Assalamualaikum.
Kalau diikutkan perancangan asal, sepatutnya kelmarin lagi Along dan Angah dah tiba di Malaysia. Namun kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang berkuasa menentukan. Tiba-tiba Ummi dapat timbal balik dari anak-anak yang memaklumkan bahawa tiket balik 27 Julai dah penuh. Ada tak ada Ustaz cakap 10 Ogos baru diaorang dapat balik ke Malaysia.
Hmmm....memang susah sangat ke nak dapat tiket balik dari Mesir ke Malaysia ni? Apa komen anda?
Yang Ummi terkilannya, kalau dah awal lagi dibuat perancangan nak balik pada tarikh sekian dan sekian, kenapa tiket tak dibeli awal? Kenapa dah sampai tarikh tu baru nak beli? Dan lagi kenapa jauh sangat tempoh masa dari 27hb, nak kena tunggu sampai 10 Ogos pulak?
Ummi tak reti sistem di sana. Cuma kalau ada sesiapa yang berpengalaman belajar dan tinggal di Mesir, bolehlah kasi pandangan dan nasihat pada Ummi agar perkara sedemikian tak berulang lagi di tahun hadapan atau di lain masa.
Ataukah mereka yang mengambil cakna urusan pembelian tiket anak-anak ni yang kurang cakna?
Kata Abi..."Sabarlah Ummi. Pasti ada hikmahnya tu.."
InsyaAllah Ummi masih boleh bersabar tapi kalau kelembapan pengurusan maa'had yang menyebabkan terjadi apa yang tidak patut terjadi...agak terkilan juga hati ini.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan balik anak-anakku dan rakan-rakan mereka. Semoga mereka nanti dapat pulang dengan selamat dalam perjalanan yang diredhaiMu..."
8 ulasan:
salam..oh ummi di mesir jika kita x bayar booking awal2 tiket akan dijual kpd org lain so tiada istilah booking jika belum bayar dia menggunakan concept first come first serve...tiket time sekarang ni
banyak yang dah habis dijual kerana
student perubatan mesir amat ramai dan sekarang tgh summer break so semua pulang ke malaysia jadi agak sukar untuk dapatkan tiket :) kalau ada pun mahal.semua ini perkara biasa di mesir bumi anbiya' yg penuh dugaan perlu banyak bersabar ^^ insyaAllah semuanye okay :)
-hana(pelajar pergigian n agen jual tiket)-
slm ummi..
kena pilih juga agen yang jual tiket tu. ade ustaz besikap sambil lewa,dah bayar duit pun ,ckp pusing2. kira tak amanah la ni dan pekara yang sama terjadi kat kawan saya.
saya setakat ni alhmdllah beli dgn agen yang same 4x bturut2,tak pernah ada masalah.
lain kali cuba cari agen yang amanah, iA masalah macam ni tak timbul.
-sedikit pngalaman dari saya-
Terimakasih adik-adikku atas pandangan dan cadangan.
Kalau macam tu punya cerita,hmm..lain kali akak kena pastikan pengurusan pembelian tiket ni dibuat awal-awal lah.
Cuma masalahnya kat sana,punyalah lambat jadual periksa diaorang keluar.Tarikh nak balikpun tak boleh nak agak.Cuma kesilapan yang berlaku yang akak nampak,tindakan agak lambat diambil untuk pembelian tiket selepas jadual dah keluar.
Lastly..tiket dah habis terjual!
Salam.
Tahun ini dengarnya Egypt Air memang ada masalah. Tiket berstatus confirmed byk dikeluarkan, melebihi bilangan seat yg ada.
Klu membeli tiket di Mesir mmg kena sgt berhati2, byk kes penipuan dah terjadi.. Ada dua cara beli tiket, satu beli sendiri di syarikat travel, kedua, guna khidmat ustaz2 yg jd org tgh.
Beli sendiri, risikonya klu kita tak biasa dgn travel agent yg menjual tiket, bimbang tertipu dgn prosedur. Melalui ustaz pun kadang2 ada masalah juga, sbb ustaz td pun akan berurusan dgn agen arab. kena sentiasa bertanya senior dan orang2 yg lbh berpengalaman.. :)
Semoga anak2 Ummi akan tiba ke Malaysia dgn selamat, :)
Alhamdulillah.
Love to hear the great news.
Nanti bila-bila k.han tak sibuk dan sesuai teringin nak pi ziarah. Sekali ziarah along dan angah. Tupun kalau k.han sudi...:)
assalamualaikum kak ummi,
jgn sedih2 ye kak ummi..ada kalanya sesuatu yg berlaku tu ada hikmah yg sangat besar yg kita tak tahu..
ada satu cerita tapi tak sure kisah benar atau rekaan...tapi sangat berguna diwaktu hati diserang dengan rasa kecewa...
ada dua adik beradik yg kejenya menjual kuih..setiap pagi dua beradik ni akan segera menaiki keretapi utk pergi berniaga...satu hari si adik lambat bersiap menyebabkan mereka ketinggalan keretapi...maka marah membaralah si kakak...sewaktu menonton berita di tv pd sebelah petangnya,mereka dapat tahu keretapi yg sepatutnya mereka naiki tu terlibat dengan kemalangan ngeri....maka kedua2nya bersyukur..rupanya ada hikmah besar kenapa mereka ketinggalan keretapi pagi tadi...
lebih kurang macam tu lah ceritanya setelah ditambah garam dan gula:)...
p/s:klinik kak ummi ni kat mana ye...
salam ummi~
setakat yg saya tahu kalau egypt air utk bln 7 semua sudah fully booked.sbb ramainya anak2 msia pulang..
ada kawan sy tu da siap check in lg, tetibe smpi kat imigresen kata tiket dia ada masalah.disuruhnya tmbh bayaran kalau nk balik jgk.
thn2 mula2 dulu, pernah kena dgn ust yg jual tiket,da siap bayar tp tiket xdpt2 slps 4 bln.last mintak duit balik.nasib baik dpt duit balik.
thn seterusnya kena lagi dgn ust.dia cakap status confirmed.kemudian masa nk balik cni call syarikat penerbangan nk check status (SIA-singapore airlines) diaorg cakap waiting list da.last2 kena beli tiket baru sbb kls da nk start.burnlah tiket tu.
lps kena pengalaman2 camtu kami mengambil keputusan beli sendiri dgn agensi.lps check status sume ok,bayar duit terus dapat tiket.xyah tunggu2 org tgh lagi..
wallahu'alam
Terimakasih Dik Hamra,Dik Izzati dan Cikgu. Alhamdulillah,anak-anak Ummi dah sampai di Malaysia!Selepas gagal mendapatkan tiket dari ustza,diaorang urus sendiri dengan senior.Alhamdulillah dapat dan selamat sampai di sini.Mudah-mudahan pengalaman tersebut akan menjadikan mereka bertambah matang dalam menyelesaikan apa jua masalah yang mendatang.
Sumayyah, mailah rumah Kak Han.Tak kisah bila-bilapun.,InsyaAllah rumah Kak Han sentiasa terbuka.Just message jer bila nak datang untuk pastikan Kak Han ada di rumah hari tu,kay.Anak-anak Kak Han yang puteri-puteri tupun selalu duk sebut nama Kak Sumayyah dia.Lama tak jumpa,katanya.
Catat Ulasan