Rabu, 24 Jun 2009

Lebah Oh Lebah...!

Assalamualaikum.

Kadang-kadang buntu juga nak menulis. Bukan sebab tak ada idea tapi sebab terlalu banyak idea. Pulak? Yalah, tak tahu yang mana satu patut diceritakan. Sudahnya, langsung tak tertulis. Parah juga tu.

Nasib baiklah simpanan gambar kat MyPictures ni berlambak. Dah bosan tak tahu yang mana satu nak cerita, maka selalunya gambarlah pula yang akan menjadi sumber idea.

Agak-agak, apa yang cuba Ummi tonjolkan di sini?

Ini dia bendanya. Apa dia?

Lebah sedang bersarang!

MasyaAllah, hitam pekat! Entah berapa puluh ribu ekor lebah yang sedang berkerumun. Gambar ini live Ummi tangkap pada pohon durian bonda di Kg Durian Burung.

Tengahari Rabu :

"Assalamualaikum. Adik! Kat pokok durian rumah mak ni ada lebah dik! Mak takut nak keluar rumah ni. Semalam tak dokpun. Tiba-tiba hari ni jiran depan datang beritahu ada lebah kat pokok durian. Macamana mak nak buat ni ek? Petang ni ada kuliah pulak. Kan kekgi (nanti) semua orang takut nak mari ddengar (datang mendengar ceramah)." Kata mak.

"Ya ke? Tak apa mak. Lebah tak kacau orang kalau kita tak kacau dia. Lebah tu nak mari ddengar sekali kot petang ni? Hihi.." gurau Ummi pada mak.

Petang Rabu :

Seperti biasa, bonda sebagai tuan rumahlah yang paling awal berada di tempat kuliah.

Muslimat pastinya yang akan memenuhi tempat kuliah sebegini.

Muslimin adalah juga tapi biasanya sukar nak menandingi jumlah muslimat. Kenapa ya? Rasa-rasanya musliminlah yang patut lebih 'dahagi', kata orang Terengganu yang bermaksud dahagakan ilmu. Bukankah muslimin yang akan memimpin perempuan-perempuan (isteri dan anak-anak) mereka di rumah?

Nasib baiklah penceramahnya muslimin. Kalau muslimat juga yang jadi penceramahnya lagi banyak muslimin kena bedal hari ini...he,he. Jangan marah ya, wahai kaum muslimin. Sengaja Ummi nak bagi cabaran! Inilah Ustaz Kamaruzaman Abdullah yang tidak pernah jemu menyampaikan ilmu kepada mereka yang MAHU.

Alhamdulillah. Abi tak pernah ketinggalan mengikuti kuliah ini jika tiada aral. Mudah-mudahan ilmu yang Abi perolehi akan mengalir juga kepada kami...

Di sinilah juga terkadang pimpinan-pimpinan datang bertandang, mencurahkan sekelumit ilmu di dada untuk dikongsi dan diamalkan. Bersemangat Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (berkemeja hijau) tengok limau madu setalam di depan mata! Ha,ha...Berbaju kemeja hitam putih ni pulak tak lain dan tak bukan, YB Abd Wahid Endut (Parlimen Kuala Terengganu, ADUN Wakaf Mempelam) yang cukup disegani oleh kawan dan lawan. Lagi-lagilah tak lain dan tak bukan, ayahandaku dan suamiku tercinta yang berdiri di belakang...hihi...



Aik, Apa sudahnya cerita lebah tadi?

Memang betul! Lebah-lebah tadi rupanya memang sekadar singgah sebentar di pohon durian bonda. Mungkinkan benar lebahpun suka kepada majlis-majlis ilmu? Wallahua'lam. Yang pasti, usai ceramah, keesokan paginya lebah-lebah tadi sudahpun beredar. Tiada seekorpun lagi yang tinggal! Subhanallah...

Moral Cerita :

1. Kalau nak tahu cerita lanjut pasal keajaiban lebah, klik aja di sini. Nak tahu pasal khasiat madu lebah, tulis aja kat google..hahh..macam-macam artikel pasal khasiat madu lebah akan keluar. Tak payah Ummi nak cerita lagi.

2. Sesiapa yang berada di sekitar Kuala Terengganu ini, jemput-jemputlah ke Kuliah Petang Rabu (Selepas Asar) setiap minggu di rumah mak dan ayah Ummi yang tersayang, Hajjah Mariam / Haji Salleh - 422, Lorong Jambu, Kg.Durian Burung, 20050 Kuala Terengganu (depan Masjid Durian Burung). InsyaAllah setiap minggu kecuali Ramadhan & Syawal, kuliah sentiasa berjalan. Penyampai kuliah adalah ustaz yang tidak asing lagi di bumi Terengganu ini iaitulah Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Kamaruzaman Abdullah.

Itulah moral ceritanya...hihihi...jemput datang!

*************************************************************************************

8 ulasan:

Ummu Mishkah berkata...

bestnyer dapat istiqamah dgn majlis ilmu, mesti meriah kan majlis tu... kalau duk dekat2 confirm kami datang Dr ummi!

saffmukmin berkata...

insyaallah,hrp blh hadir st hr nnt..:)

Tanpa Nama berkata...

Intro cerita yang mendebarkan.. diakhiri dengan jemputan ke majlis ta'lim rupanya.. hehe.. insya Allah Kak Ah.. MAHU tu ada... Kerana mahu tak mahu, mencari ilmu itu wajib.. Cuma mungkin, kemahuan itu cuba berdalih dengan cara lain menuntut ilmu.. Insya Allah, i'll be there too, before this Ramadhan, and hopefully next week..

Ummi berkata...

Kalau dapat jumpa Ummumishkah,Saffmukmin dan Dianah kat majlis tu mesti lagi best dan lagi meriah!

Ahyana Solehah berkata...

wah..ustz azhar ka?/...hehe..ustz die-hard-fan ana tuh! =)wah2..hope dpt jupe ustz live 1 hr nti..

kalu kat klate gak, ki crmh tok guru jela stiap jumaat pagi..rindunya...

p/s:
ummi..nama kita samala.. kat rumah org panggil ana Kak Ah jugakk..hehe. hope dpt jadi mcm Dr ummi lah. amin

Ibnul Munzir berkata...

Kuliah-kuliah tu best-best tau... tapi jiran-jiranpun ramai tak datang. Ibaratnya, hanya semut kenal gula kan..kan..

Ust. Kamaruzzaman tu penuh dengan nasihat dan motivasi untuk diamalkan.

Ust. Azhar tu penuh dengan ilmu, kefahaman dan menghilangkan stress. Barangkali kalau nak berhibur sambil menuntut ilmu, kuliah ust ni cukup sesuai. Beliau cukup mahir dalam hal-hal feqah. Tapi soalan-soalan lainpun dia akan jawab. Jawapannya pula cukup memuaskan. Really specialised! Cuma soalan UFO tak keluar lagi... hehe...

Jadual Ust. Kamaruzzaman - minggu 1 dan 3. Ust. Azhar minggu 2 dan 4. Kalau ada minggu 5? Ust. Syed Abu Bakar akan mengupas soal akidah melalui kitab Iman. Tapi jangan pilih-pilih ustaz yer...

rabbani berkata...

ya betul2 lebah nih bnyk keanehan dan keajaibannya... almaklumlah kan.. kisah lebah nih dah termaktub dalam al-quran iaitu pada surah AN-NAhl ( lebah ) pada nya yg mengandungi 128 ayat dan diturunkan dimekah ( juzuk 14 )....

padanya ayat yg menyentuh perihal lebah ini dikaitkan pada ayat 65-69... Allah telah menyuruh lebah membuat rumahnya diatas bukit dan diatas pokok, meminum air madu bunga dan menurut segala peraturan yg ditetapkan oleh ALLAH... pada lebah tersebut keluarlah dr perutnya satu minuman yg sgt manis, ubat utk penyakit manusia.... ( madu lebah ).

kerna ini semua adalah kekuasaan ALLAH yg menciptakan alam...

rabbani berkata...

nok g etek leh dop?? :D

betul2 tmpt agama nih, sussah sgt org nk g, tp tmpt mksiat sng sgt dan malah makin berkerumun org nok g... aduyai susah gak tu...