Selasa, 3 Februari 2009

Nikmat Allah Tak Ternilai : Mata

Assalamualaikum.

Badan kita adalah organisma sempurna yang membolehkan kita hidup di bumi ini dengan selesa…untuk berlari dan bermain, untuk membaca dan menulis malah ia membolehkan kita melakukan apa jua aktiviti. Organisma-organisma ini amatlah indah sehingga tidak seorang pun dapat menyamakan mereka dengan mana-mana teknologi maju.


  • Tahukah kamu tubuh kamu terdiri daripada lemak, protein, air, karbohidrat dan mineral?
  • Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila rosak?

Jom Kita Ke Jendela Dunia Luar !

Mata

Setiap organ di dalam badan kita amatlah penting buat kita. Hidup akan berubah sekiranya kita kehilangan salah-satu daripadanya. Sebagai contoh, dapatkah kita fikirkan apa yang dapat kita lakukan jika kita tidak mempunyai mata? Kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kita, adik beradik atau kawan-kawan. Kita tidak dapat melihat semua benda-benda yang indah ini. Kita tidak dapat bermain permainan yang kita main sekarang. Kita tidak akan dapat membaca artikel-artikel ini dan melihat gambar berwarna-warni di dalamnya. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab atau seekor lembu kerana kita tidak pernah melihatnya. Kita tidak dapat melihat rancangan kartun di TV. Kita tidak dapat melakukan sebarang aktiviti dengan mudah. Kita mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kita sendiri. Kita tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kita juga tidak dapat mengenali warna atau mengenal pastinya, bahkan senarai ini tidak akan habis...


Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat. Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.

Mata memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat sekeliling.

Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita dapat melihat :

Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya. Sebagai contoh, semasa kamu melihat artikel ini, cahaya yang terpantul dan terpancar daripada artikel ini sampai ke belakang mata kamu melalui pupil.

Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej artikel ini dan ia berlaku ketika kamu melihat artikel ini.

Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses ini sahajapun telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan begitu pantas sekali! Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat artikel ini, pada kelajuan yang tidak dapat kamu melihatnya.

Bukankah ia merupakan satu sistem yang sangat sempurna? Jika kamu masih ingat, saya telah menyebut tentang para penyokong evolusi sebelum ini. Saya juga menyebut bahawa mereka ini percaya bumi, alam semesta, bintang-bintang dan semua hidupan adalah hasil daripada kebetulan. Mereka yang berkata demikian juga berkata perkara yang sama tentang mata. Mereka berkata, "Mata telah terbentuk dengan sendirinya secara kebetulan." Dapatkah sebuah sistem yang kompleks dan indah terbentuk dengan sendirinya? Saya berikan satu contoh untuk menjelaskan betapa mengarutnya pendapat ini:

Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu. Sekarang angkat kepala kamu daripada artikel ini dan lihat sekeliling kamu. Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan, bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sedangkan sering berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dengan semua teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang sempurna seperti mata kamu.

Sekarang, mari kita fikirkan sejenak. Ini menunjukkan mata kamu adalah jauh lebih maju dan berkualiti daripada kamera video atau kamera fotografi atau televisyen. Apa yang akan kamu lakukan sekiranya seseorang datang kepada kamu dan berkata seperti berikut...

“Telah berlaku satu ribut taufan yang menyebabkan kabel-kabel elektrik, skru-skru, penukul-penukul, pemutar skru terbang keluar rumah melalui pintu dan tingkap, dan kemudian semuanya berkumpul di halaman. Kemudian ianya ditimpa hujan dan petir menyebabkan semua bahan-bahan ini bercampur-aduk dengan tanah. Setelah berlalu beberapa lama, saya melihat sebuah televisyen muncul.” Adalah mustahil untuk sebuah televisyen membentuk dirinya sendiri!

Apakah mungkin mata kamu yang jauh lebih berkualiti daripada televisyen, dapat terbentuk dengan sendirinya? Sudah tentu tidak! Sebagaimana sebuah televisyen tidak dapat terbentuk dengan sendirinya, sebaliknya seseorang telah membuatnya, mata kita juga bukan hasil daripada kebetulan. Allahlah yang telah menjadikan mata kita dapat melihat imej tiga dimensi dan berwarna dengan begitu jelas. Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas segala keindahan yang kita saksikan.


"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka."

(Qur'an, 3:190-191)

Artikel Dari Email : Oleh Muhammad Nazir

*************************************************************************************

Tiada ulasan: