Assalamualaikum.Artikel ini kudedikasikan sebagai muhasabah (peringatan) untuk :
- Diriku - Yang terkadang lupa akan tanggungjawabku yang sebenar sebagai seorang doktor muslim
- Suamiku Tercinta, Dr Abi- Mudah-mudahan amanah yang dipertanggungjawabkan buat kita ini tidak kita persiakan
- Rakan-Rakan Seperjuangan Yang Bergelar Doktor Muslim- Kita adalah da'i di jalan ini, maka sentiasalah merasai kewujudan Dia yang sentiasa melihat kita secara terbuka atau tersembunyi. Semoga kita mampu melaksanakan amanah ini berasaskan ketaqwaan kita kepada Allah SWT
- Adik-Adik Yang Sedang Berjuang Untuk Merebut Gelaran Doktor - Ikhlaskanlah hati dan sediakanlah dirimu untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini!
Tugas Khas Seorang Doktor Muslim1. Membetulkan Keimanan PesakitSeorang doktor hendaklah sentiasa mengingatkan pesakit bahawa kesihatan adalah terletak dalam tangan Allah yang Maha Perkasa – Dialah penyembuh yang sebenar-benarnya. Sebagaimana Nabi Ibrahim AS bersabda di dalam al-Qur’an dalam surah 26, ayat 80 yang bermaksud:
“…dan apabila aku sakit, Dialah (iaitu Allah) Yang Menyembuhkan aku.”Semua ubat-ubatan dan alat kelengkapan hanya merupakan cara yang digunakan dan ia tidak seharusnya melemahkan keimanan pesakit terhadap Allah.
Terdapat sebuah hadith dari Abu Khuzaima yang mendengar bapanya berkata,
“Kami bertanya kepada Nabi Muhammad SAW sekiranya kami mendoakan untuk seseorang dan memakan ubat serta mengambil langkah perlindungan, adakah ini bermakna sudah hilang keimanan kami kepada Allah? Maka Nabi Muhammad SAW bersabda; “Itu adalah dari Iradah Tuhan.”2. Berurusan Dengan Pesakit Secara Fizikal Dan SpiritualSeorang doktor tidak seharusnya memberikan keutamaan kepada satu aspek sahaja berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Ini boleh dilaksanakan dengan mematuhi perkara-perkara berikut:
a. Mendengar dengan cermat tentang segala aduan pesakit dan membuat pemeriksaan ke atas pesakit dengan teliti. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;
“Tuhan menyayangi mereka yang melakukan kerjanya dengan sempurna.” (Abu Dawud)
b. Meminta kebenaran pesakit apabila hendak melakukan pemeriksaan ke atasnya.c. Hendaklah bersikap lemah-lembut semasa melakukan pemeriksaan. Terdapat sebuah hadith daripada Aisyah (semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya), tentang beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Kelembutan akan membuat sesuatu perkara itu bertambah baik, kurangnya kelembutan akan membuatkan sesuatu perkara itu bertambah buruk” (Muslim)
d. Mengingatkan pesakit apabila tiba waktu sembahyang untuk mengerjakan solat sebagaimana Rasulullah SAW biasa melakukan sembahyang berdekatan dengan pesakit dan memohon kepada Allah untuk memberikan keampunan dan kemaafan kepadanya. Sembahyang membawa pesakit ke hadhrat Allah, meningkatkan keimanan dalam dirinya dan membuatkannya redha dengan apa yang telah Allah tetapkan baginya kerana mereka bergantung kepadaNya sebagaimana di dalam Surah 40, Ayat 60 Allah berfirman yang bermaksud;
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepadaKu (dan mintalah apa sahaja dariKu), nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina.”Dan sekali lagi dalam Surah 2, Ayat 186 Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad SAW tentang Aku jawablah), bahawasanya Aku adalah (sangat) dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu (tanpa sebarang perantaraan dan orang tengah), maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Dan sekali lagi Allah berfirman dalam Surah 27, Ayat 61 yang bermaksud:
“Atau siapakah yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, dan menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya dan yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkannya) dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut (lautan masin dan sungai air tawar)? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Bahkan (sebenarnya) kebanyakan dari mereka tidak mengetahui.”e. Mengingatkan pesakit bahawa penyakit mereka merupakan penebusan (ibtila) bagi kesalahan (dhunub) dan dosa yang telah dilakukan olehnya. Abu Hurairah dan Abu Said mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Walau apa sahaja yang menjejaskan orang-orang Islam sama ada dari penyakit, kesakitan, keletihan, kesengsaraan, kesedihan (hazan), kecederaan (kerosakan) atau kematian, malah walaupun sekiranya tulang ikan yang melukakanmu, iaitu kecederaan yang sekecil-kecilnya, dan disebabkan ini Allah akan menghapuskan dari kamu dosa-dosa kamu.”
f. Mengadakan perundingan dengan pesakit dan mengambil persetujuan daripadanya atas sebarang perancangan atau perlaksanaan, terutamanya dalam keadaan yang berkaitan dengan pembedahan dan sebagainya.
g. Membuatkan pesakit berasa gembira, menaikkan kegirangannya dan beliau hendaklah mengurangkan kesengsaraan pesakit dengan memberikan keseronokan dalam hatinya. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya anda melawat pesakit, anda hendaklah jangan mengkhabarkan kepadanya suatu berita buruk, tetapi hendaklah memberikan galakan kepadanya dan berikan keyakinan kepadanya. Sekiranya anda memberitahu kepadanya yang dia akan hidup lebih lama lagi, anda tidaklah dapat memanjangkan usianya tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikannya sedikit keselesaan dan kelegaan dengan membuang perasaan takut akan mati.”h. Seorang doktor hendaklah berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan pesakit. Ini sepatutnya dilakukan dengan kehadiran pesakit tersebut. Abu Darda mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila anda mendoakan untuk saudara Islam anda dalam kehadirannya, tindakan ini sangat-sangat dihargai oleh Allah; dan malaikat yang berada di sisi pesakit akan sama-sama mendoakan anda juga.” (Muslim)
i. Menghormati kemahuan pesakit dan tidak memaksa pesakit untuk menerima sesuatu yang beliau tolak. Sebagai contoh, pesakit wanita yang meminta diperiksa oleh doktor wanita.
j. Hendaklah memberitahu pesakit atau keluarganya dengan bijak dan cermat tentang penyakit bahaya yang dihidapinya.
3. Seorang Doktor Hendaklah Melakukan Segala Usaha Untuk Merawat Pesakit.Beliau hendaklah menyembuhkan kesakitan sebaik mungkin yang beliau boleh dengan bergantung kepada pertolongan Allah.
4. Melindungi Hal-Hal Peribadi PesakitSeseorang doktor tidak seharusnya mendedahkan hal-hal peribadi pesakit melainkan untuk keperluan perubatan sahaja. Beliau hendaklah menutup apa yang beliau nampak sama ada kecacatan fizikal atau bukan fizikal atau tingkahlaku pesakit yang buruk. Abu Hurairah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya seseorang itu melindungi kecacatan seseorang yang lain, maka Tuhan akan melindungi kecacatannya pada hari akhirat kelak.” (Muslim)
5. Menyimpan Rahsia PesakitSeorang doktor hendaklah menyimpan rahsia pesakit kerana ini akan menyebabkan pesakit tersebut mempercayai doktor. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang doktor adalah pemegang amanah” (al-Tarmizi dan Ibn majah)
Seorang doktor tidak harus mendedahkan rahsia pesakit melainkan dalam keadaan tertentu (daripada proseding Persidangan Perubatan Islam Pertama yang diadakan di Kuwait pada tahun 1401[1981]):
a. Seorang doktor boleh mendedahkan rahsia pesakit sekiranya ia adalah untuk kepentingan pesakit itu sendiri. Contohnya, jika pesakit itu menderita dengan penyakit psikiatri yang mungkin akan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, seperti terlibat dengan kejadian bunuh diri dan sebagainya. Dalam kes ini seorang doctor hendaklah memberitahu kepada kaum keluarga pesakit ini supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah pencegahan untuk memberhentikan pesakit itu dari mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.
b. Sekiranya ianya mendatangkan bahaya kepada orang lain. Contohnya, sekiranya pesakit mempunyai jangkitan seksual dan akan mendirikan rumahtangga, doctor mungkin akan memintanya untuk menangguhkan dulu perkahwinan tersebut sehinggalah beliau sembuh, tetapi jika pesakit tidak mahu bekerjasama, maka doctor kemudiannya hendaklah memberitahu kepada keluarga bakal isteri pesakit itu, agar dapat mencegah kerosakan sekiranya perkahwinan itu diteruskan.
c. Sekiranya mendatangkan bahaya kepada orang awam. Contohnya jika pesakit itu seorang pemandu bas atau kapal terbang, dan beliau menghidap penyakit epilepsy, seorang doktor mestilah mencegah pesakit ini daripada melakukan kerjanya kecualilah penyakitnya telah benar-benar sembuh. Sekiranya pesakit tidak memberikan kerjasama, doktor terpaksa memberitahu kepada majikannya untuk mencegah pesakit ini.
6. Tidak Menyebabkan Kemudaratan Kepada Pesakit.Seorang doktor tidak harus menyebabkan sebarang kemudaratan kepada pesakit. Allah berfirman dalam Surah 5, Ayat 32 yang bermaksud:
“Oleh kerana itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah dating kepada mereka rasul-rasul kami dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampau batas dalam berbuat kerosakan di mukabumi.”Dan sekali lagi dalam surah 4, Ayat 93, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya.”Dan Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Jangan mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan seharusnya orang lain tidak mendatangkan keburukan kepada kamu.” (Ahmad dan Ibn Majah)
7. Tidak Boleh Mempreskripsi Ubat LaranganSeorang doktor tidak bioleh mempreskripsi ubat-ubatan yang menjadi larangan di dalam Islam. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah yang menurunkan penyakit dan ubat dan Dia jugalah yang memberikan rawatan untuk setiap penyakit”Oleh itu hendaklah anda menjalankan rawatan dan jangan juga merawat diri anda sendiri dengan ubat yang diharamkan melainkan dalam kes yang benar-benar kecemasan, anda mungkin dikecualikan.
8. Menasihati Perkara Yang Baik Dan Mencegah Perkara Yang BurukSeorang doktor hendaklah melakukan tugas untuk menasihatkan pesakit kepada perkara-perkara baik dan mencegahnya daripada melakukan tindakan-tindakan yang salah dan perbuatan yang buruk.
Allah berfirman dalam Surah 3, Ayat 110 yang bermaksud:
“Kamu (orang Islam yang benar-benar beriman) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf…”(Iaitu Tauhid Islamiyah dan kesemua apa yang diperintahkan oleh Islam. Contohnya menyeru pesakit untuk terus melakukan perkara yang Tuhan seru untuk kita lakukan seperti berpuasa, bersembahyang dan menasihati pesakit untuk mengelakkan perkara yang dilarang seperti minum alkohol dan menagih dadah sekiranya pesakit mempunyai tabiat sebegini)
“…..dan mencegah perkara mungkar…..”(kesyirikan, kekufuran dan segala sesuatu yang dilarang oleh Islam)
“…..dan beriman kepada Allah.”9. Mengajar Pesakit Nazak Mengucap Dua Kalimah SyahadatMengajar pesakit yang sedang nazak untuk mengucap Kalimah Syahadah, iaitu Tiada Tuhan selain daripada Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith daripada Muaz bin Jabal yang mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah sebelum meninggal dunia akan memasuki syurga.”10. Kaedah Merawat Pesakit WanitaBerkenaan dengan pesakit wanita : Secara idealnya doktor wanita seharusnya memeriksa pesakit wanita. Tetapi sekiranya terdapat keperluan perundangan Islam, doktor lelaki mungkin boleh memeriksa pesakit wanita dan sebaliknya. Dalam kes ini beberapa perkara harus diingat:
a. Seorang doktor lelaki hendaklah memeriksa pesakit perempuan dengan kehadiran jururawat. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak seorangpun dibenarkan untuk bersendirian dengan seorang perempuan kecuali muhrimnya (suaminya, anak, abang, ayah, pakcik, saudara mara rapat yang beliau tidak boleh berkahwin).”b. Seorang doktor hendaklah tidak melihat muka pesakit wanitanya; beliau hendaklah cuba untuk tidak melihatnya sebagaimana Allah berfirman dalam Surah 24, ayat 30 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman; “Hendaklah mereka menahan pandangannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”c. Menasihati pesakit wanita berkenaan dengan bertudung cara Islam.d. Memeriksa pesakit pada bahagian yang perlu sahaja."Kami mohon daripada Allah SWT agar Allah yang Maha Perkasa memberikan kami pertolongan dan petunjuk serta membetulkan kami dalam segenap urusan, niat dan perbuatan kami serta kami bersyukur kepadamu ya Allah yang merupakan satu-satunya Tuhan bagi seluruh alam."
Sumber Rujukan :
Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Doktor Muslim
(Dr.Shabib Ibn Ali Al-Hathery)
*************************************************************************************************