Rabu, 10 Jun 2009

Keguguran: Perlukah Janin Diurus Seperti Mayat Biasa?

Assalamualaikum.

Seorang doktor seringkali dihujani dengan pertanyaan berkaitan hukum-hakam dalam Islam yang melibatkan permasalahan kesihatan atau perubatan. Ini bermakna, seorang doktor Islam amat perlu belajar dan terus belajar berkaitan bidang fiqh perubatan. Malangnya, pembelajaran sedemikian tidak mungkin diperolehi dalam silibus universiti kerana sistem yang digunakan adalah sistem sekular (mungkin tidak untuk mereka yang mengambil kursus perubatan di Timur Tengah).

Lantaran itulah kita sendiri perlu berusaha ke arah itu. Masyarakat amat mengharapkan pemahaman dari kita, profesional perubatan, secara langsung. Samaada kita belajar atau kita sendiri tahu ke mana hendak dirujuk apabila pertanyaan-pertanyaan sedemikian diajukan. Jangan menganggap remeh persoalan dari pesakit berkaitan hukum kerana dikhuatiri jawapan yang kita berikan atas dasar remeh-temeh tadi memberikan kesan terhadap hukum caca-merba yang kita 'fatwa'kan. Wal'iyazubillah.

Antara persoalan yang pernah diajukan kepada Ummi :

Keguguran: Perlukah janin diurus seperti mayat biasa?

Petikan dari arkib SJ al-ahkam.net :

Alhamdulillah, inilah jawapannya.

Dr Yusof al-Qaradhawi ditanya mengenai hal janin yang gugur.

Pertanyaan: Apakah bayi yang gugur wajib dishalati?

Jawaban: Bayi yang gugur tidak perlu dishalati kecuali jika ia
lahir dalam keadaan hidup, meskipun hanya beberapa menit.

Wallahu a'lam

Sumber: http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28218

Petikan dari laman web MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) yang disediakan oleh Ustaz Nor Razak Bakar, Pegawai Dakwah, MUIS :

Keguguran janin: Apa yang perlu dilakukan?

Kandungan yang belum sempurna atau keguguran ketika hamil memang ada berlaku. Keguguran itu kadang-kadang berlaku ketika kandungan itu berusia sebulan atau tiga bulan atau lima atau tujuh bulan. Janin yang gugur pula itu kadang-kadang telah sempurna tubuh anggotanya dan ada pula yang separuh sempurna.

Dalam keadaan begini, Islam telah memberi panduan cara mengurus dan menyempurnakan janin tersebut. Jika janin yang gugur itu terdapat padanya tanda-tanda bernyawa seperti bergerak ia dan bersuara ia, maka keguguran itu hendaklah disempurnakan seperti lazimnya menyempurnakan mayat orang dewasa. Bererti keguguran itu mesti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Jika tidak terdapat tanda bernyawa tetapi mempunyai bentuk manusia seperti kelihatan telinganya atau jari-jarinya atau apa jua anggota badannya, maka keguguran itu hanya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.

Jika tidak terdapat langsung apa-apa tanda sama ada bernyawa atau bentuknya, maka keguguran itu tidak wajib disempurnakan seperti lazimnya. Tetapi adalah digalakkan dan sunat hukumnya keguguran itu dibungkus dan kemudiannya ditanam sahaja.

Sumber: http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-97/panduan-a.html

*************************************************************************************

2 ulasan:

Humairah berkata...

Salam Dr. Ummi,

Kami yg belajar kat mesir ni pun xde pendedahan pun sbnrnya pasal feqh ni, mksd sy scra rasmi, dlm kuliah. Beruntunglah mereka yang benar2 mahu, blh usaha cari drpd ustaz ustazah hatta dgn syeikh2 skalipun..

Kak Ummi To Hamra berkata...

Wkmslm.

Oh ya ker Hamra?Kak Ummi pun tak pasti macamana pembelajaran di Timur Tengah.Kalau gitu,ambillah peluang sepanjang di sana untuk menuntut ilmu dari guru-guru & ulamak-ulamak muktabar,dik!