Jumaat, 12 Jun 2009

Berkelah Sakan!

Assalamualaikum.

"Ummi, Jumaat ni Abi nak ke Basong untuk survey tempat Mukhayyam."

Bunyi sms Abi di suatu pagi.

"Nak ikutttttttttttttttttttttttttttttttt."

He,he. Bab menyibuk nak ikut sama ni tak ada orang lain dah boleh kalahkan Ummi. Sampai tak cukup ruang nak panjangkan lagi huruf t kat skrin telefon tu!

"Memang nak ajak Ummi sekalipun..hihi.."

Jawab Abi.

Akhirnya, Jumaat pagi 12 Jun 2009 tibalah kami sekeluarga di Hulu Sungai Basong, 4 km sebelum sampai ke Kenyir!


Abi sedang membawa turun barangan ke lokasi perkelahan.


Alamak! Apa ke bendanya yang Abi bawak tu? Nak kata kotak First Aid, tak macam rupanya. Nak kata Tool Box, apasal panjang sangat pulak?


Rupa-rupanya ni hah! Meja picnic daa...he,he. Siap tayang lagi pulak hidangan yang dibawa. Tak der lah apa sangat. Cuma roti, biskut, mee hoon goreng +cili dan kuih apam yang baru dicuba resepinya kali pertama, istimewa dari Ustazah Lina! Terimakasih ya Ustazah. Best yang amat kuih apam ni. Memang kitaorang pulak dah jenis sukakan kuih tradisional berbanding kuih-kuih moden.


Perkelahan kali ini tak dapat dah bersama Along dan Angah sebab keduanya dah pulang ke asrama. Cuma seminggu aja bercuti. Tinggallah 3 dara pingitan ini yang enjoy sakan!


Tengok aliran air sungai yang begitu jernih dan tenang. Aduhai...indah sungguh ciptaan Allah. Fitrah kita manusia pula, dengan memandang keindahan semulajadi ciptaan Allah ini cukup mendamaikan dan menenangkan jiwa.


Ingatkan bila dah jumpa air terus nak terjun. Rupanya anak-anak dan Abinya sempat warm-up dulu pulak!


Eeyah! Ada gaya ni kakak...he,he.


Abi tu kan jangan tak ingat pulak. Kepala lutut yang baru cedera tu bukan baik betul lagi tu...


Akhirnya terjun juga diaorang ke air sungai yang melambai-lambai semenjak tadi..."Ummi! Sejuknya air ni!" Yalah Yang...Ini bukan air kolam. Yang ini baru real terasa kedinginan air yang sebenarnya, kan?

Abi dah jadi buaya! Buaya sungai tak apa, jangan buaya darat sudah! He,he...


"Adik! Kalau kat syurga nanti, kan...lagi best dari ni tau! Betul tak Abi?"


Kena pulak time kita orang datang, tak ada langsung pengunjung lain. Best sakan! Yalah, kawasan ini bukan kawasan pelancongan yang digazetkan pun. Ini betul-betul kawasan orang kampung. Ibarat kata, orang kampung semua dah tahu...orang bandar je yang tak tahu! He,he...


"Bestnya Ummi! Jomlah turun Ummi!" He,he..mendayu-dayu anak-anakku memanggil...

Akhirnya tak tahan digoda, berendam jugalah Ummi bersama anak-anak. Ha,ha...


Sambil berendam, sambil bertanding siapa dapat kumpul air paling banyak dalam masa sekian dan sekian....


Abi yang dah kesejukan offer diri jadi pengadil dari jauh. "Pritttt...mula!"


"Prittttt...angkat!" Tengok siapa pulak dapat kumpul pasir paling banyak. Isyhhh, macam-macam pulak permainan budak-budak ni ek. Kreatif habis!


Berapa agaknya usia pokok di belakang tu ya?


Dah puas main air, barulah terasa lapar. Tak sempat jeling, eh silap...baru je Abi jeling, dah habis licin mee kena bedal! Kih,kih,kih...


"Alhamdulillah...bestnya mee ni Ummi!" Apa tak bestnya. Perut dah lapar. Kalau kat rumah, mahu dimakannya sebanyak tu?


Akhirnya tibalah masa untuk berundur diri, meninggalkan desir aliran sungai yang begitu nyaman dan damai...


Anak-anak semacam tak ingin meninggalkan keseronokan bermain di sungai ciptaan Allah, anugerah Allah tak ternilai ini...


Walau berat rasa di hati, namun InsyaAllah panjang umur kami akan kembali lagi ke sini untuk program mukhayyam bersama sahabat-sahabiah...

Mabruk!

*************************************************************************************

8 ulasan:

Ummu Mishkah berkata...

sungguh menenangkan dapat piknik sefamili kan.. :)

Ummi berkata...

Ha'ah Ummumishkah.Sekali-sekala dapat berpicnic sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...ya Allah seronoknya!

Baity berkata...

kak...
kat madrasah ustaz kamaruzzaman ke?

Unknown berkata...

Assalamualaikum Kak Ummi,
wah... seronoknya dapat picnic kat sungai. Nampak tenang je kat tempat tu. Kak Ummiiiiii nak ikut jugaaaaaaaaaaaaaaaaa

FirJah berkata...

ummi bestnya...
haa dah lama saya mencari meja picnic tu, merata juga kedai saya cari tak der..ummi beli kat kedai mana ek & brapa harga?nak g beli ni...
bestnya tempat tu.. teringin jugak ke sana, saya org luar trg , yg taunya sekayu.. tp ramai org..

Kak Ummi berkata...

To Baity:

Yup!Tepat sekali..he,he.Jom,kita buat rehlah kat sana nak?Besttt!!!

To Kak Chik:

Memang best Chik! Jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!

To FirJah:

Alamak! Dah lama Ummi beli tu.Nanti nak kena tanya Che Abe dulu.Ummi dah lupalah harganya dan beli kat mana.Huhu...long term memory problem sikit.Sorry dik..

Aku Bukan Umar Al-Khatab berkata...

salam'alaik kak... erm rasa mcm ada seorang lagi yang misteri dalam piknik tu... hehe... kalau dah semua dalam air, sapa lak yng duk amek gambar?... hehe

Kak Ummi berkata...

Wkmslm dik.Owhh..yang ambik gambar tu,bibik...lupa nak cerita ada sorang lagi.Hehe...