Rabu, 1 April 2009

April Oh April !

w'salam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRhDvW7PyblieZRKa9f-q08MClhN6WfCHgHa7l8_Bway7LVMwLX8X_Usq0bbjSx44lswe1A-tMR8ocVHHX53WB_JSMpDE_KxC_y1OakNe0cyZr6GnqpBMidUikBVi3YF9d4lVzMWHIkQ/s660/header.jpg

2 April 2009 bakal menjadi tarikh keramat buat Ummi. Mengapa? Kerana pada tarikh ini :

1) InsyaAllah Ummi akan berangkat ke Bukit Gantang untuk memastikan diri ini dapat menyumbangkan sesuatu demi 'Kemenangan Rakyat,Untuk Rakyat!'

2) Adakah kita bakal mendengar satu keputusan yang mungkin mengujakan setelah Perdana Menteri mengadap YDP Agong?
boye

3) Tarikh ini juga adalah tarikh kelahiran Ummi! Lagi bersejarahnya ia adalah kerana 2009 merupakan tahun terakhir Ummi berada di era 30-an. Maka pada tahun hadapan bermulalah Ummi di era 40-an! Huwaa...dah tua rupanya Ummi!
sadap

Maka sewajarnyalah di hari dan detik yang bersejarah ini Ummi menyeru sekalian rakyat jelata agar :

(1) Tidak lagi berdiam diri dengan apa yang berlaku di kiri, kanan, depan dan belakang! Kenapa? Kerana sebagaimana yang diperkatakan oleh Syuaib Zakaria di sini, mereka yang tergagap-gagap di saat menyampaikan kebenaran adalah lebih mulia berbanding mereka yang sebenarnya lancar berbicara tetapi mengambil keputusan berdiam diri ketika menonton kemungkaran yang sedang berlaku di kiri, kanan, depan dan belakang! Bukankah seorang alim yang hanya berdiam diri melihat kemungkaran berlaku di depan mata itu adalah 'syaitan bisu'?

(2) Boikot aja kesemua akhbar berlidahkan syaitan! Bukan hanya kerana berita-berita palsu, tipu dan fitnah yang pastinya akan semakin menjadi-jadi dan melampau-lampau di musim pilihan-raya ini tetapi juga sebagai tindakbalas kita terhadap kezaliman mereka mengharamkan warta Harakah & Suara Keadilan yang selama ini, hanya itulah sahaja sumber maklumat untuk masyarakat yang dahagakan kebenaran! Sezalim-zalim Fir'aun pun, kita belum pernah mendengar bahawa Nabi Harun yang merupakan 'alat komunikasi' Nabi Musa (kerana kepetahannya berucap) itu ditahan Fir'aun!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBwEJaibMYXNr04gs6lDBChE1CQkwPtIleSGEvjG5SNVcxN04R4UlysLCFGGS5pny6FxFR-O88wTunQ-387KnmkhkpES9q8pl4EaLtmNEEmu03X-YZIZbUeaQpyZPUhK41KmAGRxeHlg/s400/BOIKOT.jpg

(3) Tak payahlah jeling-jeling kat TV musim ni. Huh! Tak tau nak cakap apa. Kalau boleh tak tengok langsung lepas musim pilihan-raya nipun, lagi baguih! Ummi sekeluarga dah nak masuk 3 tahun tak nonton TV. Alhamdulillah...Nak cakap Ummi terkebelakang dalam isu-isu terkini sebab tak tengok TV? Toooolong sikit. Banyak lagi sumber lain yang boleh dipercayai! Nak kata anak-anak Ummi jadi lembab sebab tak didedahkan kepada rancangan-rancangan TV yang boleh membina minda? Maaf beb...banyak lagi cara lain untuk membina minda anak-anak yang lebih 'suci, bersih dan terjamin'...

http://img25.imageshack.us/img25/9419/umno.png

3) Dan yang terakhirnya...(tak boleh kasi amanat banyak-banyak, nanti tak termampu pulak nak tunaikan..he,he...)

"Doakan Ummi, Abi, sahabat-sahabiah semua selamat dalam perjalanan di dunia dan perjalanan di akhirat..."

serta

"Doakan kemenangan untuk Islam dan Pakatan Rakyat!"

[calon+BN+doakan+kemenangan+PR.png]

"Wah! Kuat politik juga Dr Ummi ni, ya?"

"Alahhh....doktor buat jelah kerja-kerja doktor kat klinik tu betul-betul, lagi banyak pahala!"

"Isyyhh..apa ni? Cakap hal politik pulak? Malaslah lagi nak jenguk blog Klinik Ummi ni!"

He,he,he....ada yang bersungut cam tu ke?

Nah! Klik sini...

Dah habis baca? Hahhh...sekarang...

Ambillah hadiah sempena birthday Ummi ni untuk pengunjung tersayang. Hihihi...Mmmuahh!

care

*************************************************************************************

8 ulasan:

Aida berkata...

Salaam..dr.ummi,

hihi..

sanah helwa ya jamilah!!

smg umo yg telah berlalu dan masih berbaki dlm Rahmat dan keberkatan ILAHI..
smg pjg umo+murah rezki slalu...
diberi kekuatan dgn kekuatan yg sgt2 diperlukan utk terus berjuang!

win as mujahid or die as syahid,ameen!!!

from ukren wif LOVE..=)

Yin Areesa berkata...

Assalamua'laikum Dr. Ummi

sanah Helwa... Semoga panjang umur untuk terus berjuang dan berbakti di medan ISLAM.

Maaf menyelit-nyelit di teratak banglo ummi ni.

Selamat berjuang di Bukit Gantang, saya pernah ke sana.Kebetulan keluarga suami asal sana.

Moga Islam terus tegak mendampingi ummah yang sentiasa rindukan kebahagiaan.

Toko Buku Fatimah az-Zahra berkata...

Salam Dr Ummi,

Jika saya masih bergelar wartawan, pasti saya akan mencari Dr. Ummi bagi diinterview :) untuk artikel keluarga pilihan.

niza berkata...

salam kak...
semoga akak panjang umur dlm meneruskan perjuangan Islam....
sy pun buhsan tgk berita skang nih..meluat rasa...smpai hubby ckp...org ttuuuttt kan...biasalah..

Kak Ummi berkata...

Aslkm.

Utk Aida,Umi_Sofea,& Niza...terimakasih & jzkkhair atas ucapan dan doa...Sama-sama kita doakan utk kemenangan Islam,InsyaAllah.AllahuAkbar!

Ummu Najah,nasib baik dah tak jadi wartawan,dik.If not,Ummu Najah masuk pintu depan,Kak Ummi keluar pintu belakang!Kih,kih,kih....tak layak lagi le dik nak di interview...hihi...

Unknown berkata...

Assalamualaikum Kak Ummi.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran! Semoga Kak Ummi selamat bertugas di Bkt. Gantang dan makin berbahagia dunia & akhirat.

p/s: Chik terlambat keretapi sikit.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
First time saya baca blog ummi terus saya 'jatuh cinta' :)..salam perkenalan Ummi..Ummi selamat hari lahir semoga ummi gembira dan ceria2 selalu disamping keluarga tercinta..
P/S: umi sampaikan salam pada rakan2 di Bukit Gantang :)

kin hashim berkata...

salam ulangtahun kelahiran untuk kak han!