Hari minggu baru-baru ni, tiba-tiba aja datang semangat Ummi yang berkobar-kobar nak mencuba resipi pizza. Resipi ni dah lama Ummi dapat dari anak saudara Ummi, Kak Long Asmaa'. Tak salah, kan belajar dengan orang yang lebih muda dari kita. Best sangat rasa pizza yang Kak Long buat tu. Tak western sangat. Rasanya lebih ketimuran..hehe. Abi pulak memang jenis tak suka western food. Pernah beli pizza kat pizza hut lamaaaaa dulu sebelum diboikot. Hmm...maunya Abi nak telan yang jenis berkeju dan berempah western ni. Ada tak ada kena tunggu Ummi buat yang eastern punya...hahaha.
Selepas berbelas-belas tahun tunggu hasil tangan Ummi....(mak oii lamanya)...inilah hasilnya...
Tu dia! Siap guna tapak dulang acuan lagi. Apa nak buat, tak sempat nak beli bekas pizza yang real punya. Ingat nak guna tutup periuk tapi tak adalah pulak. Semua penutup jenis yang ada punat.
Yang belum dibakar dan yang dah siap dibakar. Bentuknya entah apa-apa. Biasalah cubaan pertama. Nak makan sendiri pulak tu. Lantak aja..haha...
Sambil membakar, sambil 'ngap'. Waduh! Dah setengah biji pizza habis di'ngap'. Kalau macam ni, tak boleh selalu-selalu buat ni...mengembang pulak tuannya nanti!

Time Ummi masak pizza ni, anak-anak semua dah tidur. Abi masih bermesyuarat di PASTI. Nasib baiklah ada bibik temankan. Taklah boring sangat.
"Uih...sedap ni buk!"
Hmm..banyak cantiklah kau bibik. Makan memang sedap punya....hahaha.
Apapun, time Ummi masak, Ummi memang tak suka bibik campurtangan. Macam tu juga kalau time bibik masak, diapun tak suka Ummi campurtangan. Kami memang saling memahami...jadi boleh aja 'ngam' dengan bibik ni.
Jadi bila Ummi masak, tugas bibik berceritaaaaaa sepanjang masa. Waduh! Kadang tak terlayan juga. Tapi bibik Ummi ni memang suka sangat kalau kita jadi pendengar yang baik. So, tahan jerlah telinga...hehehe.
Malam tu, Ummi dapat beberapa kesimpulan dari cerita-cerita bibik.
Antaranya...kesian sangat kat diaorang ni. Bab-bab halal-haram ni diaorang sangat-sangatlah kurang arif. Sebagai contoh, dia tak tahupun makan daging yang tak disembelih oleh orang Islam tu haram. Pada dia yang haram dimakan cuma daging babi.
Lagi?
Dia tak tahupun makan duit bunga dari bank tu haram. Maka duit-duit gaji dia yang dulu-dulu tu disimpannya dalam bank yang paling banyak boleh kasi 'bunga' pada dia.
Dan lagi?
Banyaklah lagi- laginya.
Kesian bibik. Umur dia sekarang dah menjangkau 45 tahun tapi masih terumbang-ambing. Dah jadi tanggungjawab kita pula sebagai majikannnya untuk mengajar serba-sedikit pengetahuan hukum-hakam untuknya. Tapi yang paling Ummi perlu bertegas dengan bibik-bibik ni adalah bab solat.
Dari dulu-dulu Ummi tengok, bibik-bibik dari Indon ni tak ambil berat sangat hal solat. Apalagi kalau kita sebagai majikanpun tak ambik cakna. Tak pasal-pasal kita pula dapat dosa kering nanti disebabkan kelalaian kita 'menjaga' dia.
Makanya, peringatan buat majikan-majikan yang mempunyai bibik...jangan abaikan tanggungjawab kita untuk memastikan mereka menunaikan kewajipan kepada Allah. Jangan ingat nak dia selesaikan kerja rumah aja. Kena pastikan dulu tanggungjawab dia pada Allah juga selesai. Mudah-mudahan kita sebagai majikan nanti tidak dipersoalkan di akhirat sana...
Hmm...banyaklah pulak Ummi membebel hari ni. Dari isu pizza dah masuk ke isu bibik pulak?

6 ulasan:
sedapnyee tengok pizza kak ummi ni...terliur bangat cikgu anis dibuatnye...mana resepinya kak ummi?
Saya memang suka pizza dari dulu lagi. Doh dia k.han buat sendiri ke?
Hari tu teringin sangat makan pizza. Tapi di terengganu ni tak banyak choices. Pizza Hut memang tak beli dah dekat sepuluh tahun lepas faham isu boikot. Tapi bila teringin sgt baru2 ni cuba juga cari kot-kot Pizza Hut hanya francais dan bukan proxy Zionis di Inminds. Rupanya memang proxy. Jadi salman tolong masakkan.:)
K.Han buatlah lagi ye.
salam kak ummi.
bestnya pizza tu... banyak tu tak ajak pun chik sekali hehe.
weatern ke eastern ke asalkan buat sendiri kak ummi, pizzahut dah lam boikot.
Wkmslm.
Cikgu Anis,nanti eh.Kak Ummipun silap.Lupa lak nak masukkan resipi sekali kat situ.
Sumayyah,ahahhh..nanti kalau ada rezeki,Kak Han buat lagi dan panggil Sumayyah mai makan kat rumah Kak Han,nak?Kitapun dah lama tak borak-borakkan?Ha'ah...dohnya pun buat sendiri aja.
Chik..tulah..mai Trg tak habaq.Kan dah melepas nak rasa pizza Kak Ummi..hehe.Betul tu Chik.boikot tetap boikot.Makan hasil tangan sendiri ni lagi puas hati,kan?
Bestnya..
K.han bolehla share resepi dohnya ye.
Saya tengah nak cuba. Tak pernah buat doh sendiri. Selalu beli instant dan buat sos sendiri.
Kasi Kak Ummi@Han email address deh.Nak send resipi simple pizza tu..hehehe...
Catat Ulasan