Isnin, 15 Jun 2009

Kenapa Tidak Wajibkan Lulus Pengajian Agama?

Assalamualaikum.

Makin lama makin keliru. Entah apa nak jadi pada sistem pendidikan di negara kita, Malaysia. Menteri satu naik, sistem berubah. Menteri dua naik, sistem lain pulak yang berubah. Belum habis lagi isu PPSMI, isu wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM pulak yang timbul.

Pagi ini, sebelum sampai ke tempat kerja, Ummi terdengar luahan pendapat dari pendengar radio IKIM. Berapi-api kebanyakannya tak bersetuju dengan penetapan terbaru ini.

Ummi sendiri bukan sengaja nak mengikut rentak orang-ramai. Bukan juga nak membangkang sahaja kerjanya asal ada isu yang keluar. Tetapi yang jelas pada Ummi nampak sangat sistem pendidikan negara kita ini semacam bermasalah. Memang bermasalah!

Ummi tak ingin nak mengulas panjang. Apa yang Ummi fikir samalah macam apa yang dinukilkan oleh Ustaz Nasrudin Hasan At Tantawi di bawah ini:

http://www.tutor.com.my/tutor/special/kartun/images/220708.jpg

Saya bukanlah prejudis terhadap tindakan Kerajaan yang mahu mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris untuk SPM .

Namun tindakan itu dilihat agak keterlaluan dan jelas mempamerkan keangkuhan kerajaan UMNO dan BN .


Belumpun selesai krisis PPSMI yang dibantah oleh rakyat justeru rata - rata melihatnya ianya tidak adil kepada rakyat terbanyak dalam banyak aspek sebagaimana yang ditegaskan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI .


Saya tidak nampak alasan kukuh kerajaan untuk mewajibkan lulus Bahasa Inggeris bagi Sijil Pengajian Malaysia ini . Sebaliknya apa yang kita lihat ialah betapa kebimbangan pakar - pakar dan para pejuang bahasa kian menjadi kenyataan .


Dulunya mereka berhujjah hanya untuk pengajian sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris , justeru ia adalah bahasa teknologi yang perlu dikuasai oleh pelajar melalui bahasa inggeris . Biarpun dibantah keras oleh pejuang bahasa lantaran negara - negara maju boleh mencapai ketinggian teknologi tanpa mengorbankan bahasa ibunda mereka dalam apa jua subjek pelajaran .


Kini mereka mahu memastikan Bahasa Inggeris adalah subjek wajib lulus dan wajib belajar untuk SPM . Saya agak jengkel dengan langkah Kerajaan . Bukan kerana saya tidak suka bahasa Inggeris bahkan tidaklah salah kita belajar dan menguasai bahasa inggeris , tetapi mengambil langkah mewajibkan lulus bagi subjek itu sangat keterlaluan dan menekan pelajar .


Saya lihat dasar kerajaan tidak peka dengan apa yang dialami oleh rakyat hari ini sedang pelajaran atau pendidikan sangat berperanan untuk mencorak minda dan syakhsiyah rakyat.


Kenapa kerajaan tidak mewajibkan sahaja pengajian Agama atau pendidikan moral kepada pelajar setelah dilihat bagaimana runtuhnya aqidah , akhlak dan moral masyarakat hari ini dan rata - rata mereka mewakili remaja dan pelajar yang masih dibangku sekolah .

Jika kerajaan peka dengan apa yang berlaku dan memandang jauh ke hadapan demi masa depan rakyat dan negara , Pengajian Agama atau moral [ bagi non muslim ] dilihat lebih utama untuk diwajibkan ke atas pelajar agar mereka mendalami agama guna membentuk jati diri dan nilai insan serta menjadi bekal hidup mereka di dunia dan akhirat .

Sehingga kini kerajaan masih gagal melahirkan satu dasar yang seimbang untuk membina sumber manusia yang benar - benar berkualiti bukan sahaja terhenti pada kepintaran aqal dan kecerdikan akademi tetapi juga benar aqidah dan minda serta segar spiritual .


Wallahua'lam.

*************************************************************************************

4 ulasan:

Farid Rashidi berkata...

Salam ummi,

Ya, kenapa tak mewajibkan lulus ilmu agama? fardhu ain itu adalah wajib dipelajari. Kita boleh lihat nanti ramai yang tahu berbahasa inggeris tetapi tak tahu bersolat dan baca quran. Tengoklah nanti..

Ummu Mishkah berkata...

setuju.. bila cara hidup dah jauh dari yg sepatutnya.. ginilah jadi..

werdah berkata...

Setuju dengan pendapat di atas ..lebih baik diajar bahasa arab dan penekanan kepada Al Quran dan Hadith dan sirah Nabi.. dan wajibkan lulus

ilina berkata...

Salam Dr Ummi...saya yang terlibat secara lansung di sekolah ini terasa sangat pentingnya ilmu agama kepada pelajar...mewajibkan lulus BI dalam SPM seoalah-olah tidak melihat keutamaan...dan mengundang "zalim" kepada sesetengah pelajar.