Ahad, 22 Februari 2009

Tag Muhasabah Boikot !

Assalamualaikum.



He,he,he...rasanya Ummilah orang yang paling malas apabila di'tag'. Macam-macam alasan akan dicipta untuk melepaskan diri dari di'tag'. Namun kali ini Ummi rasa Ummi tidak berupaya lagi untuk melepaskan diri kerana 'tag' yang diberikan kepada Ummi oleh sahabiah tersayang, Baity ;) adalah 'tag' berunsur dakwah. Maka tidak wajar rasanya untuk Ummi mengabaikannya...

Terimakasih Baity...:P. Siapa pula yang bakal menjadi mangsa Ummi untuk di'tag'? Jangan risau...InsyaAllah usaha anda dalam menjawab 'tag' ini pasti ada ganjarannya di sisi Allah...


Apa 'tag' nya?

Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ini bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan kepada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Secara tidak sedar rupanya kita juga seolah-olah telah berpihak kepada Israel!

Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda: Jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo



Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz

Caltex

####################################################################

5 Produk Yang Dah Lama Ummi Boikot :

1. Coca-Cola / Pizza Hut / KFC (Wah! Yang ini cabarannya cukup kuat. Tahu-tahu jelah siapa yang ada anak-anak kecil. Walaubagaimanapun oleh kerana A&W tak termasuk dalam senarai, kadang-kadang cingluk juga le pergi bawa anak-anak lepas gian. Ada sesiapa tahu A&W ni masuk senarai boikot ke tidak?)

2. Colgate (Hmm..sama macam Baity. Dah lama boikot sejak diorang sombong nak declare halal! Sekarang Kak Ummi guna ubat gigi Halagel….)

3. Tisu Kleenex (Jenama ni memang bagus tapi masih banyak alternatifnya..Alhamdulillah. Kak Ummi guna Compact - tak masuk senarai produk Yahudi, kan?)

4. Sabun & Syampoo keluaran Procter & Gamble (Tak payahlah nak pakai syarikat ni punya. Berlambak lagi pilihan lain. Beli barangan harian ni, Abi cukup-cukup strict! Pastikan ada cop Halal Jakim & bukan keluaran Yahudi! Hmm..terimakasih Abi. Kalau harapkan Ummi aja, kadang-kadang tak terlawan juga nafsu. Almaklum..perempuan ni kan suka sangat yang wangi-wangi dan yang berjenama..huhuhu...)

5. Nestle (Yang paling akhir berjaya Ummi boikot adalah Milo. Fuh! Yang ini memang paling sukar. Apa taknya, dah banyak kali cuba jenama yang lain tapi masih anak-anak reject kerana kesedapannya yang tak setaraf. Namun akhirnya berjaya juga produk milo ini diboikot kerana bila dah lama tangguh beli, anak-anakpun tak merengek lagi. Malah ada pulak yang ingatkan Ummi..'Kan Ummi kata Milo tak boleh minum? Yahudi!'

5 Produk Yang Masih Dalam Percubaan Memboikot :

1. Danone - Biskut Tiger, Jacob, Oreo (Sepatutnya dah lama boikot tapi sebab tak perasan selama ni..rupanya yang inipun termasuk dalam senarai produk Yahudi??? Terimakasih Baity kerana men'tag' Kak Ummi. InsyaAllah Kak Ummi rasa tak susah nak memboikot yang ini kerana kita masih ada banyak pilihan yang lain..)

2. Kotex (Alamak..yang inipun? InsyaAllah, pasti boleh! Masih banyak alternatif lain...)

3. Sara Lee - Ambi Pur, Glade (Waduh! Baru aja terbeli yang ini..untuk mewangikan klinikku yang selalu disinggahi tetamu dengan bau-bau yang menyesakkan hidung! (He,he..sorry...:glad:) Huwaa...siapa nak kasi tau alternatif lain yang setaraf?

4. GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman (Waa..ingatkan pisau gilette aja yang perlu boikot, rupanya Braun, Duracell, Oral-B, Paper-Mate pun dia punya? Boikot, boikot, boikot...Ummi pasti boleh!)

5. Intel (Ada ke Abi? Ummi bab perkakasan komputer ni ada siket kabur..he,he)

5 Produk Yang Amat Sukar Untuk Di Boikot :

1. Nokia (Haii..tak tahu nak cakap yang ini. Sebelum ni Abi dah cuba boikot dan guna yang lain untuk pihak dirinya, tapi macam-macam masalah yang timbul, lebih banyak kons dari pro. Lastly balik kepada Nokia juga. Macamana ya?)

2. Caltex (Sebenarnya tak susah nak boikot yang ini. Cuma masalahnya kat tempat Ummi ni, Petronas tu tuannya Yu..Em..En..O (UMNO) pulak..bimbangnya duit yang masuk kat dia lebih banyak digunakan untuk menentang Islam (maaf kalau ada yang tak bersetuju dengan kenyataan ini), sedangkan yang Caltex tu pulak tuan punyanya PAS yang duit masuknya banyak disumbangkan untuk Islam! Mana yang lebih patut diboikot??? Please help me...

Tiga lagi tak perlu Ummi senaraikan sebab yang lain InsyaAllah memang tak susah dan tak pernah gunapun.

5 Orang Yang Ummi Nak Tag :
(Senang aja pilih...5 yang terakhir singgah di C-Box Klinik Ummi..he,he..nasib le...jangan mare...)

1. antusufi
2. ukhuwahfisabilillah87
3. nora twin
4. syed izham
5. vimmiyasmin

Semoga ianya benar-benar membantu usaha kita dalam menentang kezaliman Israel. Ameen...

*************************************************************************************

7 ulasan:

nasikerabupetro berkata...

Salam kak...thanks kerana sudi sambut tag tu...

Akak, tanya sikit... Braun under Gillette tu apa agaknya?Air drip pesakit tu dari syarikat Braun gak ke?Adik Baity penah kerja kat B Braun Penang, katanya kilang kuarkan air yang wat masuk kat patient tu...tTu yg tfikir, adakah ia benda yg sama?

Petronas mana UMNO punya?Ada org bgtau Baity, Petronas Pengadang Baru tu UMNO punya, rumah dia gedabak besar kat Kuala Ibai, tapi masa PRK baru ni jadi Markas BN Sarawak, sejak hari tu, Baity boikot Petronas Pengadang Baru, n isi kat Shell Wakaf Mempelam.

nampaknya, Baity kena tambah list produk yg cuba diboikot...N Caltex yang kat Durian Burung tu ke org kita punya?Kesian la...nak wat guane ek?

Alhamdulillah sebab akak jawab tag ni...

Tanpa Nama berkata...

Wkmslm Baity. Yg Kak Ummi maksudkan tu,Petronas Paloh.Tapi dengar-dengarnya yang Pengadang Baru tu lagi 'bapak'! Caltex tu yg Durian Burung...

Tanpa Nama berkata...

salam kak ummi, a&w tu britain punya sekutu dialah tu . carilah air muslim buat macam radix cola keluaran syarikat HPA.

Tanpa Nama berkata...

salam kak ummi, saya dah siapkan tag kak ummi tu, time kaseh, atas tag yang penuh info tu... :)

Tanpa Nama berkata...

salam..saya pun confuse nak boikot a&w ke tak..yg lain tu dah berzaman kitorang boikot..

susah nak cari org yg aktif memboikot nie..if ummi kat sini sure boleh kamcing dgn we all hehe..

Tang petronas tu i setuju 100%..

nisa

Tanpa Nama berkata...

Salam kak,

Blogger dibeli oleh Google, founder google juga Yahudi. Camne tu?
Kdg2 saya juga serba salah dan keliru, semua yg berkaitan dgn internet adalah produk musuh ketat islam iaitu Amerika dan Israel.
Internet sendiri US yang cipta.
Apa yang patut kita buat.

Wassalam.
Yg keliru

amirulizzat2098 berkata...

Yg tak mampu boikot...boleh je guna klau kemudaratan lbh besar ...internet perkakas komputer sume tu Tak dgr pun Ade jenama muslim