Hari ni ummi cuba juga luangkan masa menulis sesuatu di blog. Aduhai..tak boleh nulis kat sini sehari dua rasa macam tak boleh bercakap dengan ‘kekasih’ berbulan-bulan! 'Kekasih' tu...hubby ummi le! Jangan fikir bukan-bukan pulak, ya. Huhuhu….

Tips Menjaga Mata :

Hmmm....kelmarin terpaksa ummi kurangkan sedikit masa menatap skrin komputer kerana mata ummi kembali bermasalah. Entah kenapa tulisan di paparan skrin jadi ‘pecah’ kerana gangguan cahaya! Cepat-cepat ummi ‘rest’kan mata dengan cara melarikan mata dari komputer dan carik benda berwarna hijau..tatap kat ‘green colour’ tu puas-puas. He,he..Mana lak ummi dapat formula ni? Ntah le..tapi selalunya memang cara tu berkesan! Pernah juga ummi dengar ‘kalau nak mata sihat, selalu-selalulah tengok rumput dan pemandangan
yg berwarna hijau’. Sebab tulah Klinik Ummi nipun dipenuhi dengan warna hijau! Tak caya? Dari warna bangunannya, warna kerusinya sampai ke warna alas peralatannyapun hijau! Malah ‘hati’ tuannyapun turut hijau! Hi,hi,hi..tak faham? Tak pelah…..Hmmm…silap-silap background blog nipun tukar jadi hijau nanti tapi saje ummi nak kasi can kat Amdang81 menghijaukan blognya dulu (Jangan marah Amdang!)…

Alang-alang dah cakap pasal tips merehatkan mata ni, mari kita kongsi satu lagi tips dari artikel di bawah :

For example :
• Roll your eyes in large circles in both directions; or
• Look over to each side as far as possible and then go from up to down; or
• Scan an imaginary text on the wall from left to right; or
• Look out the window as far as you can following the horizon then return to a point right in front of you and begin again.
In this way, you will avoid long term eye problems, you will enlarge your inner space, and relax both your eyes and your mind.
Hah! Kan dah dapat formula tu…Biasanya gitulah, kan. Sekali timbul masalah, sakan le mencari tip-tip yang dapat membantu. Masa tak sakit atau bermasalah, tengok kat tips tu sebelah mata aje. Hai manusia-manusia…
Masih Bab Mata :
Nasib le terlintas di benak fikiranku…”Isyhh..Lailatul Qadar ke malam ni? Pelik sangat ngantuknya…” Lepas tu apa lagi, cerah balik le mata…rupanya manusia ni kan, bila fikir pasal ganjaran, memang cerah mata! Hai manusia-manusia…
Belajar Bersengkang Mata :
Kiri dan kanan tu gambar Along, Angah dan Abi sebelum ke masjid. He,he..sempat lagi ummi snap…
Ok…ummi berenti sini dulu untuk hari ni. InsyaAllah nanti ummi sambung lagi. Walaupun singkat, mudah-mudahan ada sesuatu pengajaran dan panduan yang boleh diambil…
"Selamat Mengimarahkan Hari-Hari Akhir Ramadhan.."
Siruu ‘Ala Baarakatillah…
*************************************************************************************
1 ulasan:
lanun mintak izin kopi yer dr ummi.
Catat Ulasan