Sabtu, 21 Februari 2009

Keikhlasan Dicari, Kesabaran Dituntut...

Assalamualaikum.

Seminggu dua ini kesabaran Ummi benar-benar teruji. Entah kenapa semenjak dua menjak ni (guna ayat rock sikit..he,he) Ummi asyik terima pesakit yang datang dengan kerenah yang kurang disenangi. Maaf sebab terpaksa juga Ummi gunakan ayat sebegini walaupun hakikatnya dalam apa jua kerjaya atau perniagaan, pelanggan adalah raja! Bayangkan...

1. Di saat kita (doktor) sedang memberikan konsultansi atau melakukan pemeriksaan terhadap pesakit, tiba-tiba handphone pesakit berdering, lantas dilayannya panggilan itu sedang kita terpaksa menunggu, mendengar dan melihat gelagatnya sehingga beberapa lama, tanpa langsung ikhtiar dari si pesakit untuk menamatkan perbualannya dalam masa yang singkat! Dah tu..pesakit di luar bukan main ramai lagi yang sedang menunggu giliran...

2. Di saat ibu yang sedang sakit masuk berjumpa doktor di bilik rawatan, tiba-tiba si ayah di luar klinik 'menghalau' anak-anaknya masuk sama ke bilik rawatan doktor atas alasan yang cukup mudah; "Anak-anak nak ikut maknya ni. Kat luar nangis pulak..". Maka beronda-rondalah anak-anak masuk ke bilik rawatan dan si ayah dengan nafas leganya duduk bersantai di luar sambil menikmati hidangan berita dari suratkhabar atau majalah. Malangnya kami di dalam bukan sahaja terpaksa menadah telinga, memusatkan fikiran kepada masalah si ibu tetapi mata terpaksa meliar mengawasi anak-anak yang langsung tidak duduk diam..yang sorang dengan pantasnya berlari menuju ke peti sejuk simpanan ubat imunisasi, seorang lagi berlari membuka almari ubat-ubat suntikan, yang sorang tu pula naik melompat ke katil dengan gaya stunt yang tak pernah kulihat sebelum ini..masyaAllah...!

3. Datang seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit yang pelbagai..puas di periksa sana dan sini, namun tak kutemui punca penyakit yang dialami. Puas nasihat diberikan namun sentiasa dibantah oleh pesakit dengan pelbagai macam alasan..tak boleh makan ubat itu, tak boleh makan ubat ini. Puas juga semangat diberikan, namun masih juga tak diterima oleh pesakit dengan sikap bantahan yang ditunjukkan..Akhirnya bila ditanya, "Kakak nak MC ke?" "Hah! Memang le tujuan saya datang ni nak MC dari doktor tapi saya tak nak ubat!". Astaghfirullahal'azim. "Ya Allah, kurniakanlah kesabaran buat hambaMu ini.."

Pagi ini, seperti biasa, samada Ummi yang menelefon atau bonda yang menelefon untuk bertanyakan khabar...entah mengapa pesanan dari ibu sangat menyentuh hati dan perasaan..."Mak nak pesan ni, kalau tengok pesakit tu, sentiasalah jaga hati. Kita bekerja biar benar-benar ikhlas, mudah-mudahan rezeki yang kita perolehi menjadi berkat dan anak cucu generasi kita nanti akan jadi orang-orang yang soleh.."

Ya Allah..pesanan yang sungguh tepat pada masanya. Ikhlas dalam bekerja tentu sekali menuntut kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Malah pagi ini juga kuterima nota kecil dari Peti Aduan di klinikku yang berbunyi :



Alhamdulillah..bekerja sendiri tiada ukuran pangkat untuk dinilai. Kalau dulu bagus atau tidak cara bekerja ada yang menilai melalui nilaian SKT tetapi penilai buat diriku kini adalah secara langsung dari pelanggan. Namun penilai yang paling berkuasa tentunya dari yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, tidak lain dan tidak bukan adalah Allah, Tuhanku. Nilaian terbaik dari Dialah yang seharusnya kukejar kerana sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang tersedia di sebalik nilaian tersebut adalah ganjaran dan nikmat yang tiada tandingannya!

Semoga Allah memperkuatkan kesabaranku dalam usaha diri ini mencari dan membina keikhlasan...

*************************************************************************************

Tiada ulasan: