Khamis, 18 Jun 2009

Maafkan Aku Wahai Suami!

Assalamualaikum.


Tak tahu apa ucapan penghargaan yang terbaik dapat Ummi nukilkan buat Abi di atas bermacam-macam hadiah yang telah Abi berikan pada Ummi tahun ini. Bermula dari hadiah sempena birthday, sempena ini dan sempena itu...entah apa-apa sempena lagi. Sungguh ianya amat-amat bermakna dan amat-amat Ummi hargai! Terimakasih tak terhingga dari Ummi untuk Abi yang sentiasa di hati....

Terbaru, Abi hadiahkan pula sebuah laptop untuk Ummi bagi memudahkan kerja-kerja mem'blogging'. Nampak gaya Ummi dah dapat sokongan penuh dari Abi ni! He,he.... InsyaAllah Abi, Ummi pasti akan menggunakannya untuk perkara yang bermanfaat dan pahalanya pasti akan kita kongsi bersama!

Oleh kerana Ummi ini bukanlah kategori insan yang reti bermadah pujangga dan berkata puisi, maka Ummi cedok nukilan sajak dari sifu Ummi, Pahrol Md. Juio bagi menggambarkan apa yang tersirat dihati, ternukil di minda...

dengan tajuk :

Maafkanku Wahai Suami

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang kubersuara tanpa berfikir
Semua perkataanku menjadi salah

Datanglah ke sini dan pegang tanganku
Sementara kucerita kehidupan isteri
Harap dimengertikan

Kadang-kadang kusakiti hatimu
Bila kutolak sentuhanmu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangimu...
Tekanan terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu
Tapi sayang, itu tidak benar

Tiada apa yang paling kuhargai
Daripada kehidupan manis bersamamu

Kadang-kadang kufikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat

Hanya kuberitahumu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
Kau kepunyaanku

Kadang-kadang berjauhan denganmu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!

*************************************************************************************

8 ulasan:

Pemerhati dekat berkata...

Hehe... power sajak tu. Nak keluar air mata...

Moga hadiah itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Ummu Mishkah berkata...

Bestnyer dapat hadiahkan..
Sebagai tanda terima kasih, gunakanlah dengan sebaik mungkin dan cuba maksimakan manfaatnya! :)

Tanpa Nama berkata...

Askum Kak Han

Mengalir air mata. Sayangnya A.lan pada Kak Han ye.:)

Semoga inshALLAh membawa barakah dan manafaat untuk Islam hadiah tu.:)

alQasam berkata...

Afwan. Sumayyah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Dr,

saya adalah antara silent reader blog DR nie. Blog DR banyak memberi ilmu yang boleh saya jadikan iktibar. Sebagai ibu muda, saya berharap benar sekiranya DR dapat berkongsi tips bagaimana DR mendidik anak2 yang begitu cemerlang untuk saya jadikan panduan dalam mendidik anak2 saya juga.

Sekian. Terima KAsih

-atikah-

wearelearningparents berkata...

isteri cerdik yg solehah, penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran..di rumah ia isteri, di jalanan kawan...di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan...

kak..pilihlah pintu syurga mana yg ingin akk masuk, dgn menjadi isteri solehah...

p/s:lepas ni, boleh la tolong carikan calon utk ruby....=)

Klinik Ummi berkata...

Pemerhati dekat...InsyaAllah akan Ummi manfaatkan sebaiknya.Terimakasih Abi...

Ummumishkah...memang best! InsyaAllah..pasti. Jzkkhair Ummumishkah kerana setia mengunjungi dan memberi komen.

Al?...Terimakasih Al.Doakan sentiasa moga Kak Han, Abang Lan dan Al/Aini juga sentiada dalam barakah Allah.

Dik Sumayyah...Jzkkhair.

Atikah,soalan tips inilah yg paling sukar untuk Ummi jawab sebenarnya krn Ummi sendiri tak tahu di mana & bagaimana.Walaubagaimanapun InsyaAllah pengalaman demi pengalaman akan Ummi coretkan dari masa ke semasa.mudah-mudahan di sana ada tips yang bisa digarap.

Dik Rubi,are u serious?;)

syuhada' berkata...

doctor...saya mintak izin copy sajak ni letak kat blog saya..thx alot.saya suka baca blog doc,teruskan update:)