Mohon Disebarkan Firman Allah S.W.T yang bermaksud : " Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui" (Surah Ali Imran - Ayat 92) PELUANG MENANAM SAHAM UNTUK AKHIRAT Melalui SKIM WAKAF TUNAI PAPISMA Bagi Membiayai Penerbitan "BUKU FEQAH PERUBATAN" Jangan Lepaskan Peluang Untuk Mendapatkan Gandaan Pahala Yang Berterusan Ini Sebelum Berakhirnya Ramadhan! (Kutipan Wakaf Sah Sehingga 30 Mac 2009) Siapa PAPISMA? PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan. PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur'an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya. Berpegang kepada moto pertubuhan : Berilmu, Beramal dan Bertaqwa, maka kini PAPISMA sedang mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan fiqh perubatan selaras dengan ILMU di dada kami, untuk dikongsi dan di AMALkan dalam rangka membina masyarakat dan insan yang berTAQWA. Laman Web Rasmi : http://www.papisma.org/home/ Pengertian Wakaf Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan umum masyarakat dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Wakaf Sebagai Sedekah Jariah Para ahli fiqh dan ulama' berpendapat, amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke akhirat, selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan. Fadhilat Ibadah Wakaf Mewakafkan harta adalah merupakan amal jariah yang sangat di tuntut oleh Islam kerana amalan wakaf bukan hanya sebagai satu amalan ibadah sahaja, malahan merupakan satu sistem yang beroperasi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui konsep pengumpulan harta bersama. Konsep Skim Wakaf Tunai Skim Wakaf Tunai PAPISMA adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang di tawarkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) sebagai pemegang amanah dan memanfaatkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah S.W.T dengan tujuan untuk kepentingan dan kesejahteraan umat Islam. Matlamat dan Tujuan Tujuan Skim Wakaf Tunai ini diwujudkan adalah untuk menampung kos perbelanjaan bagi penerbitan buku Feqah Perubatan. Buku ini akan menjadi rujukan masyarakat umum dan pengamal-pengamal perubatan terhadap isu-isu perubatan terkini yang memerlukan penjelasan dari sudut hukum dan sebagainya. Malah ia sangat sesuai dijadikan panduan kepada pesakit-pesakit samada di rumah, di hospital atau di mana-mana sahaja. Oleh kerana 300 buah buku daripada edisi pertama ini akan diedarkan secara percuma ke premis-premis awam seperti hospital, perpustakaan dan sebagainya, maka sumbangan orang ramai melalui Skim Wakaf Tunai ini amat diperlukan untuk menampung kos penerbitan. Kita mungkin tidak mampu beramal jariah melalui penulisan, apatah lagi dalam bentuk penyampaian ilmu. Maka kaedah pembelian saham melalui Skim Wakaf Tunai ini membuka peluang kepada orang ramai berkongsi amal jariah dalam menjayakan penerbitan buku tersebut yang kelak ilmunya akan dimanfaatkan secara berterusan sehingga ke hari kiamat. Mudah-mudahan sedikit sumbangan daripada kita sebagai pelabur akan menjadi bukti dan saham di akhirat nanti dalam meraih ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT. Anggaran Kos Penerbitan Buku Anggaran setelah diambilkira kos penerbitan yang akan melibatkan pengumpulan bahan rujukan dari pelbagai sumber bahan dan tenaga serta belanja percetakan adalah sebagaimana berikut : RM60.00 x 300 buah buku = RM18,000.00 Bukaan Tawaran Belian
Contoh Belian
Sokongan Pelancaran Skim Wakaf Tunai PAPISMA untuk penerbitan sulung Buku Feqah Perubatan ini telah mendapat sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Resit Pengecualian Cukai Sukacita dimaklumkan bahawa setiap pembelian saham akan dimajukan bersama resit daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi tujuan pengecualian cukai. Bank-In Melalui Kaunter/ATM/Online Ke Akaun PAPISMA ENTERPRISE No.Akaun Maybank : 5630-6411-5978 Bank Islam : 1301-7010-812-843 Atau Melalui Cek Atas Nama PAPISMA ENTERPRISE Dan Poskan Ke Alamat Berikut : Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), No.3B, Jalan SG3/16, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. Untuk Penghantaran Sijil Dan Resit ; Sila Maklumkan/SMS Nama, Alamat & Jumlah Wang Tunai Yang Diwakafkan Kepada Bendahari Di Talian 019-9822951 Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi : 019-9563653 - Presiden (Dr.Suhazeli b Abdullah) 019-5782951 - Setiausaha (Dr.Awisul Islah b Ghazali) 019-9822951 - Bendahari (Dr.Zaihan binti Salleh) 019-3842951 - Pembantu Tadbir (M.Lizam b M.Manap) " Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui ".
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 ) Jangan Putuskan Talian Sebaran Hanya Setakat Ini. Sebarkan 'Peluang Meraih Pahala Berganda' Ini Kepada Rakan-Taulan, Saudara-Mara, Sahabat-Handai Yang Anda Kenali. Mudah-Mudahan Sumbangan Wakaf Dari Mereka Nanti Akan Turut Menjanakan Saham Untuk Anda Di Akhirat Sana... |
Isnin, 22 September 2008
Peluang Meraih Pahala Berganda!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
kak...sy berminat nak labur dlm papisma nih...
Alhamdulillah...
Niza bank-in kan aja dalam no akaun yang dinyatakan tu,ya. Pah tu sms Kak Ummi - samada ke no bendahari yang tertera di situ atau ke no.personal Kak Ummi yang Niza simpan tu...
readers punishment benchmarks libdex ontology educated cochin atlases locked brigade thermo
lolikneri havaqatsu
Catat Ulasan