Ahad, 7 Jun 2009

Persembahan Live Azhan Atan Di Konvensyen Papisma!

Assalamualaikum.

Hmm..entah apa pulak jadinya pada flickr Ummi. Dah siap upload semua gambar, tiba-tiba hilang pulak gambar-gambar tu. Ingatkan hari ini nak cerita kisah percutian Ummi sekeluarga di atas bot...he,he. Bila dah tak boleh nak copy paste ke sini, teringat pulak masih ada sesuatu yang Ummi nak kongsikan bersama pengunjung.

Ummi layarkan di sini persembahan live dari Azhan Atan dalam Konvensyen Kebangsaan Papisma 2009! Dan ikuti juga persembahan live dari anak-anak dara cilik Ummi seiring persembahan Azhan Atan. Wah! Power bunyinya tu. Hihi...Credit untuk Along di atas usaha dan inisiatif beliau mendownloadkan tayangan video tersebut ke youtube sebelum kembali ke asrama kelmarin. Harapkan Ummi, sampai sekarangpun tak reti nak download lagi...

Enjoy the show dan jangan lupa ambik pengiktibaran dari setiap senikata lagu yang dipersembahkan!







Ni dia, si cilik Amirah Zahidah dan Aisyah Farihah!









Aha! Tengok video kat bawah ni jangan jealous pulak ya. Oleh kerana Abi telah diiktiraf sebagai peminat No.1 Azhan Atan, maka Abi telah diberi penghormatan khas untuk menyampaikan cenderahati buat penyanyi nasyid kesayangannya! Hehehe...



Rupanya bukan setakat Timbalan Pengerusi Tetap (Abi) dan anak-anaknya aja yang minat habis kat Azhan Atan ni, Pengerusi Tetap (berkacamata) pun sama! Hihi...



Semoga terhibur...

*************************************************************************************

1 ulasan:

Farid Rashidi berkata...

Salam,

Lama tak nampak azhan atan lepas menang hari tu.

Apapun, teruskan memberi ilmu perubatan..moga ianya ada keberkatan.

Kalau mahu exchange link, jemputlah ke blog.