“Doktor tolong bagi MC (Medical Certificate) kat anak saya sampai hari Isnin ni, ya.”
Terkejut kucing Ummi! (Saja nak elakkan penggunaan perkataan terkejut beruk..he,he)
Apa tak terkejutnya. Hari pesakit jumpa Ummi adalah hari Khamis. Ini bermakna cuti sakit yang dipohon adalah selama 5 hari! Walhal anaknya yang dah Tingkatan 2 tu cuma mengadu demam & batuk ringan sahaja.
Bila diperiksa, demampun tak sampai 38 darjah celcius. Aduhai…
Yang Ummi sedihnya bukan apa. Kalau seorang dua sahaja ibubapa yang request, bolehlah tahan kira, kata orang Terengganu. Malangnya, trend sekarang nampak pada gayanya, kebanyakan ibubapa beriya-iya mintak cuti sakit lebih-lebih untuk si anak sedangkan sakit si anak tak seberapa sangat. Tak ke merugikan pembelajaran anak-anak mereka sendiri?
“Maaf ya kak. Dari pemeriksaan, InsyaAllah anak kak ni bila dah makan ubat nanti, akan sembuh dalam masa 2 hari dengan izin Allah. Hari ni hari Khamis, saya bagi surat cuti sakit untuk hari ini. Jumaat dan Sabtu memang dah cuti sekolah, kan? InsyaAllah sempatlah sembuh tu.”
“Alahhh…doktor buat jerlah MC sampai hari Isnin. Kan kalau melarat, kesian dia.”
Bila dah didesak macam tu, terasalah juga Ummi nak smash…huhuhu….(boleh tahan juga Dr Ummi ni.)
“Kak, anak-anak ni kan, jangan diajar manja sangat. Nanti bila dah besar, diaorang dah tak tahan nak menghadapi cabaran hidup. Lagilah di zaman yang serba mencabar ni. Anak-anak saya sendiri kak, saya tak pernah kasi MC kalau demam. Diaorang pulak cukup faham betapa ruginya matapelajaran yang ditinggalkan bila diaorang terpaksa ponteng atau cuti sakit. Sebab apa? Sebab kita ibubapa selalu beri penekanan perihal pentingnya sekolah. Sampaikan setiap kali demam, yang masih prasekolahpun akan bawa sendiri ubat ke sekolah setelah dipastikan bila masanya dos ulangan ubat perlu diambil.”
Waduh! Panjang lebar juga rupanya Dr Ummi smash! Huwaa….
Rupanya bila Ummi dah cakap macam tu, kakak ni terus terdiam dan tersipu-sipu.
“Kalau gitu, tak apalah doktor. Cukuplah MC hari ini. Terimakasih ya doktor.”
Bila kakak tadi keluar dari bilik doktor, Ummi termenung sendiri.
Kita ibubapa di zaman milennium, seringkali keliru. Ya, memang keliru! Keliru di antara menyayangi dan mendidik. Benarkah erti sayang yang dicurahkan kepada anak-anak sehingga pendidikan terabai? Perlukah kita menyerlahkan rasa kasihsayang pada anak-anak di setiap detik dan ketika sehingga anak tidak lagi kuat menghadapi dugaan tanpa sokongan kedua ibubapa? Ataukah didikan keras yang kita terapkan pada anak-anak untuk membiasakan mereka menghadapi gelombang arus kehidupan yang tidak menentu ini memberi maksud terkorbannya rasa kasihsayang kita pada anak-anak?
Sungguh Ummi gerun menghadapi cabaran ini…..
*************************************************************************************
Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majlis ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
“Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.
“Memang benar…” Jawab khalifah Ali bin Abi Talib.
Lelaki pertama bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta.” Jawab Ali.
“Apa dalilnya, wahai Ali?” Tanya lelaki itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Firaun, Syaddad dan lain-lain.” Jawab Ali.
Lelaki kedua pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”
“Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta.” Jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.
“Apa dalilnya?” Tanya lelaki kedua itu lagi.
“Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.” Jawab Khalifah Ali.
Lelaki ketiga pula bertanya, “Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?” Maka dijawab oleh Khalifah Ali, “Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang banyak ilmu mendapat ramai kawan.”
Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, “Wahai saudaraku, harta itu apabila dibelanjakan ia akan berkurang. Tetapi ilmu itu jika diamalkan akan bertambah.”
Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, “Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.”
Lelaki keenam pula bertanya lalu dijawab oleh Khalifah Ali, “Pemilik harta akan dihisab di hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”
Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, “Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.”
Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata, “Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”
Kemudian Khalifah Ali terus berkata, “Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”
Akhirnya 10 lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib itu beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifah Ali dapat menjawab banyak jawapan dengan hanya satu soalan.
“Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawapan yang berbeza.” Kata Khalifah Ali bin Abi Talib.
*************************************************************************************
5 ulasan:
Dapat istilah baru hari ni.. hihihi,
betul tu dr ummi, kekadang kita tersalah meletak kasih sayang yang sebenarnya buat anak2.. ibu nak kena pintar kan..
semalam tgk rancangan halaqah tajuk "anak bapak".
stuju dgn panelist...mak bapak zaman sekarang..sayangkan anak, makin rosakkan anak...
ruby rasa, kursus kahwin skrg, kene makin panjangkan tempoh kursus...hehe...
ramai sangat mak bapak yg xtau bela anak..makin meruntuhkan isntitusi rumah tangga, ada la...
moga Allah bimbing kita semua ke jalan yg lurus.
Salam.. cakap pasal MC ni ade pengalaman sedih masa saya buat attachment kat hosp machang hr tu.
entah la, sy sendiri jd keliru..
hr tu ada patient datang kat casualty. lepas buat x-ray, ada femoral fracture tp family pt refuse utk direfer ke ortho untuk fixing.. family pt request utk berubat kampung dan mintak mc..
tp doktor ckp, dia hanya leh bg MC 3 hari je. tp kalau jumpa specialist maybe dpt MC sebulan..
saya blur sebenarnya ni. apa had mc yg bleh kita bg kat pt sebenarnya ummi?
satu senario pasangan yang ingin berkahwin yg ingin buat ujian HIV di klinik:
di kaunter pertanyaan:
Kerani kaunter: Ya dik, nak daftar ke?
Orang muda:letak surat.tapi mulut senyap.. kalau cakap pun suara dalam tekak ajer.
Kerani kaunter:ya incik, nak buat apa?
Orang pertengahan umor: "saya nak buat ujian HIV "(suara perlahan ajer-takut orang dengar la tu.) sambil serah borang.
Kerani kaunter: belum sempat tanya
Pak cik ( umor 57 th ): "Pok cik nok pulok nikoh nih, kat mana nok buat ujian daroh ?"
uishhh semangat betul Pok Cik nih..
yang muda pulok nok . tapi tak dok mulut nok royak..
Wkmskm.
Ummi setuju dgn pendapat Ummumishkah dan Ruby.Semoga Allah memberi pencerahan buat kita dalam usaha mendidik anak-anak..
Jack,Ummipun keliru sebenarnya berkaitan jangkamasa MC ni.Pernah tanya CC masa kerja dulu,katanya memang limit 3 hari untuk sekali rawatan.Ada dlm general order,kata dia tapi Ummi sendiri tak pernah tengok general order tu.Ada pulak yang cakap,tiada limit bergantung kepada penilaian doktor sendiri.Wallahua'lam.Kalau Jack ada maklumat nanti,maklumkan pada Ummi juga,ya.
Adi..he,he.Nak tunggu Pakcik Adi mari klinik...
Catat Ulasan