Isnin, 23 Februari 2009

Peliharalah Solatmu...

Assalamualaikum.

Semalam Ummi berchatting bersama anak sulung Ummi dan tiba-tiba Along mengirimkan Ummi sebuah sajak…

Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap-siap dengan bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam.......

Apasal kau malas sembahyang,
Hidup dah best hatipun senang,
Negarapun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit kau tak boleh luang??....

Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kau tak bengang,
Tuhan bagi akal bokeh fikir susah dan senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang????

Apasal la kau malas sembahyang,
Main bola kau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup sampai petang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh berhutang...???

Apasal la kau malas sembahyang,
Kau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....(nauzubillah)

Apasal la kau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!!!!!

Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah di hati wahai kawan-kawan,
Fikirkanlah sejenak pada orang tua pesan,
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....

Ya Allah..sebaik sahaja selesai membacakan sajak ini, Ummi terasa ringan. Benar, memang benar..inilah jawapan terhadap kegusaran hati Ummi dalam beberapa hari ini. Memang ada sesuatu yang menggusarkan hati Ummi dan inilah jawapannya!

Menjadi seorang doktor yang tidak lepas dari tanggungjawab sebagai seorang da’ie sememangnya amat menggusarkan. Apatah lagi dalam keadaan ilmu di dada yang terlalu cetek. Semoga Allah sentiasa membuka peluang untuk diri ini menggarap ilmu dan kalam Allah yang terlalu luas itu…

Beberapa hari lepas, sekali lagi Ummi dikunjungi oleh anak gadis yang datang untuk mendapatkan rawatan. Masalah yang diutarakan: Tidak datang haid selama 3 bulan. Jauh di sudut hati, kucuba untuk bersangka baik. Malah sememangnya sangat-sangat kuharapkan agar diagnosis yang bakal kutemui nanti hanyalah disebabkan oleh faktor gangguan hormon.

Setelah mendengar aduan pesakit, kucadangkan agar pesakit membuat pemeriksaan ultrasound. Apatah lagi sewaktu pendaftaran sebentar tadi, ibu pesakit menolak mentah-mentah screening airkencing dijalankan terhadap anaknya atas alasan anaknya masih belum berkahwin. Sememangnya rutin di klinikku, air kencing akan diambil terlebih dahulu untuk aduan-aduan tertentu sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan ujian lanjut. Okay…staffku menerima alasan itu dengan hati yang lapang…

Sebaik sahaja ujian ultrasound dijalankan setelah mendapat persetujuan pesakit, apa yang kuharapkan tidak terjadi, sememangnya terjadi…pesakit disahkan hamil 3 bulan! Ya Allah…sungguh amat-amat kuharapkan agar diagnosis ini tidak kutemui. Sementelahan pula dalam situasi si gadis yang langsung tidak menunjukkan reaksi penyesalan atau dengan kata lain, reaksi seseorang yang telah melakukan dosa besar!

Tidak tegar rasanya untuk Ummi mengulas lanjut. Namun apa yang ingin Ummi kongsikan..rata-rata si gadis yang terlibat dengan penzinaan ini apabila ditanya “Adik sembahyang ke tidak? Adik pernah tak tinggal sembahyang?” Apa jawapan mereka? Sememangnya mereka tidak pernah menjaga solat yang diwajibkan Allah SWT lima kali sehari semalam!

Ya Allah, amat benar sekali FirmanMu yang bermaksud:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”

(Al-‘Ankabuut: 45)

Apalagi yang mampu Ummi coretkan? Hanya pesanan untuk diri sendiri, anak-anak yang Ummi kasihi dan semua para ibubapa…Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu SERTA Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita…!!!

Berdoalah sentiasa, berdoalah…agar diri kita dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa memelihara solat…



“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

*************************************************************************************

3 ulasan:

Unknown berkata...

Sukanya baca sajak ni. Chik nak cetak untuk tampal kat Zahra' boleh ya Kak Ummi?

FirJah berkata...

saya pun suka sajak nih..saya dah copy paste & dah siap print nak tampal kat board AI kat sek..
harap2 bila ank didik baca akan tersentuh & berubah ...baru nak minta izin..blh ye ummi.TQ

Tanpa Nama berkata...

saya pun suka dengan sajak ini, begitu dalam maknanya, nak tampal kat dinding bilik anak-anak,bolehkan kat ummi?kak ummi tahu tak sepanjang yang saya dok perhati zaman sekarang perkara yang paling susah untuk satu2nya makhluk allah yang bernama perempuan nak buat adalah menutup aurat dan yang keduanya adalah sembahyang.betultak kak ummi?