Khamis, 11 Jun 2009

Bila Isteri Merajuk...


Bila dia merajuk...
Pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni
Rasional atau emosi?

Kalau ternyata daripada emosi
Belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujjah
Berilah seribu sebab
Lengkap dengan perangkaan saintifik
Atau dokumen saintifik
Namun...

Mereka tetap melulu
Kerana fikiran sudah berjerebu

Sebaliknya perhaluskanlah kata,
Perindahkan bahasa...
Jinakkan perasaan
Hadiahkan senyuman
Dan kalau itu masih gagal
Gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.
Masih gagal juga?

Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air di dalam cawan
Jangan digoncang...
Buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua

Tapi awas kalau ternyata
Merajuknya berfakta
Masamnya berdata
Malah ilmiah pula
Ini rajuk taraf tinggi
Yang perlu ditangani berhati-hati.

Kalau ternyata benar
Apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji
Tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah

Katakan,
"Sayang...abang alpa"
Bisikkan,
"Darling, I lupa..."

Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan Cassanova, tapi hati suci
Kadang-kadang dengan sedikit memberi
Kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi...
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas
...Padam oleh salju yang dingin

Terimakasih Sifuku, Pahrol Md Juoi atas nukilan yang amat bererti...

(Jangan cakap Ummi tengah merajuk pulak ek...he,he)

*************************************************************************************

3 ulasan:

Ummu Mishkah berkata...

cantik nukilan ni... :)

NizA berkata...

hikhik..ingt akak majuk...

My Life My Journey.. berkata...

Salam singgah,
Sedap nukilan ni, terima kasih atas peruntukan masa untuk perkongsian ini.
Elok jika dapat send pada semua suami2 di luar sana tu, isteri merajuk pujuk2 je la, ego tu letak kat tepi dulu kan..

Best!! Thumb up!!!