Assalamualaikum.
Pagi ini kepala terasa agak 'ringan'. Harap-harapnya hari ini Ummi tak perlu lagi mengambil ubat migrain. Dah banyak hari Ummi terpaksa menelan pil migrain bagi menahan kesakitan. Lebih-lebih lagi pada hari berpuasa. Tiba sahaja waktu tengahari, kepala dah macam nak pecah. Cukup-cukup menguji ketahanan dan kesabaran.
Keadaan ini cukup merisaukan Ummi sebenarnya kerana Ramadhan dah semakin dekat. Ummi teringin nak berpuasa dalam keadaan diri yang sihat agar mampu beribadah sebanyak-banyaknya. Ramadhan yang lepas, Ummi terpaksa mengambil pil migrain setiap hari sewaktu sahur bagi mengelakkan sakit kepala. Sungguh kalau boleh Ummi ingin memberhentikan pengambilan ubat. Namun bagaimana?
Sebarang cadangan perawatan amat Ummi alu-alukan. Mana tahu ada antara cadangan itu nanti yang Allah izinkan untuk menjadi asbab penyembuhan terhadap masalah Ummi.
Opps...ada yang tak berani nak kasi cadangan sebab Ummi ni doktor? Hahaha...tak perlu segan, tak perlu takut. Doktorpun turut Allah uji dengan kesakitan dan kadangkala Allah juga ingin menguji kita dengan ilmu dan kepakaran yang kita ada. Ummi bersyukur kerana dengan kesakitan yang Allah kuniakan ini turut mengingatkan Ummi agar jangan terlalu bangga dan taksub dengan kepakaran yang kita ada kerana adakalanya kepakaran dan ilmu itu tidakpun mampu menyelesaikan masalah dalam diri kita sendiri. Betul, kan?
Makanya, jangan segan-segan. Ummi tunggu cadangan perawatan dari sahabat-sahabiah yang dikasihi lillahi ta'ala...
Selasa, 13 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Assalamualaikum Ummi,
saya perkenalkan diri saya sebagai Along..
saya juga selalu mengalami migrain terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas dan bekerja di hadapan komputer setiap hari dalam tempoh yang agak lama.
pelbagai cara juga saya buat untuk meredakan ketegangan urat saraf kepala saya ini termasuk makan pil penahan sakit. tapi kini Alhamdulillah setelah saya mencuba beberapa kali terapi ini ketika migrain melanda diri saya, saya sudah tidak memerlukan sebarang ubat lagi.
terapi yang saya gunakan ialah dengan mendengar bacaan ayat suci Al-Quran. cara-caranya:
mula-mula ummi kena bertenang dan cuba kosongkan fikiran.
pasang ayat2 suci yang ummi suka. kalo saya, saya akan pilih surah yaseen dan Al-Mulk.
seeloknya ummi guna headphone untuk memfokuskan pendengaran ummi kepada bacaan sahaja. dengar bacaan dengan teliti dan kalo boleh cuba hayati bacaan itu..
insyaallah paling cepat dalam 15 minit migrain akan berkurang dan dalam tak sedar ia akan hilang.
ini sahaja pengalaman saya ketika mengalami migrain.
sekadar berkongsi pengalaman saya yang mungkin berguna kepada ummi.
selamat mencuba!!
Subhanallah..terimakasih banyak Along atas cadangan yang amat berguna ini.InsyaAllah Ummi pasti akan mencuba kaedah ini.Sekali lagi,Jazakallahu khairan kathira...
Salam... saya terpanggil untuk mencoret dalam entri kak umi kali ni. sebelum ni saya hanya silent reader sahaja..:)
masa belajar U dulu saya pernah kena migrain.. panadol teman setia masa dulu. lepas tamat U dah takde migrain, maybe salah satu sebab saya amalkan perubatan alternatif HPA. Kate orang tua, migrain ni salur darah tersumbat (pengaliran darah tak sempurna), ditambah dengan stress. Bila dah stress ni mula lah angin satu badan. Angin yang terkumpul dalam badan ni yang membuatkan badan kita kurang bertenaga, selalu letih dan pelbagai lagi lah penyakitnya... gitulah sedikit sebanyaknya...
Saya setuju dengan Along yang syorkan mengubat dalaman dengan ayat-ayat suci al-quran. sebab bila jiwa kita tenang, maka stress dapat dikawal dan urat-urat yang tegang dapat dikendurkan balik.
cadangan saya pula, dan akan saya sendiri amalkan dengan BEKAM KEPALA. amalan sunnah nabi insyaAllah yang terbaik untuk kita amalkan. Kawan saya sendiri yang pernah bekam kepala ni mengakui kepala lebih 'ringan' dan takde lagi migrain. Cuma semasa period tidak digalakkan untuk berbekam.. bagi saya, BUANG PENYAKIT lagi baik daripada tahan penyakit. namun, mencegah penyakit itu yang lebih baik.. saya memang tak suka bergantung kepada ubat...kesian badan kita nanti menanggung sakit tak habis-habis.
Sekarang migrain saya menyerang kembali. buat sementara waktu sebelum bekam ni, saya urut sendiri kepala dan tengkuk dengan minyak sahara HPA. AlhamduliLlah boleh lah dikawal kesakitannya. Selain tu, cuba picit jari kaki. kalau sakit belah kanan, picit semua jari kaki belah kiri. tpi saya picit semua jari kaki saya :) bukan urut yee..picit biar berasa sakit sikit untuk rangsang saraf jari. Ni kaedah refleksologi.
Tu je lah cadangan saya... saya amat memahami kesakitan dan keperitan migrain ni kerana saya juga merasainya sekarang! huhu... selamat mencuba. moga Allah sejahterakan kembali kesihatan kak umi dan sekalian. Moga kesakitan itu sebagai kaffarah dosa kita insyaAllah. wassalam.
Assalamualaikum Ummi
Sekadar cadangan alternatif kepada migrain yg Ummi alami.
Perubatan alternatif, homeopati, rumusan Prof Azizan Ismail yg merumuskan produk examo. Beliau juga turut merumuskan formula homeopati untuk migrain, yg dinamakan Nomo Migrain, keluaran Era Edar Marketing Sdn Bhd.
InsyaAllah, formula di dalam homeopati, tiada unsur "drug".
Semoga Allah megkabulkan hajat Ummi dan kita semua, membuat amalan sehabis baik dalam Ramadhan Al-Mubarak. Ahlan Wasahlan....amin..
To Hidayah n Pohonhijau...
Alhamdulillah.Ummi amat-amat menghargai segala cadangan yang dikemukakan.Semuanya amat berharga buat Ummi dan InsyaAllah Ummi akan cuba mempraktikkannya.Kata orang,dah dapat penyakit ni,apapun cara kita akan berikhtiar asalkan kaedah tersebut halal,InsyaAllah.
Catat Ulasan