26 Februari 2009 - Genap 7 tahun umur anak ke-empat Ummi, Aisyah Farihah. Terasa masih segar dalam ingatan, kelahiran Aisyah yang di luar dari kebiasaan. Apa yang luarbiasanya? Terlalu cepat proses kelahirannya sehingga tak sempat Ummi ke hospital! Segala puji bagi Allah yang telah mempermudahkan segalanya.
Jam 4.00 pagi, 26 Februari 2002 - Aisyah selamat dilahirkan di Klinik Ummi dengan Abinya sendiri bertindak sebagai bidan tanpa seorangpun pembantu! Memang melucukan bila peristiwa itu dikenang kembali.
Apa tidaknya, bila terjaga dari tidur di tengah malam yang sepi, tiba-tiba aja ketuban pecah (ruptured membrane). Apalagi, kelam-kabut Ummi dan Abi bersiap nak ke Pusat Bersalin. Turun aja tangga rumah, kepala Aisyah dah nak keluar! Huhuhu...apalagi, dengan gaya machonya, Abi angkat Ummi ke katil pesakit di bilik rawatan (sekarang ni tak merasa dah nak kena angkat, badan dah berat..he,he) dan.....jeng, jeng, jeng.....Aisyahpun meluncur keluar sampai Abi tak sempat nak sarungkan gloves! Fuh!!! Rupanya Aisyah ni memang kuat fokusnya sejak dari lahir. Bila dia dah cakap nak keluar, time tu jugak dia keluar!
Terbayang-bayang lagi Ummi wajah Abi yang kelam-kabut tu..hihihi. Bila dah siap potong pusat, terjerit-jerit Abi panggil bibik yang tengah lena tidur kat tingkat atas. Si bibik ni pulak le yang kelam-kabut...apa taknya, dihulurnya baby yang masih fresh lagi ni kat si bibik yang tengah mamai tu.
"Waduh Pak! Mau di apa-apaan baby ni Pak?" "Gimana mau pegang baby ni Pak?" "Waduh Pak! Bibik ngakk tau!"...agaknya begitulah lebihkurang perbualan bibik...
"Bik! Jangan cakap banyak! Pergi mandikan baby ni. Ibuk baru bersalin ni!"
Ummi yang masih belum hilang dari rasa sakit bersalin tupun tak tertahan nak ketawa. Sekejap lagi, kedengaran suara baby menjerit-jerit kat bilik air. Abi yang kelam-kabut dibawah ni dengan darah dan ketuban serta dengan proses menjahit luka episiotomy, terjerit-jerit pulak menanyakan bibik kenapa baby menangis.
"Ngak apa-apa Pak. Bibik mandikan baby. Baby kesejukan Pak!"
MasyaAllah, rupanya si bibik ni mandikan baby dengan air sejuk pulak! Sampai naik biru muka baby kesejukan. Hmmm..padanlah sampai sekarang Aisyah ni macam serik je nak mandi..hihi...
Azan Subuh - Alhamdulillah semuanya selesai. Ummi dah dibawa Abi ke bilik dan babypun dah siap dimandi dan di'bedung'.
"Ummi nak beritau mak sekarang ke yang Ummi dah bersalin?" tanya Abi.
"Tunggulah siang sikit, nanti Ummi telefon mak."
6.30 pagi :
"Assalamualaikum mak.."
"Waalaikummussalam. Eh, Adik Ah ke ni? Adik Ah dah rasa sakit nak bersalin ke?" Begitulah mak. Kalau telefon awal pagi, mesti panik dan macam-macam yang difikirkannya..
"He,he...dah bersalinpun mak!"
"Hah? Dah nak bersalin dah? Nanti! Nanti! Mak nak ajak bak pergi ni."
"Adik Ah dah bersalin dah mak, pukul 4 pagi tadi. Alhamdulillah selesai dah belaka.."
"Hah? Dah bersalin? Bersalin kat mana? Bakpe tak panggil mak? Bakpe cepat sangat boleh balik.....bla, bla, bla...." sampai tak sempat Ummi menjawab..hahaha...
Itulah al-kisahnya si Aisyah Farihah...kenangan yang cukup indah dan tak akan dilupakan, InsyaAllah...
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh"
@@@@@@@@@@@@@@@
"Bagi Allah jualah hakmilik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."
(As-Syura:49-50)
@@@@@@@@@@@@@@@
@@@@@@@@@@@@@@@
"Bagi Allah jualah hakmilik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."
(As-Syura:49-50)
@@@@@@@@@@@@@@@
Untukmu Aisyah...
Ummi abadikan sebahagian gambar-gambar Aisyah sedari kecil sehingga sekarang...
Ummi abadikan sebahagian gambar-gambar Aisyah sedari kecil sehingga sekarang...
HARI INI - 26 Februari 2009 - 7 Tahun Usiamu
betapa lekas waktu mematangkanmu...
"Suruhlah anak-anak kamu sekalian melakukan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana (meninggalkannya) pada usia sepuluh tahun, serta pisahkan mereka di tempat tidur."
(HR Ahmad dan Abu Daud)
*************************************************************************************
8 ulasan:
salam kak han,
selamat hari lahir kepada anak ummi yg ke 4 ni..semoga panjang umur dan success dunia & akhirat
Wkmslm.
Jzkkhair dik Damitri atas ucapan doa...Ameen...:D
Happy Birtday Aisyah...
Moga sentiasa jadi kebanggaan Ummi dan Abi...
Akak, lawak la cerita akak ni...hihi...
Bestnya kalau dapat husband macho time kelam kabut gitu...
Wa-ha-ha...
Oh ye... komen di atas dari Baity ye...
Profile baru...kikiki
Hihihi...Woo..dah profile baru lak dia. He,he..Nampak gambar nasikerabu tupun dah tau dari sape...
salam...
selamat hari lahir cikju ucapkan pada aisyah. lawak tul la cite k.umi ni. emm aisyah kena ingat tu sejarah kelahiran yg luarbiasa tu. heheh
nk mtk tolong k.umi skt ni...
wslm...1st time baca pengalaman orang labour,saya duk ketawa...apa-apa pun,Abi memang macho.Lagi power dari hero hindustan...
Selamat Hari Lahir Aishah...seindah namanya
happy belated birthday untuk Aisyah.. ..nampak cam sebaya je anak2 dara kak han tu..hehhe.. kak han, klinik kak han tu sebelah rumah k han je ker?
Catat Ulasan