Kalau makan, muntah!”
Astaghfirullahal’azim…sayangnya tak dapat menikmati dan mengambil khasiat dari buah berharga anugerah Allah ini, kan?
Amalan Rasulullah SAW
Menurut Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air.
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Ha, tu dia! Nilah sebenarnya jawapan untuk anak-anak ummi yang tanya semalam, “…boleh tak terus minum je masa berbuka?” Tak teringat pulak ummi kat hadith ni. Tulah, tak hafal hadith terkulat-kulat juga nak jawab. Apa nak buat…
Nasib baik Abi ada. Boleh juga back-up ummi. Kata Abi, “Berbuka dengan kurma dululah bagus. Kan Rasulullah ajar kita cam tu…” Tak sempat Abi nak terangkan lagi, bedilpun meletup! Alhamdulillah, tak banyak soal lagi dah…he,he…
Sebenarnya banyak lagi hadith berkaitan dengan kurma ni. Antaranya…
Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan.”
Nak dengar lagi hadith lain?
Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.”
(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).
Setiap dari kita meyakini bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik dan setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pasti ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Maka dalam hal kurma ni tadi, maka sudah barang tentu (dah mula nak guna ayat orang lama ni..he,he) amalan berbuka Rasulullah SAW dengan kurma tersebut memberi gambaran bahawa kurma itu banyak khasiatnya! Lebih-lebih lagilah untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa…
Kajian Sains
Kajian sains terkini sememangnya memperakui kelebihan buah kurma yang mengandungi banyak nutrien penting yang diperlukan badan. Malah sesetengah pihak turut mendakwa buah kurma mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit! Selalunya gitulah, kan? Apa-apa jelah penemuan dari saintis, bila kita rujuk balik rupanya memang dah dimaklumkan oleh Allah SWT secara langsung atau secara tidak langsung melalui sabda RasulNya SAW…
Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap oleh badan. Ia berfungsi memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian di siang harinya atau untuk bersembahyang tarawih pada malam harinya di sepanjang Ramadhan. Jadi bagi sesiapa yang selalu komplen ‘tak larat nak solat terawih’ tu, check yourself! Berbuka dengan kurma ke tidak ni???
Kalau dilihat pada kandungan seratnya yang tinggi pula…sudah tentu ia berfungsi untuk melambatkan rasa lapar ketika berpuasa dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan. Oleh kerana itu, kelebihan ini menjadikannya buah yang amat sesuai dimakan ketika bersahur atau berbuka puasa! That’s why le cepat sangat bekalan kurma di rumahku habis..Ummi dan Abi dah tau khasiatnya!…He,he…
Nak tau apa lagi khasiatnya? Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi! Fuhhh..penat ummi nak sebut..
Selain daripada itu, dalam buah kurma ni juga, ada baaaaanyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Kalium yang bagus untuk jantung dan pembuluh darah tupun ada!
Tak caya lagi? Mari ummi nak kabbo…(hahh, kan dah keluar loghat negeriku..he,he)
Dalam setiap 100 gram kurma kering mengandungi :
• 50 IU vitamin A
• 0.09 miligram (mg) tiamin
• 0.10 mg riboflavin
• 2.20 mg niasin
• 666 mg kalium
Ha,ha,ha…lagi detail ummi cerita, lagi le pening kauorang. Tak payahlah nak tahu detail-detail…yang penting kauorang tahu bahawa kesemua nutrien penting ini berfungsi :
1. Membantu membebaskan tenaga yang cukup power! (…mengalahkan tongkat ali & sebarang jenis tongkat…)
2. Menjaga kesihatan kulit..(..mengalahkan artis yang berkulit mulus…)
3. Menjaga kesihatan saraf (..utk yang selalu merungut masalah kebas, sakit saraf dsbnya…)
4. Membantu memperkuatkan fungsi jantung dan…jeng, jeng, jeng….
5. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori!
Mak oii..tak payahlah pi beli macam-macam ubat diet yang mahai-mahai tu…diet dengan kurmapun dah lebih dari cukup dik oiiii…Jimat pun jimattttt…Ok, ummi sambung lagi ;
6. Serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang malah kandungan serat yang tinggi itu juga turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan di samping mengelakkan sembelit, radang usus dan barah usus besar.
7. Kalium di dalam kurma pula membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah. Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
8. Mencegah anaemia (pucat kerana kekurangan sel darah merah) kerana kandungan nutrient di dalam kurma yang berfungsi menyihatkan sel darah merah
9. Mencegah pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.
10. Juga mencegah masalah lemah otot, lesu dan sengal-sengal badan.
Nak dengar lagi? Dahlah tu ya. Terasa macam jual ubat kat pasar je pulak..he,he..
Oleh kerana itu, melihatkan kepada kandungan nutrient yang tinggi serta khasiatnya yang teramat baik untuk kesihatan, maka ummi menyeru kepada anak-anak ummi yang selalu merungut tu terutamanya serta kepada semua pembaca blog yang dikasihi dan kepada diri ummi sendiri yang kekadang datang juga rasa jemunya..’Amalkanlah memakan kurma pada bila-bila masa sahaja, bukan hanya pada bulan Ramadhan!’ Sebabnya kelebihan buah kurma ini bukan hanya untuk dinikmati oleh umat Islam di bulan Ramadhan sahaja tetapi juga untuk semua bangsa, tidak mengira agama, usia atau keturunan dan tidak mengira masa!
Petua Menghilangkan Rasa Jemu
Bagi menghilangkan rasa jemu terhadap kurma ini, cubalah kita pelbagaikan cara hidangannya. Nak makan ‘hidup-hidup’ ke, nak dijadikan jus ke, nak dimasukkan dalam masakan ke..apa-apa je le, janji, amalkan! Sekarang nipun kurma yang dijual tupun dah pelbagai. Hari tu anak-anak ummi request nak yang ada buah badam kat dalam kurma tu..hmm..best juga, buah badam tupun banyak khasiatnya. Maknya pun tumpang sekaki le...eh silap, tumpang semulut…hi,hi..
Oklah..dah panjang bebenor ni. Ummi berenti dulu, nak balik kisar Jus Kurma Special untuk berbuka! Ada sesiapa yang nak kongsi resepi masakan berasaskan kurma dengan ummi tak? Sangat-sangatlah dialu-alukan...nanti boleh ummi postkan ke sini.. Jom!

2 ulasan:
Thanks Kak sebab berkongsi kehebatan buah kurma..kurma ni makanan wajib my wife sekarang ni yg dah masuk 33 weeks. Even b4 Ramadhan lagi dah amalkan. Sebabnya Rasul SAW ada bersabda, lebih kurang begini maksudnya; "Berilah isterimu yg pregnant makan kurma, Insya-Allah anak yg bakal lahir akan lemah lembut sifatnya"
--lebih kurang begitulah hadith nya..kot salah sila tegur ye..
p/s: saya suka Rotab Yusuf Tayyob : )
Tahniah dik! Semoga anak yang bakal dilahirkan benar-benar lemah lembut sifatnya...ameen. Bukan setakat baik untuk anak di dalam kandungan, bahkan untuk maknya pun,kan?Kak Ummi jamin pasti wife Khairul tak hadapi masalah anaemia semasa mengandung tu..InsyaAllah.
Catat Ulasan