Ahad, 29 Mac 2009

Penyejuk Mata Hati...

"Assalamualaikum Ummi..."

"Waalaikummussalam. Kakak ke ni?"

"Ha'ah kakak. Ummi! Kakak dah dapat nombor!"

"Ya ke? Kakak dapat nombor berapa?"

"Hehehe..nombor 1!"


"Alhamdulillah.....Tahniah, tahniah, tahniah kakak! Eiiii..sukanya Ummi kakak dapat nombor 1 lagi..."

"Hihihihihi....." kedengaran kakak ketawa di corong telefon...



Dua hari kemudiannya...

"Assalamualaikum. Siapa telefon Ummi tadi? Ummi ada patient, tu Ummi tak angkat."

"Waalaikummussalam. Aisyah telefon Ummi tadi. Ummi! Aisyah dah dapat nombor!"

"Hah? Ya ke? Alamak..Aisyah dapat nombor berapa?"

"Aisyah dapat nombor satu!!!"


"Alhamdulillah.....Tahniah, tahniah, tahniah Aisyah! Eiiii..sukanya Ummi! Aisyahpun lepas ni biar macam kakak,ya. Biar dapat nombor 1 sokmo..."




Kakak & Aisyah dengan hadiah no.1 peperiksaan OTI 1 baru-baru ini, manakala Atiqah dengan hadiah rajin menulis dan mewarna di rumah..he,he,he...

Begitulah perasaan seorang ibu. Tidak ada yang lebih membahagiakan apabila mendengar berita kejayaan anak-anak tercinta. Pada seorang anak pula, kebahagiaan mereka adalah menyampaikan dan mempersembahkan sesuatu yang menggembirakan hati kedua ibubapanya.



Sekali lagi, MariBaca Bookstore dah jadi penyelamat Ummi untuk hadiah kecemerlangan anak-anak...

Namun benarkah kebahagiaan itu selalunya selari dengan kejayaan? Dan adakah ukuran kejayaan sebenar di mata dunia turut menjadi ukuran kejayaan hakiki di sisi Allah di akhirat nanti?

Merewang-rewang di blog sahabat-sahabiah sebentar tadi, terbaca Ummi sebuah artikel yang amat menarik dan amatlah benarnya dari laman Ustaz Zaharuddin berkaitan cabaran mengekalkan kejayaan. Apa kata ustaz? "Erti kejayaan amat luas dan subjektif, sebagai umat Islam kita wajib melihatnya dari perspektif keagamaan terlebih dahulu sebelum tenggelam dengan takrifan dan definisi kejayaan dari kacamata kebendaan..." (sila habiskan bacaan di sini)

Setiap kali mendapat berita gembira dengan kejayaan anak-anak, setiap kali itulah juga Ummi teringat dengan ucapan Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Aman Razali buat para ibubapa...

"Dalam kehidupan di dunia ini, tidak ada orang yang inginkan kecelakaan. Semua orang nakkan kebahagiaan. Antara cemerlang dan kecundang, semua orang inginkan kecemerlangan. Antara terbilang dan terkebelakang, semua orang nak jadi terbilang. Tiada siapa yang ingin kecundang dan tiada siapa yang ingin terkebelakang. Semua orang nak berjaya. Tetapi adakah kejayaan seseorang itu merupakan jaminan kebahagiaan? Dan apakah konsep kejayaan yang sebenarnya di dalam Islam?..." (baca lagi...)

Apa selalunya pesanan Ummi Abi pada anak-anak?

"Allah tak nilai apa yang kita capai tapi yang Allah nilai adalah apa yang kita usahakan. Sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan? Tanya hati dan diri kita sendiri. Adakah kita sudah cukup berpuas hati dengan apa yang kita usahakan sehingga Allah boleh iktirafkan yang kita ini cemerlang di sisiNya? Ummi dan Abi lebih berbangga jika sekiranya anak-anak Ummi dan Abi cemerlang di sisi Allah, bukan cemerlang hanya pada pandangan ukuran dunia!"

Ingat lagi apa yang Ummi tulis di sini?

"Adik-adik dapat nombor berapa periksa baru-baru ni, Ummi?" Tanya Along di corong telefon.

"Adik-adik? Alhamdulillah. Kakak dapat nombor 1, Aisyahpun dapat nombor 1."

"Wah! Hebat ngat adik-adik Along!"

"He,he,he...hebat macam abang-abangnyalah. Abang-abang diapun hebat, tapi saja tak nak tunjuk, kan?"

"Hihihihi...memanglah Ummi. Abang-abangnya ni kan tawaddhuk!"

Alamak, hancus! Macamana pulak si Along ni guna istilah tawaddhuk kat sini pulak..huwaaa...:confused:

Buat kedua-dua anak teruna Ummi..tahniah tak terhingga juga dari Ummi dan Abi atas keputusan peperiksaan baru-baru ini. Ramai yang tanya Ummi, "Anak-anak doktor ni, dah besar nanti mesti jadi doktor jugak, kan?" He,he,he..semestinyakah begitu?

Nak tau apa aliran yang dipilih anak-anak lelaki Ummi?

Alhamdulillah. Setakat ini kedua-duanya lebih cenderung untuk memilih bidang agama. Apakah mungkin Ummi telah keliru di antara menjadikan anak-anak Ummi beragama dengan menjadikan mereka orang agama? Mudah-mudahan tidak. Entah kali ke berapa Ummi membaca, menghayati dan merenungi apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) dalam artikelnya yang bertajuk 'Antara Orang Agama Dan Orang Beragama'. Jazakumullahu khairan kathira buat Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharuddin atas segala limpahan ilmu yang berkat...!

Buat Along dan Angah: Keberadaan dirimu di bumi anbiya' nanti, manfaatkanlah sepenuhnya buat mencari ilmu. Ummi dan Abi sanggup membanting tulang siang dan malam untuk melihat suatu hari nanti Along dan Angah pulang sebagai ulama, bukan sebagai penyemak. Pemergian kalian ke sana adalah untuk belajar, belajar dan belajar. Bukan untuk bermain atau main-main! (rujuk artikel Ustaz Zaharuddin di sini).

Sungguh! Terharu dan sebak sekali hati Ummi membaca keperitan yang dilalui oleh Ustaz Zaharuddin dalam mencari sekelumit ilmu. Kalau orang lain yang ghairah mencari ilmu tetapi terhalang dek kerana tekanan kewangan, amatlah rugi dan malangnya bagi kita yang dikurniakan Allah kedua ibu bapa yang masih mampu menyediakan itu dan ini, tetapi tidak menggunakan segala kemudahan yang ada untuk menggarap ilmu semaksimum mungkin!

Meminjam kata-kata Saifulislam.com : "Ayah dan ibu manakah yang tidak mahu melihat anaknya mendalam pengetahuan dan penghayatannya terhadap agama? Segala kepedihan, cabaran dan pengorbanan selama membesarkan anak, terasa berbaloi dan berbayar kembali tatkala si anak merendangkan seisi keluarga di bawah teduhan agama..."

"Ya Allah, kurniakanlah buatku anak-anak generasi keturunan yang soleh dan solehah, penyejuk matahati dan pejuang di jalanMu ya Allah..."

*************************************************************************************

4 ulasan:

NizA berkata...

seronoknya baca anak2 akak semuanya berjaya n cemerlang dlm pembelajaran...tahniah kak!!tahniah gak tuk anak2 akak...

Tanpa Nama berkata...

MashaAllah, gembira sangat tengok anak-anak akak cemerlang, siap tutup aurat sejak dari kecil lagi..sejuk perut mengandungkan mereka...jadi inspirasi untuk saya mendidik anak juga...mabruk kak han...

Kak Ummi berkata...

Jzkkhair Dik Niza & Dik Nurizah atas ucapan dan doa...

nora berkata...

Salam Kak Ummi, seronok btol tgk anak kak ummi sumer berjaye, dari segi ilmu dunia pun, alhamdulillah, hebat jugak nampaknye. Ade tips tak kak ummi since saye baru jek blaja jadi seorg ibu ni. :)