Selasa, 17 Februari 2009

Warkah Ummi...

Assalamualaikum.

Satu hal yang memang sentiasa kuelak namun seringkali gagal adalah – mengupdate blog kesayanganku ini sekurang-kurangnya seminggu sekali! Ya Allah…tidak wajar sama sekali untuk diri ini atau siapapun jua sentiasa menyalahkan masa dalam segenap hal. Kenapa tak update? Tak cukup masa! Wal’iyazubillah…mohon dilindungi diri ini dari mempersalahkan masa, nikmat Allah yang tak ternilai.

Dari Abu Hurairah r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: Anak Adam suka mengutuk masa. Padahal Aku pencipta masa. Dengan kuasaKu terjadi pergantian siang dan malam.” (HR Muslim)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: Anak Adam suka mencelaKu. Katanya, ‘Alangkah sialnya masa.’ Kerana itu janganlah kamu berkata demikian. Kerana sesungguhnya Akulah pencipta masa. Akulah yang menggilir siang dan malamnya. Jika Aku mau, Aku berkuasa menghentikan pergantian keduanya.” (HR Muslim)

Ummi rasa benar-benar terkilan apabila jadual yang ditetapkan sendiri tidak dapat dipatuhi. Rindu untuk menulis sesuatu di blog bukan kepalang dan tak sedikit juga sahabat sahabiah di alam maya yang menghubungi Ummi secara personal bertanyakan khabar kenapa lama blog tak di update. Ummi sakit? Ummi sibuk? Ummi bermasalah? Buat semua mereka yang sungguh prihatin terhadap perkembangan Ummi, tiada kata yang dapat diucapkan melainkan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini di atas jalan yang benar. Penuhkanlah piala hati hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.”

Sehingga ketemu lagi di lain masa…InsyaAllah Ummi akan kembali bersama kalian...

"Senyum Senyum Selalu"
*************************************************************************************

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Kak Ummi.

Tak mengapa Kak Ummi sebab bila Kak Ummi update je, secara automatik Chik tahu sebab boleh nampak di blog list. Sbg kenalan, Chik tahu keje macam Kak Ummi ditambah lagi dgn keje2 lain tu bukannya senang nak update blog setiap hari.

So, cool down... janji ada juga update sekali-sekala.