Sabtu, 27 Jun 2009

Benarkah Ubat Dan Durian Memabukkan...?

Assalamualaikum.

Janji dengan Abi, hari Khamis baru beli durian. Kenapa tunggu hari Khamis? Sebabnya Khamis malam dan Jumaat kami tak kerja. Jadi bolehlah tumpang bedal sama anak-anak. He,he. Bukan apa, kalau makan durian time hari kerja, tak tahan bau sendawanya , boleh pitam pesakit nanti! Ha,ha,ha. Ada tak ada, tunggu ajalah hari Khamis. Aduhai...

Akhirnya tiba juga Khamis yang dinanti-nantikan.

Tu dia! Satu lori durian baru diturunkan.

Abipun apa lagi...pilih, pilih, jangan tak pilih! Tak minat Abi dengan durian yang baru diturunkan dari lori sebab yang itu durian import dari Johor. Lagi best durian tempatan.

Akhirnya hati terpaut, janji termetri, durianpun terbeli...keh,keh,keh. Kali ini durian dijual timbang. RM4 sekilo! Murah ke mahal tu ek?

Ditakdirkan Allah, hari yang Ummi mengidam (mengidam tak ada isi...he,he) nak makan durian tu, hari tulah juga kena serangan migrain. Aduhai...Tapi tak mengapa. Biasanya kalau dah telan ubat, dalam masa beberapa jam sakit kepala akan hilang, InsyaAllah.

Selesai aja berbuka puasa, terus telan ubat. Dah janji dengan anak-anak, "Lepas Isyak kita turun makan durian, okay?" "Yahoo, bestnya!" Ha,ha,ha....dah semuanya hantu durian, apa nak buat?

Antara waktu maghrib dan Isyak, kepala semakin berdenyut kuat. Barangkali kerana terpaksa menangguhkan pengambilan ubat dari pagi lantaran berpuasa. Tak tertahan, lagi sekali Ummi telan ubat. Fuh! Anak-anak dah risau, takut Umminya tak boleh join makan durian. Mana seronok?

Lepas Isyak, sepertimana yang dijanjikan walaupun kepala masih berdenyut-denyut, 'jamuan durian' tetap diteruskan! Kena pulak, isinya cantik-cantik dan lemak manis tak terkata rasanya. Alhamdulillah.

Bila dah kekenyangan membedal durian, barulah teringat, "Eh, kan ke orang cakap, makan durian dengan ubat memabukkan?"

He,he,he...Sebenarnya dalam perubatan, tak adapun pantang larang sebegitu. Malangnya masyarakat kita terlalu banyak taboonya. Ini tak boleh, itu tak boleh. Yang senang, disusahkan. Yang dah susah, lagilah disusahkan! Sudahnya, semua jadi susah.

Ummi tak nak komen banyak pasal ini kerana bab-bab taboo ni, berbuih mulutpun kita cakap, susah orang nak terima. Betullah masyarakat kita ni, kalau dah percaya pada sesuatu, sukar nak diubah.

Pernah satu ketika, ada ahli keluarga yang bertanya. "Kalau kita dah makan durian, berapa lama kita kena jarakkan masa untuk makan ubat ek?"

Jawab Ummi, "Tak payah tunggu berapa lama makcik. Makcik taruk ubat tu kat dalam durian, lepas tu telan! Macam tupun tak apa."

"Hahh????" Terlopong makcik ni dengar Ummi jawab.

"Biar betul?"

"Betullah tu!" Tergelak Ummi melihat kekagetan makcik yang bertanya.

"Selalu sangat kita orang buat macam tu makcik. InsyaAllah tak apa-apa. Yang penting, minda kita percaya bahawa ianya tak memabukkan. Mana ada bukti saintifik cakap durian dan ubat memabukkan."

Dengar aja Ummi explain cam tu, terus aja suami makcik tadi yang baru sahaja telan ubat darah tinggi dan kencing manis, mengambil durian yang terhidang di hadapan mata dan ngap!!! Hihihi....Alhamdulillah, tidak ada perkara yang burukpun berlaku selepas itu.

Jadi, nak percaya ke tidak?

Hmmm...bagus juga kalau Ummi boleh dapatkan pandangan ramai berkaitan isu makan ubat dengan durian ni.

Wallahua'lam.

*************************************************************************************

38 ulasan:

Dianah berkata...

Masa kecik2 dulu, mmg percaya bulat2 ngan pantang ni, walaupun tertanya2 kenapa camtu.. Konpius apa kaitannya ubat dan durian.. Sedangkan ubat tu sendiri, adalah nama am sahaja, dan kandungannya berbeza-beza antara ubat berlainan.. Tapi, bila dah jejak kaki kat unibesiti, baru la sahih yang sumer tu adalah fakta yang takde nasnya.. hehe.. Bagus artikel ni, kak ah, penerangan yang kena ngan masanya.. Musim durian leni kan... Kebetulan Che Ngahpun baru beli durian ni, nak uat poyok.. :P

Azlina Ahmad berkata...

Syukran kak ummi.
Info yang berguna

Jacknaim berkata...

##Yang penting, minda kita percaya bahawa ianya tak memabukkan##

salam! ummi pernah dengar pasal subconscious mind tak.. hurm! memandangkan tengah baca buku tentang subconscious mind ni, banyak kesimpulan mnarik yg dapat sy buat.

walaupun buku yg dibaca ditulis oleh seorang alim kristian, tp penjelasannya banyak relate dgn islam.. tp panjang la plak nak komen psl tu.

tp ayat ummi tu menggambarkan ttg bagaimana subconsious mind control body funtion kita..

dan sebab tu jugak org zaman dulu sakit ntah ape2 pun bleh sembuh just pegi jumpa bomoh. sebab diorang dah setting kan kat dlm kepala yg diorang percaya dkt bomoh n bomoh leh sembuhkan mereka..

tp hari ni, kalau jumpa bomoh dah x sembuh sebb kepercayaan diorang dah hilang..

akan tetpi kepercayaan mereka dkt doktor kadang kala menyebabkan diorang sembuh.

oleh tu, sbg doktor kita kena betulkan balik pemikiran diorang. bukan doktor yg sembuhkan tp allah..

the best example ialah kata bestari yg diungkapkan oleh org dulu2 (bukan islam)

-doktor yg membalut luka tetapi TUHAN yang menyembuhkannya.-

Ummu Mishkah berkata...

salam..
nak gelak pun ada bila baca entri ni.. hihihi. Bukan apa org melayu kita ni banyak beno taboo nye.. bukan setakat makan minum... hingga bab2 ibadat pun pun dicampur gaul dgn kepercayaan yang pelik2..

Marjaat Humaira berkata...

salam dr.ummi,
nak critakan pengalaman saya pasal mabuk ni, tp bukan mabuk makan durian atau buah2 lain dengan ubat. Tapi saya mabuk sbb makan ubat overdose. Doktor tulis kat situ makan sebijik sehari, tapi entah macam mane silap baca, saya makan 2 bijik sekali. Lepas tu mula pening2, rasa loya, rasa perut dan dada ni beralun2 nak muntah. Pastu mak saya kata kalu nak 'tawar' kan ubat tu kene minum air kelapa. Alhamdulillah, lepas minum air kelapa tu, oklah skit.. Tp mabuk sbb makan buah durian dgn ubat tak pernah pulak..

ilina berkata...

Mungkin kesan dari kehebatan rasa dan kesan durian yang agak panas yang menyebabkan masyarakat kita takut nak makan durian bila makan ubat...Hmmm mcmnana pulak makan durian disekalikan dengan makan buah tertentu ada kesan apa2 tak Dr Ummi. Coz ada orang kata ( x tahu dari mana sanadnya) x boleh makan durian + tembikai ?

Nafastari berkata...

Baguslah entri ni! Saya rasa saya patut bawa mak saya jumpa kak ummi. Dia antara orang masih percaya ubat bersama durian memabukkan. Puas saya pujuk dia, tapi dia tidak mahu percaya kerana masih takut-takut. Tentang durian, sekarang saya rasa sangat ingin makan durian! Kalaulah durian ada di sini....

alfakawi berkata...

Saya pun masih percaya sebab ia panas. Lepas ni tkpe lah. Boleh mkn sekali dengan durian.

Dianah_to_ilina berkata...

TUmpang jawab.. To ilina: Setahu saya, petua orang tua2 cakap, madu + tembikai = racun, dengan izin Allah.. Bukan tembikai + durian.. Wallahu ALam..

jan berkata...

skg saya ada di wad hosp. tgh mengidam nk makan durian yg ada dijual kat tepi jalan kat hosp. ni,dah mkn ubat kaw2... jap lg tanpa was2 lg sy nk mkn durian tu ... ku esok sy ad bg komen,bermakna masih hidup n betul lah kenyataan n fakta umi tu...

Tanpa Nama berkata...

Jan idup lg ke..?

Tanpa Nama berkata...

mana jan ni.. idup ke tidak????

Tanpa Nama berkata...

alamak hidup lg ker tak jan tu??? 3 thn tk berjwp..

syah berkata...

huhu..3 tahun lame tuh...hahaha....ntah-ntah dah.....

tapi rasanya tk sempat nak taip kot..sbb skrng musim durian...takpon dah jadi tokey durian...hehehhe

Tanpa Nama berkata...

baru ngap panadol ngan durian

Unknown berkata...

Fuhh...mati2 ku sangka bahwa umurku tdak panjang lagi..haha...thanks to blog owner...mula2 sya makan durian pastu makan panadol sbab selsema...pastu,sya bergegas ambik phone dan "search"...rupa2 nya ...panadol+durian tdak memabukkan mahupun meninggal....thanks

Mas berkata...

Durian + cendawan lak cmne?

Mas berkata...

Durian + cendawan lak cmne?

Tanpa Nama berkata...

Durian + cendawan lak cmne?

Syana berkata...

Samee la kite.. ni aku gugel sbb aku pn igt aku umor x panjang dah sbb trmakan durian lps makan pandol selsema weyyy

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama
Lps makan durian,telan panadol 2 biji
Cuak..terus google. Jmp artikel ni. Trm kasih.

Tanpa Nama berkata...

Sambil relaks lepas dinner tadi isteri dan anak beritahu mereka nak keluar, nak pi beli durian. Saya terfikir alamak baru makan ubat kencing manis lepas dinner tadi. Melepaslah sebab lepas makan ubat tak boleh makan durian, nanti mabuk. Tak puas hati saya pun goggle dan jumpa article ini, nasib baik Umi kata boleh makan. Bila depa balik bawak durian, saya pun joined sekali lah. Thanks Umi.

Unknown berkata...

Sama la .. sy pun br pas mkn panadol ngan antihistamin sbb asyik bersin.. tertiba husband balik bwk durian... tk sabar nk mkn punyapasal terus google.. alhamdulillAh jumpa blog ni... tgh tgu pulut masak ni... jap g bule mkn dahhhh

Unknown berkata...

Klu batuk dgn durian plk cm mne? Org ckp klu batuk mkn durian... makin menjadi2 batuk tu..

Nizar_Ryza berkata...

Mana si Jan ni... X tak syahid kut

Felycya berkata...

Jan mano ekau jang eeehhhhh

Unknown berkata...

Hahahahaha... Jan ooo jan.. xhabis2 lg ko mkn durian tu

PakMaT berkata...

Ooohooiii mana kau jan

Unknown berkata...

Lagenda mengatakan bahawa Jan madih lagi sdg memakan durian bersama ubat2 nya......

Unknown berkata...

Sblm mgrib td mkn durian, lps isya mkn ubat...belari g kait buah kelapa dlm gelap...tawakkal..minum air klpa cpt2 pastu cari kt google..jumpa yg ni. Al hmdulillah lega�� ... Semoga Allah panjangkan umurku ...aamiin..

Ras berkata...

Jan ada lagi ke tu . Takziah kepada jan

Tanpa Nama berkata...

Ak x berani nk mkn sbb jan

Alal berkata...

😂

Aza berkata...

Jan... Oo jan... Bgtau ler cepat aku bru je makan durian.. Sejam yg lepas makan ubat slesma..������

Unknown berkata...

Aku pun dok tunggu jan reply... Plz jan... Durian depan mata aku ni.. Aku makan ubat darah tinggi pagi tadi....

Unknown berkata...

Jan..jwbla jan.bru nk mkn ubat nie lps ngap durian td..huhu

Tanpa Nama berkata...

Jan menghilang ke mana????

Tanpa Nama berkata...

Kenapa la terbaca pasal jan pulak ni... Adoi... Jan ada lg x.