Assalamualaikum.
Darling? Siapa darling tu? Ha,ha,ha…Saja kasi gempaq. Siapa lagi kalau bukan suamiku tercinta. Maling pulak? Maling tu kan dari perkataan Indonesia yang maksudnya pencuri. Jadi apa yang Ummi nak cerita hari ni adalah kisah rumah Ummi didatangi pencuri sewaktu ketiadaan Abi..! Huwaaa….
Malam Jumaat, Abi bertolak ke Perak demi sebuah perjuangan. Maka tinggallah Ummi bersama 3 puteri dan seorang bibik. Keesokan paginya, selepas solat subuh berjemaah dan selesai mambaca ma’thurat bersama puteri-puteri Ummi, terdengar panggilan dari luar bilik…
“Buk…” Perlahan aja panggilan dari bibik sampai Ummi hampir tak perasan..
“Buk…” Lagi sekali bibik memanggil…
“Ya bik! Ada apa?” Sahut Ummi.
“Sini buk…” Cemas suara bibik kedengarannya.
Cepat-cepat Ummi keluar dari bilik…
“Kenapa bik?”
“Rumah kita kemalingan atau apa buk? Sini buk, ikut bibik..”
“Biar betul bik!”
“Iya buk. Ibuk lihat sendiri…”
Pantas Ummi mengekori bibik. Sampai di tingkat bawah…
Sah! Tingkap cermin dapur terbuka luas dan salah satu cerminnya pecah serta kasut berterabur akibat raknya yang dah tunggang-langgang…! Innalillahi wainna ilaihiraaji’un…
Walau apapun, Alhamdulillah si-pencuri tak berjaya masuk dengan izin Allah dan tiada kehilangan barang dilaporkan .
“Tapi buk, gimana si maling tu keluarkan beg sama buku kakak ini? Pintu semua masih elok berkonci, jeriji tingkappun ngak ada yang rosak. Bingung bibik!” Tanya bibik, masih kehairanan.
“Tu hah bik! Galah panjang lagi dia guna, siap dengan cangkuk besinya! Dah tak dapat masuk, dijoloknya apa-apa je yang boleh dicapai…”
“Kurang asam punya maling! Pokok ubikayu kita jugak yang dijadikan alatan mencuri. Sempat lagi dikikis daun ubi dari batangnya kat belakang kereta kita tu!”
Nasib le beg kakak tu je yang dapat dicapai. Bukak punya pukak… "Mak oi! Baju sembahyang dengan dictionary je yang ada?" Kik,kik,kik,,, ‘Wahai Si Maling…Itulah seruan untukmu agar kamu mengerjakan solat (baju sembahyang) dan mencari ilmu (dictionary)..’ Kan,kan,kan?
Begitulah ceritanya…
Rupanya jiran selang sebuah rumahpun kemalingan (kecurian le tu). Dengarnya, banyak juga dia kehilangan duit, termasuk dua telefon bimbit…
Kejadian ini kembali menginsafkan Ummi...Sesungguhnya selain dari pertahanan keselamatan, usah kita lupa kepada doa perlindungan dari Dia Yang Maha Pelindung…
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
(http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=600&Itemid=72)
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sahih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya :
"Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apapun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doanya adalah yang berwarna merah)
Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya :
Nabi bertanya : Kena apakah kamu ? Lelaki itu berkata : Aku disengat kala. Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya :
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Doa-doa ini juga merupakan sebahagian daripada doa-doa ma’thurat. Semoga dapat sama-sama kita mengamalkannya untuk perlindungan diri dan keluarga, InsyaAllah…
*************************************************************************************
Ahad, 15 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
alhamdulillah takde apa yg hilang dari rumah... :).
masha-Allah... alhamdulillah semua selamat kak ummi. maling zaman skrg ni makin ganas. hati-hati ya.
Terimakasih Kin & Kak Chik. Tulah...Alhamdulillah...Segala Puji bagi Allah yang telah mengurniakan keselamatan buat hambaNya..
Salam...
Yup maling itu adalah pencuri( pakar bahasa Indonesia)...dah boleh sembang indon sikit-sikit tu.Jadi boleh la mai ke tempat saya,Bandung. Nanti tambah vocab bahasa Sunda pulak.
alhamdulillah akak n anak3 n bibik xder ape2...semoga pencuri tu mendapat keinsafan setelah brg yg nak diambil tu adalah baju sembahyang n dictionary...
Takziah dan alhamdulillah, kak ummi dan anak-anak seisi rumah selamat. Sesiapa pun mesti lebih waspada dan berhati-hati lagi selepas ini...
Catat Ulasan