Selasa, 16 Jun 2009

Terimakasih Anak-Anakku...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Allah yang telah mengurniakan kecemerlangan buat anak-anakku di dalam penilaian peperiksaan di dunia ini. Semoga ya Allah mereka akan terus cemerlang dalam penilaianMu di akhirat nanti...

Hari ini Ummi dan Abi dikehendaki bertemu guru kelas anak-anak untuk mendapatkan keputusan peperiksaan penggal 1. Setibanya kami di Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz (SRIP Tahfiz), terus Ummi naik ke kelas kakak terlebih dahulu.

"Macamana keputusan periksa Amirah cikgu?"

"Alhamdulillah, anak kak dapat nombor 1 lagi!"

"Alhamdulillah..."

Tak terkata rasa riang dan berbunga hati seorang ibu dan ayah apabila dimaklumkan kejayaan anak-anak.





Setelah berbincang beberapa perkara, Ummi dan Abi menuju pula ke kelas Aisyah.

"Owhh, kakak ni mak Aisyah,ya. Alhamdulillah, Aisyah ni bijak. Kali nipun Aisyah dapat nombor 1."

"Alhamdulillah..."

Rasa nak terbang aja Ummi dan Abi bila dengar Aisyah masih dapat mengekalkan kejayaannya sebelum ini.




Kena pulak Along dan Angah baru sahaja menyampaikan berita gembira pada Ummi dan Abi dengan keputusan cemerlang straight Mumtaz untuk kesemua subjek yang diambil! Ya Allah...besarnya nikmat yang Engkau kurniakan pada kami.

Namun dalam kegembiraan yang dirasai, jauh di sudut hati Ummi timbul satu perasaan gerun dan takut. Bagaimana agaknya nanti keputusan di akhirat yang bakal kami terima hasil timbangan amal baik dan buruk sepanjang hidup di dunia ini? Ya Allah...mampukah kami menyambutnya dengan perasaan riang berbunga-bunga atau sebaliknya? Wal'iyazubillah...

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِياللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keselamatan dalam agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan dari atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (aku berlindung dari dibenamkan ke dalam bumi).

(HR Abu Dawud. Al Hakim berkata: "Shahihul isnad," dan disepakati oleh adz-Dzahabi dan al Albani. Lihat al Kalimuth-Thayyib (27).

*************************************************************************************

6 ulasan:

NizA berkata...

tahniah kak diatas kejayaan anak2 akak...

KOnsesi Dakwah berkata...

mesti sejuk perut ummi mengandung dulu kan... huhu.. moga cacatan hebat dapat dikekalkan sehingga ke neraca sebenar.. doakan ana juga... hehe

Ummu Mishkah berkata...

Tahniah kak..
Anugerah ni pasti cukup bermakna kan..
kena kongsi tips tu bagaimana utk dapatkan anak pintar..

My Life My Journey.. berkata...

Ummi,
Alhamdulillah, tahniah kerana menjadi ibu kepada anak2 bertuah itu, boleh bayang terharunya perasaan ummi tika itu.. Syukur!!

Kak Ummi berkata...

Terimakasih buat semua dan atas doa yang dilafazkan...Ameen. InsyaAllah sama-sama kita doakan kejayaan buat kita semua di dunia dan di akhirat. Ameen...

Tanpa Nama berkata...

MashaAllah, tabarakallah kak zaihan..mabruk punya anak2 yang soleh solehah yang pintar belaka..