Assalamualaikum.
Sebak? Sesal? Kesal? Geram? Entah seribu macam rasa yang sukar diungkapkan. Hakikatnya itulah yang Ummi rasai sekarang.
Semestinya boikot itu bukan merupakan suatu kesukaran, namun untuk mencari galang gantinya seribu satu permasalahan. "Gunalah Produk Tempatan!" "Sokonglah Syarikat Muslim!" Namun seringkali berlaku, syarikat tempatan dan syarikat muslim inilah juga yang telah menghancurkan kepercayaan pelanggan tempatan dan pelanggan muslim!
Sampai begitu sekali tanggapan Ummi terhadap syarikat tempatan? Maaf…sebagai seorang doktor a.k.a ahli perniagaan, hati ini sentiasa berkobar-kobar untuk merealisasikan usaha memartabatkan syarikat tempatan vs muslim berbanding syarikat luar negara! Sayangnya seringkali cita-cita itu terpadam dan terus mendap tanpa sedar atas sikap dan khidmat paling buruk yang ditonjolkan.
Bayangkan!
“Dr, tolong masukkan duit segera,ya. Lepas dr masuk duit, kita akan terus hantaq barang.”
Pada hari yang sama (30 November 2008), transfer online dibuat - RM2,940.00.
Sebaik sahaja pembayaran selesai ;
“Dr, saya lupa nak habaq tadi. Kita ada juga jual produk …... Baguih kalau dr ambik sekali. Kita offer…..”
Setelah timbang-kira dibuat, persetujuan dicapai, esoknya…
“Dr, dah masuk duit belum? Kita nak hantaq barang hari ni.”
“Okay, sekejap lagi saya transfer.”
Maka pada tarikh 1 Disember 2008, tambahan pembayaran sebanyak RM642.00 dibuat. Selesai…
Nak tahu bila produk sampai?
20 hari kemudiannya iaitu pada tarikh 20 Disember 2008! Itupun yang sampai hanya sejumlah RM1,380.00 sedangkan produk berbayar adalah sebanyak RM 3,582.00.
Apabila ditanya, jawabnya:
“Tak pa doktor. Minggu ni kita hantaq.”
Tak sampai juga…
“Tak pa doktor. Khamis ni kita hantaq.”
Tak sampai juga…
“Sabtu ni sampai.”
Tak sampai juga…
“Okay doktor. Kita pos hari ini…”
Tak sampai juga…
Begitulah seterusnya sehingga ke tarikh entry ini diposkan…tepat 3 bulan lamanya! Ummi masih menunggu dan menunggu…
Yang terakhir, sempat Ummi mumuhasabahkan si hamba Allah ini..bukankah seorang Islam, apabila dia berjanji dan dia memungkiri janjinya, maka dia tergolong dalam golongan orang-orang munafik?
Malah janji terakhir dari beliau adalah dengan ucapan ‘saya berjanji dengan bersaksikan Allah…’.
Sayangnya, dia tetap memungkiri janji…
Bukan duit lesap yang kurisaukan, namun sikap pengusaha melayu yang mengaku muslim itulah yang menjadi kebimbangan…berapa ramai lagi antara kita yang terlalu mudah membuat janji dan kemudiannya menerjunkan diri ke kancah munafik??? Itulah janji yang paling keji!
*************************************************************************************
*************************************************************************************
Ahad, 1 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam alaik Kak Ummi.
Luahan hati Kak Ummi ni membuatkan Chik rasa bimbang kerana Chik juga adalah seorang peniaga. Memang setiap kali ada pelanggan yang memesan buku dan telah membuat bayaran, rasa macam nak cepat-cepat hantarkan tapi kekangan waktu kerja & belajar menyebabkan mungkin berlaku kelewatan. Sebab itulah Chik menetapkan hari khusus untuk menghantar barang kepada pelanggan iaitu hari Khamis. Risau benar takut jadi seperti perangai supplier Kak Ummi tu. Nanti pelanggan hilang hormat & kepercayaan kepada kita. Imej Islam akan turut tercemar. Na'uzubillah.
Tima kasih Kak Ummi, ini Chik anggap macam tazkirah untuk Chik.
salam kak ummi, bukan semua tapi ada yang sebegitu.tapi kak ummi kena ingat barang kak ummi yang tak dihantar itu adalah salah satu cara allah membersihkan harta kita dan juga supaya kita lebih banyak2 lagi bersabar.sabar banyak2 ye kak ummi.
Catat Ulasan