Isnin, 8 Jun 2009

Jom Bercuti Di Sini!

Assalamualaikum.

Terkilan amat rasanya apabila flickr Ummi masih bermasalah. Terpaksa kali ini Ummi ambil gambar direct dari my pictures. Sayangnya, sudah tentu gambar yang diambil direct, bukan dari flicker, saiznya kecil. Apapun, terimalah ia seadanya kerana yang lebih utama adalah isi kandungan berbanding gambar yang ingin ditatap. Cukuplah gambar sekecil ini buat menjadi gambaran kepada penceritaan sebenar.

Sebelum dilanjutkan cerita, doa Ummi untuk Adik Al-Aariffin & Aini ;


"Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu & ke atasmu,
dan menyatukan kamu berdua (Al-Aarifin & Aini) dalam kebaikan"


Dah janji dengan pengantin baru. "Ok, esok kita jumpa di sini. Kak Han & Abang Lan akan bawak Al berdua naik bot bersama anak-anak kami sebagai hadiah perkahwinan special dari kami!"

Wah! Teruja habis pengantin baru. Namun manusia hanya merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya. Ada halangan yang berlaku pada malamnya sehingga pengantin terpaksa pulang segera ke Kelantan pada malam yang sama.

Akhirnya tinggallah kami sekeluarga meneruskan rancangan percutian. Sementara menunggu waktu operasi TTI (Taman Tamaddun Islam) pada jam 9 pagi, kami singgah di warung kecil.

Nampak aja kecil, tapi makanan di situ cukup menyelerakan dan tuan warungnya, masyaAllah...peramah yang amat! Harga makanan dan minumannya pula, murah tak terkata. Teh 0 panas baru 30 sen. Teh susu panas 50 sen. Mana boleh dapat harga tu sekarang di kedai makan yang lain.

Taman Tamadun Islam atau ringkasnya TTI...kebanggaan rakyat Terengganu? Entahlah...Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

Pengkalan Tok Ku Paloh - gerbang masuk ke perhentian bot pelancong (river cruise)

Dari pintu gerbang menuju ke kaunter river cruise.

Sampai di sini, boleh mendaftarkan diri untuk menaiki bot pelancong.

Bot pelancong ini nanti akan mengelilingi Sungai Terengganu selama 1 jam melalui kawasan yang tertera pada peta.


Tambangnya? RM10 per kepala bagi kategori umur 7 tahun ke atas. Jadi anak-anak Ummi yang dapat free cumalah Atiqah seorang sahaja (5 tahun).

Tiket dah dapat cuma tinggal dipanggil sahaja lagi. Sambil menunggu, sambil berposing. Ummi bersama 5 anak-anak berlatarbelakang kan TTI River Cruise.

Abi pulak posing sama anak-anak berlatarbelakang kan Masjid Kristal nun di hujung sana.

Oleh kerana pasangan pengantin yang sepatutnya diraikan tiada, maka pasangan inilah pula yang dikira sebagai pasangan yang diraikan..hik,hik,hik.

Aik? Mak dan anak perempuannya tu nampak macam tengah menggayakan baju aja. Patut ler...hari ni anak-anak perempuan dengan maknya sekali pakai T-Shirt labuh muslimah yang dibeli di Icon Wear! Hihi...

Ini dia promosi T-Shirt labuh Muslimah edaran Icon Wear! He,he,he...


Yang inipun diedarkan oleh Icon Wear juga ke? Kih,kih,kih...jangan marah ya Seha! Yang ini jaket keselamatan yang wajib dipakai semasa menaiki bot.

Tengok! Ummi dan anak-anak sudah mula melangkah ke titian menuju ke TTI River Cruise.

"Bismillahirrahmanirrahim" - Mulakan langkah kakimu dengan nama Allah...mudah-mudahan berkat dan selamat perjalanan, InsyaAllah.

"Anak-anak, baca doa perjalanan dulu ya..."

Pemandu pelancong sedang...opsss, sorry, sorry! Ini bukan pemandu pelancong! Ini Abi daa...hihihi. Ada-ada aja Abi ni, ya.

Aha! Yang ini baru pemandu pelancong sebenar. Nampaknya, Abi kita lagilah ada gaya pemandu pelancong, kan? Hihi...

Along...senyuman yang sungguh bermakna! Uishh..bukan senang nak mintak Along senyum tau! Serius sokmo. Itu yang jadi sungguh bermakna tu...

Angah...semenjak kecil dah berlesung pipit di pipi...murah dengan senyuman.

Anak-anak perempuan solehah Ummi...moga menjadi puteri-puteri mithali.

Ummi & Abi sekeluarga. Aik...tak ramai mana pulak nampaknya anak-anak Ummi ni, ya. Kerusi kat bot pun masih banyak kosong lagi tu. Bila anak-anak dah membesar, barulah terasa tak ramai anak...haha.

Sambil melihat cantiknya ciptaan Allah, sambil berceloteh bersama anak bongsu - betapa hebatnya ciptaan Allah. "Ummi, manusia tak pandai buat air tapi Allah pandai. Hebat Allah, kan Ummi?"

"Pokokpun Allah yang buat ke Ummi?"
"Betul tu. Pandai Atiqah! Pokokpun Allah yang ciptakan. Air, langit, awan - semuanya Allah yang buat! Manusia nama pandai buat semua tu."


Akhirnya, perjalanan bot kami hampir tiba kembali ke destinasi Masjid Kristal.

Semakin lama, semakin dekat dan semakin jelas tersergam Masjid Kristal...

Tiba di sini, Atiqah bersuara ; "Ya Allah! Hebatnya Allah buat masjid ni Ummi!".
Terkedu terus Umminya tak tahu apa yang patut Ummi terangkan...tup,tup, dah sampai ke jeti!

"Nanti kita sambung lagi ya Atiqah. Jom kita naik dulu!" Hihi...

Berakhirlah sudah kisah percutian kami kali ini. Hanya sejam meronda di sekeliling, namun MasyaAllah banyaknya khazanah Allah yang mampu direnung dan dihayati akan penciptaannya. Teringat ungkapan yang dibacakan oleh naqibahku, Ustazah Sumayyah aka Alqasam ;

"Allah tidak mencipta alam sekitar ini untuk dipandang sahaja melainkan untuk difikirkan pencipta di sebalik penciptaanNya."

Ikuti huraian lanjut perjalanan menaiki TTI River Cruise di blog Abi...

*************************************************************************************

4 ulasan:

nasikerabupetro berkata...

betul kata akak...
anak-anak akak pandai bergaya...hehe...
nanti kita shooting deh... heh heh

Kak Ummi berkata...

Aik?Anaknya jer ker?Maknya tak leh shooting sama?Hihi..acah jer dik..

Noraslina binti Jusin berkata...

Salam, Kak Ummi.

Selalu terhibur bila baca tulisan Kak Ummi..he..he patut la Kak Ummi tak online ye, rupa-rupanya bercuti bersama keluarga.

Alhamdulillah, memang benar..pada kejadian alam banyak menyingkap rahsia Pencipta Yang Maha Agung..Subhanallah..MasyaAllah!

InsyaAllah akan berkunjung bila pulang ke tanahair tercinta nanti.

Selamat bergembira Kak Ummi, Siiru 'ala baarakatillah.

Kak Ummi To Ummu Husna berkata...

Wkmslm Dik Ina.

Wah!Kalau Ina sekeluarga berkunjung ke sini,nanti Kak Ummi sakan bawak Ina sekeluarga jalan-jalan.Mesti best punyer!Isyhhh...tak sabor nak jumpa Ina!

Ina,YM Kak Ummi ada problem.Sekejap ada,sekejap tak ada.Tengahari ni Kak Ummi cadang nak bawak komputer ni ke kedai.Lepas ni mungkin ok kot,InsyaAllah...

Siiru 'ala baarakatillah....