Rabu, 15 April 2009

"Doa Buatmu Angah Di Hari Lahirmu.."

Assalamualaikum.

Hari ini (15 April 2009) genap usia Angah (Anas) 12 tahun. Detik kelahiran yang mengundang seribu kenangan...

Angah lahir di kala usia kandungan baru menjangkau 29 minggu. Satu tempoh yang terlalu awal dengan risiko yang teramat besar. Jarang sekali bayi dapat bertahan hidup dalam tempoh pramatang ini. Namun dengan kekuasaan dan kebesaran Allah jua, Angah lahir hidup dengan berat lahir hanya 1.25 kg! Subhanallah...seandainya Engkau berkehendakkan sesuatu perkara itu terjadi, maka ia pasti akan terjadi!

Walau Ummi terpaksa bertarung nyawa dengan pembedahan kecemasan akibat pendarahan yang berterusan, namun berita yang dibisikkan ke telinga Ummi bahawa bayi yang Ummi lahirkan secara LSCS berjaya diselamatkan, telah memadamkan segala keperitan dan kepayahan. "Syukur yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah. Sungguh anugerah yang Engkau kurniakan buatku ini tidak ada nilai dan taranya..."

2 by you.

69 hari Angah bertarung nyawa di dalam incubator. Hampir setiap hari
Ummi berulang-alik ke hospital yang jaraknya 45 km dari tempat kediaman.
Biar susah dan perit sekalipun berulang-alik sejauh itu dalam tempoh
pantang, namun demi setitik susu yang cuba disuapkan untukmu anakku,
Ummi & Abi sanggup melakukan apa sahaja...

3 by you.

Dek kerana terlalu kecil saiz Angah, tidak ada sesiapapun yang
berani memangku kecuali Ummi & Abi. Entah berapa puluh
jenis antibiotik yang dimasukkan ke tubuh Angah, namun
jangkitan demi jangkitan tetap berlaku akibat ketidakmampuan
tubuh yang kecil ini melawan jangkitan...

4 by you.

Setelah 69 hari lamanya bertarung, dengan keizinan dan
kehendak Allah, Angah akhirnya 'bebas'...! Along yang telah
sekian lama menunggu kepulangan Angah, lagaknya tak ingin
lagi berpisah dengan adik kesayangan. "Celik dan pejam,
biarlah kita bersama adikku..."

5 by you.

Oh Angah! Seandainya ditukar dengan harga jutaan nilai dunia
inipun tak akan sepadan dengan nilai nyawa yang dikurniakan
Allah buatmu...

6 by you.

Bermula dengan kelahiran yang mengundang pertarungan
nyawa, Angah kini sudah mampu merangkak...Subhanallah!

7 by you.

Walaupun agak lewat dari kanak-kanak biasa
(akibat kelahiran pramatang), namun perkembangan
pembesaran Angah sudah dikira amat baik.

8 by you.

"Cak Angah!"...bahagianya Ummi mendengar gelak tawamu...

9 by you.

"Ummi! Adik dah pandai berdiri...!"

10 by you.

"Hari ni Angah nak berlatih jalan sambil bawa beg pulak Ummi!"

11 by you.

"Cepat Abi, dah azan tu! Angah nak ikut gi masjid juga..."

12 by you.

Ha,ha,ha...Angah panjat kerusi sambil pijak seluarnya
sendiri. Sudahnya, terlondeh terus!

15 by you.

Senyuman yang sungguh membahagiakan hati Ummi
dan Abi.

21 by you.

Angah pada usia 4 tahun...

16 by you.

Ya Allah..pejam-celik, pejam-celik, dah besar rupanya anak
keduaku ini...

17 by you.

Angah di usia 10 tahun : Walaupun lahir pramatang,
namun kematangan selepas lahir cukup terserlah...

18 by you.

'Angahlah satu-satunya adik lelaki Along dan Alonglah satu-
satunya abang Angah. Susah dan senang, kita tetap bersama, InsyaAllah...'

19 by you.

Hari ini genap usia Angah 12 tahun...terasa baru semalam
Ummi melahirkanmu...

P1020904 by you.

Selepas tahun ini Angah mungkin tak berpeluang lagi meraikan
hari ulangtahunnya di sini. Namun di manapun jua anak-anak
berada, doa dan redha Ummi Abi tetap bersamamu, anak-
anakku...

IC by you.

Hari ini juga Angah mendaftar untuk mendapatkan kad
pengenalan diri...semoga Angah akan lebih mengenali siapa
dirinya di sisi Allah...

IC 2 by you.

Pentingnya IC di dunia ini, tiada siapa yang menafikan.
Ke mana-manapun, ia perlu dibawa sebagai pengenalan
terhadap diri kita sendiri. Namun di akhirat sana, kad ini tidak
lagi diperlukan kerana Allah Yang Maha Berkuasa telah cukup
mengenali siapa diri kita...

20 by you.

Ya Allah ;
Panjangkanlah usia anakku ini dalam keberkatan
Terangilah hatinya
Teguhkanlah imannya
Bagusilah amal perbuatannya
Lapangkanlah rezekinya
Dekatkanlah dia menuju kebaikan
Jauhkanlah dia dari keburukan.
Ya Allah ;
Kabulkanlah doaku ini
Agar anak-anakku menjadi
anak-anak yang soleh dan solehah
Yang senantiasa taat kepadaMu dan
berbakti kepada kedua orang tuanya.
Amin ya rabbal ‘Alamin


************************************************

9 ulasan:

AZIZAN & HAFIZAH berkata...

gambar last ni kafe ayuni ek dr......dkt masjid putih...hehe

Tanpa Nama berkata...

Anak saya yang ke 3 dan terakhir alhamdulillah nyaris dilahirkan pramatang kerana pendarahan yang berterusan terhenti. Dikuatiri kelahiran pramatang memberi kesan ...... (rujuk bahan-bahan di pustaka dan internet)

Tanpa Nama berkata...

Anak saya yang ke 3 dan terakhir alhamdulillah nyaris dilahirkan pramatang kerana pendarahan yang berterusan terhenti. Dikuatiri kelahiran pramatang memberi kesan ...... (rujuk bahan-bahan di pustaka dan internet)

Tanpa Nama berkata...

Anak saya yang ke 3 dan terakhir alhamdulillah nyaris dilahirkan pramatang kerana pendarahan yang berterusan terhenti. Dikuatiri kelahiran pramatang memberi kesan ...... (rujuk bahan-bahan di pustaka dan internet)

Tanpa Nama berkata...

Anak saya yang ke 3 dan terakhir alhamdulillah nyaris dilahirkan pramatang kerana pendarahan yang berterusan terhenti. Dikuatiri kelahiran pramatang memberi kesan ...... (rujuk bahan-bahan di pustaka dan internet)

noratwin berkata...

salam, kak ummi, saye mmg dapat rasekan betape susahnye terpakse berulang alik tgk anak kat hospital dlm keadaan pantang, kesian kat ummi n baby!

ummidamia berkata...

subhanallah alhamdulillah.
sememang nya hidup dan mati di tangan Allah.
Anak saya lahir 28 minggu jugak 1.4kg, tapi tak survive- sepsis.

Kalau nak ikutkan anak ummi lagi kecik, 1.25kg, tapi masya Allah.. itu semua di tangan Allah kan..

kin hashim berkata...

Salam ulangtahun kelahiran buat Angah.. moga membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata ummi dan abi.. :).


Tengok gambar2 angah dari kecik sampai dah besar nih, terasa turut sama berkongsi rasa bahagia di hati... :).

Angah lahir dengan berat 1.25 kg je? Subhanallah... Tu lah kalau Allah mengkehendaki, kan?

{Juga, suka tengok evolusi Kak Han dan abg Lan... hehehhe...}

Tanpa Nama berkata...

sanah helwahhhhh!!!