![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrWYhh8JkjR1cABhqrkb6ekJ1gtwP_ej5WckvtjVlQ-2E_9dVG5_QVZrvzUyBQM_KYotaYd4Jp4ag1UVVH45I7fo5S86Fnr0jaEM55wh1UaoQM2cvYQhnfUXgnZXnADxPliXOtK7dMQg/s200/patin.jpg)
Menurut jurucakap Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), pihaknya telah melakukan serbuan di kedua-dua lokasi berkenaan dan terdapat bukti mengesahkan kejadian berkenaan. Semasa serbuan dijalankan pada 28 Disember 2005, kelihatan banyak tulang-temulang dan tengkorak babi berserakan berhampiran dengan kolam ikan air tawar tersebut. Lebih-lebih lagi dua orang pengusaha di kedua-dua lokasi berkenaan telah mengaku dan ini menguatkan lagi dakwaan itu. Dalam pada yang sama juga Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu Noor Nirwandy Mat Noordin juga menerima aduan yang sama berhubung kes di atas.
Hasil daripada siasatan tersebut mendapati tujuan pengusaha-pengusaha kolam ikan patin itu menjadikan usus dan organ dalaman babi sebagai makanan ikan tersebut adalah untuk mempercepatkan proses tumbesaran ikan-ikan tersebut. Kesemua usus dan organ babi itu akan direbus selama lebih kurang lapan jam sebelum disalurkan ke dalam kolam ikan. Mereka menggunakan kaedah ini kerana ianya amat menguntungkan. Dari sudut pemasaran, ikan-ikan patin tersebut berjaya menembusi pasar-pasar di negeri Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Paling membanggakan ianya juga turut dieksport ke negara Timur Tengah. Ikan-ikan patin tersebut dijual dengan harga RM4 sekilogram berbanding dengan harga pasarannya diantara RM50 hingga RM220 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan.
Kat tempat ummi ni, penjual-penjual ikan keli, ikan patin dan lain-lain lagi ikan air tawar tu, mostly dari kalangan Melayu beragama Islam. Cuma masalahnya kita risau dari mana dia orang dapat supply.
Uissyyy..susah hati juga ni. Nak ditolak permintaan dan hajat dari hati seorang ibu, tak tega rasanya. Lastly, teringat Ummi yang hari tu Abi ada inform pasal salah seorang pesakitnya, graduan universiti yang kini mengusahakan penternakan ikan keli menggunakan makanan ikan yang dijamin halal. Apalagi, balik dari shopping buku untuk anak-anak, terus je kami melencong ke rumah pengusaha ikan keli tu. Hmmm..apa namanya ya? Hah..Azlan! Dah cuba telefon tak dapat, pergi redah jelah. Untung-untung ada dibelanya sama ikan patin. Jangan main-main, pengusaha ikan keli nipun blogger juga tau. Nanti ummi kasi linknya.
Sesampainya kami di sana..Alhamdulillah, memang ada rezeki untuk ibuku. Terus dibawanya kami ke tempat pemeliharaan ikan keli, patin dan talapia. Nak tengok? Ni dia..siap bergambar lagi kat sana! Yang paling excitednya si Angah (Anas) tu le...
Nota : untuk lihat gambar dengan lebih jelas, klik 2x pada gambar!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkEb0KYoeOo0KvWKlv9WmLPFddJ-pfWZGtsuhQXwGOuK2XcZSVWAclhAreiB7PbgIFZRSOJeWZuj_NDTmzqHAydwM2174idY4MjktM8euL0R2wwpP_isExa2pQUJ7S_xeS-XlUzpYlhA/s200/Keli-Abi+Angah+2.jpg)
Tammat
(Warning! Ni ejaan zaman P.Ramlee..)
Eh,eh,eh..nanti dulu! Moral Of The Story?
Yang ummi nak habaq sebenarnya...jangan pandang remeh dengan isu makanan halal dan haram ni! Lebih-lebih lagi setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita ini akan menjadi darah daging kita. Rasulullah S.A.W. sendiri amat menekankan soal pemakanan ini kerana faktor makanan juga menyumbang ke arah pembentukan peribadi individu muslim dan ia juga berkaitan dengan soal takwa.
Sahibus Samahah Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria pernah membuat ulasan berhubung isu di atas di mana beliau menyatakan bahawa ikan atau haiwan air terbabit adalah haram dimakan oleh umat Islam sekiranya bahan yang kotor itu (usus babi) menjadi makanan utama berbanding makanan lain.
Perkara itu mungkin tidak mengapa jika ia (ikan) memakannya secara tidak sengaja tetapi sekiranya ia (usus babi) dijadikan makanan harian ikan itu, maka hukum memakannya adalah haram.
Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan hambaNya yang diredhai...Ameen...
Sumber Rujukan :
Hadith Dan Isu Semasa Oleh Prof. Madya Dr Ishak Suliaman, Jabatan Al-Quran & Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sila lihat di sini dan di sini...
Untuk link ke blog tempat penternakan ikan keli yang kami pergi tu...klik sini...
*************************************************************************************************

Tiada ulasan:
Catat Ulasan