Sabtu, 28 Februari 2009

25 Rawatan Untuk Pesakit: Siri 16

Assalamualaikum.

Penyakit yang dialami sebenarnya mengajar orang yang mengalaminya mengenai ikatan dalam kehidupan kemasyarakatan dan kemanusiaan yang penting dan indah, iaitu saling hormat menghormati dan perasaan berkasih sayang.

Ikatan ini boleh menyelamatkan manusia daripada bersifat tidak memerlukan kepada orang lain, kerana sifat ini menyebabkan seseorang itu hidup dalam kealpaan, terasing dan liar serta menghilangkan sifat kasihan belas daripada dirinya.

Sebagaimana Tuhan menjelaskan di dalam al-Qur’an surah al-‘Alaq ayat 6 dan 7 bererti,

“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Kerana dia melihat dirinya serba cukup.”

Sekiranya seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan sihat yang berpanjangan, kemungkinan dia bersifat tidak memerlukan orang lain. Jiwa amarahnya itu tidak memberikan penghormatan selayaknya pada hubungan persaudaraan. Dia juga tidak memiliki perasaan rahmat dan belas kasihan pada mereka yang ditimpa musibah.

Berbeza pula dengan keadaan sebaliknya, seorang yang ditimpa penyakit lebih memahami betapa lemahnya dia. Dia juga memerlukan orang lain bagi membantu menghilangkan bebanannya. Dengan itu, dia menghormati saudara-saudaranya yang beriman kerana menjaganya ataupun yang datang menziarahinya semasa sakit.

Di samping itu, dia memiliki perasaan kasih sayang yang merupakan sifat keislaman yang penting pada mereka yang ditimpa musibah. Sekiranya mampu dia pasti menghulurkan bantuan kepada mereka. Sekiranya tidak, dia mendoakan mereka ataupun menziarahi serta bertanya khabar mengenai keadaan dan kesihatan mereka.

Dengan itu, dia sudah melaksanakan satu sunnah yang dituntut dan memperoleh balasan pahala yang besar.

- Risalah atau wasiat ini ditulis oleh pemimpin agama, Badiuzzaman Said Nursi (1876-1960) - Petikan daripada buku 'Berita Gembira Buat Pesakit & Doktor'

*************************************************************************************

Isnin, 23 Februari 2009

Peliharalah Solatmu...

Assalamualaikum.

Semalam Ummi berchatting bersama anak sulung Ummi dan tiba-tiba Along mengirimkan Ummi sebuah sajak…

Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap-siap dengan bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang malam.......

Apasal kau malas sembahyang,
Hidup dah best hatipun senang,
Negarapun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit kau tak boleh luang??....

Apasal kau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya kau tak bengang,
Tuhan bagi akal bokeh fikir susah dan senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang????

Apasal la kau malas sembahyang,
Main bola kau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup sampai petang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh berhutang...???

Apasal la kau malas sembahyang,
Kau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.....(nauzubillah)

Apasal la kau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!!!!!

Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkanlah di hati wahai kawan-kawan,
Fikirkanlah sejenak pada orang tua pesan,
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN....

Ya Allah..sebaik sahaja selesai membacakan sajak ini, Ummi terasa ringan. Benar, memang benar..inilah jawapan terhadap kegusaran hati Ummi dalam beberapa hari ini. Memang ada sesuatu yang menggusarkan hati Ummi dan inilah jawapannya!

Menjadi seorang doktor yang tidak lepas dari tanggungjawab sebagai seorang da’ie sememangnya amat menggusarkan. Apatah lagi dalam keadaan ilmu di dada yang terlalu cetek. Semoga Allah sentiasa membuka peluang untuk diri ini menggarap ilmu dan kalam Allah yang terlalu luas itu…

Beberapa hari lepas, sekali lagi Ummi dikunjungi oleh anak gadis yang datang untuk mendapatkan rawatan. Masalah yang diutarakan: Tidak datang haid selama 3 bulan. Jauh di sudut hati, kucuba untuk bersangka baik. Malah sememangnya sangat-sangat kuharapkan agar diagnosis yang bakal kutemui nanti hanyalah disebabkan oleh faktor gangguan hormon.

Setelah mendengar aduan pesakit, kucadangkan agar pesakit membuat pemeriksaan ultrasound. Apatah lagi sewaktu pendaftaran sebentar tadi, ibu pesakit menolak mentah-mentah screening airkencing dijalankan terhadap anaknya atas alasan anaknya masih belum berkahwin. Sememangnya rutin di klinikku, air kencing akan diambil terlebih dahulu untuk aduan-aduan tertentu sebelum doktor melakukan pemeriksaan dan ujian lanjut. Okay…staffku menerima alasan itu dengan hati yang lapang…

Sebaik sahaja ujian ultrasound dijalankan setelah mendapat persetujuan pesakit, apa yang kuharapkan tidak terjadi, sememangnya terjadi…pesakit disahkan hamil 3 bulan! Ya Allah…sungguh amat-amat kuharapkan agar diagnosis ini tidak kutemui. Sementelahan pula dalam situasi si gadis yang langsung tidak menunjukkan reaksi penyesalan atau dengan kata lain, reaksi seseorang yang telah melakukan dosa besar!

Tidak tegar rasanya untuk Ummi mengulas lanjut. Namun apa yang ingin Ummi kongsikan..rata-rata si gadis yang terlibat dengan penzinaan ini apabila ditanya “Adik sembahyang ke tidak? Adik pernah tak tinggal sembahyang?” Apa jawapan mereka? Sememangnya mereka tidak pernah menjaga solat yang diwajibkan Allah SWT lima kali sehari semalam!

Ya Allah, amat benar sekali FirmanMu yang bermaksud:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat. sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”

(Al-‘Ankabuut: 45)

Apalagi yang mampu Ummi coretkan? Hanya pesanan untuk diri sendiri, anak-anak yang Ummi kasihi dan semua para ibubapa…Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu, Peliharalah solatmu SERTA Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita, Peliharalah solat anak-anak kita…!!!

Berdoalah sentiasa, berdoalah…agar diri kita dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa memelihara solat…



“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

*************************************************************************************

Ahad, 22 Februari 2009

Tag Muhasabah Boikot !

Assalamualaikum.



He,he,he...rasanya Ummilah orang yang paling malas apabila di'tag'. Macam-macam alasan akan dicipta untuk melepaskan diri dari di'tag'. Namun kali ini Ummi rasa Ummi tidak berupaya lagi untuk melepaskan diri kerana 'tag' yang diberikan kepada Ummi oleh sahabiah tersayang, Baity ;) adalah 'tag' berunsur dakwah. Maka tidak wajar rasanya untuk Ummi mengabaikannya...

Terimakasih Baity...:P. Siapa pula yang bakal menjadi mangsa Ummi untuk di'tag'? Jangan risau...InsyaAllah usaha anda dalam menjawab 'tag' ini pasti ada ganjarannya di sisi Allah...


Apa 'tag' nya?

Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ini bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan kepada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Secara tidak sedar rupanya kita juga seolah-olah telah berpihak kepada Israel!

Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda: Jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo



Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz

Caltex

####################################################################

5 Produk Yang Dah Lama Ummi Boikot :

1. Coca-Cola / Pizza Hut / KFC (Wah! Yang ini cabarannya cukup kuat. Tahu-tahu jelah siapa yang ada anak-anak kecil. Walaubagaimanapun oleh kerana A&W tak termasuk dalam senarai, kadang-kadang cingluk juga le pergi bawa anak-anak lepas gian. Ada sesiapa tahu A&W ni masuk senarai boikot ke tidak?)

2. Colgate (Hmm..sama macam Baity. Dah lama boikot sejak diorang sombong nak declare halal! Sekarang Kak Ummi guna ubat gigi Halagel….)

3. Tisu Kleenex (Jenama ni memang bagus tapi masih banyak alternatifnya..Alhamdulillah. Kak Ummi guna Compact - tak masuk senarai produk Yahudi, kan?)

4. Sabun & Syampoo keluaran Procter & Gamble (Tak payahlah nak pakai syarikat ni punya. Berlambak lagi pilihan lain. Beli barangan harian ni, Abi cukup-cukup strict! Pastikan ada cop Halal Jakim & bukan keluaran Yahudi! Hmm..terimakasih Abi. Kalau harapkan Ummi aja, kadang-kadang tak terlawan juga nafsu. Almaklum..perempuan ni kan suka sangat yang wangi-wangi dan yang berjenama..huhuhu...)

5. Nestle (Yang paling akhir berjaya Ummi boikot adalah Milo. Fuh! Yang ini memang paling sukar. Apa taknya, dah banyak kali cuba jenama yang lain tapi masih anak-anak reject kerana kesedapannya yang tak setaraf. Namun akhirnya berjaya juga produk milo ini diboikot kerana bila dah lama tangguh beli, anak-anakpun tak merengek lagi. Malah ada pulak yang ingatkan Ummi..'Kan Ummi kata Milo tak boleh minum? Yahudi!'

5 Produk Yang Masih Dalam Percubaan Memboikot :

1. Danone - Biskut Tiger, Jacob, Oreo (Sepatutnya dah lama boikot tapi sebab tak perasan selama ni..rupanya yang inipun termasuk dalam senarai produk Yahudi??? Terimakasih Baity kerana men'tag' Kak Ummi. InsyaAllah Kak Ummi rasa tak susah nak memboikot yang ini kerana kita masih ada banyak pilihan yang lain..)

2. Kotex (Alamak..yang inipun? InsyaAllah, pasti boleh! Masih banyak alternatif lain...)

3. Sara Lee - Ambi Pur, Glade (Waduh! Baru aja terbeli yang ini..untuk mewangikan klinikku yang selalu disinggahi tetamu dengan bau-bau yang menyesakkan hidung! (He,he..sorry...:glad:) Huwaa...siapa nak kasi tau alternatif lain yang setaraf?

4. GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman (Waa..ingatkan pisau gilette aja yang perlu boikot, rupanya Braun, Duracell, Oral-B, Paper-Mate pun dia punya? Boikot, boikot, boikot...Ummi pasti boleh!)

5. Intel (Ada ke Abi? Ummi bab perkakasan komputer ni ada siket kabur..he,he)

5 Produk Yang Amat Sukar Untuk Di Boikot :

1. Nokia (Haii..tak tahu nak cakap yang ini. Sebelum ni Abi dah cuba boikot dan guna yang lain untuk pihak dirinya, tapi macam-macam masalah yang timbul, lebih banyak kons dari pro. Lastly balik kepada Nokia juga. Macamana ya?)

2. Caltex (Sebenarnya tak susah nak boikot yang ini. Cuma masalahnya kat tempat Ummi ni, Petronas tu tuannya Yu..Em..En..O (UMNO) pulak..bimbangnya duit yang masuk kat dia lebih banyak digunakan untuk menentang Islam (maaf kalau ada yang tak bersetuju dengan kenyataan ini), sedangkan yang Caltex tu pulak tuan punyanya PAS yang duit masuknya banyak disumbangkan untuk Islam! Mana yang lebih patut diboikot??? Please help me...

Tiga lagi tak perlu Ummi senaraikan sebab yang lain InsyaAllah memang tak susah dan tak pernah gunapun.

5 Orang Yang Ummi Nak Tag :
(Senang aja pilih...5 yang terakhir singgah di C-Box Klinik Ummi..he,he..nasib le...jangan mare...)

1. antusufi
2. ukhuwahfisabilillah87
3. nora twin
4. syed izham
5. vimmiyasmin

Semoga ianya benar-benar membantu usaha kita dalam menentang kezaliman Israel. Ameen...

*************************************************************************************

Sabtu, 21 Februari 2009

Keikhlasan Dicari, Kesabaran Dituntut...

Assalamualaikum.

Seminggu dua ini kesabaran Ummi benar-benar teruji. Entah kenapa semenjak dua menjak ni (guna ayat rock sikit..he,he) Ummi asyik terima pesakit yang datang dengan kerenah yang kurang disenangi. Maaf sebab terpaksa juga Ummi gunakan ayat sebegini walaupun hakikatnya dalam apa jua kerjaya atau perniagaan, pelanggan adalah raja! Bayangkan...

1. Di saat kita (doktor) sedang memberikan konsultansi atau melakukan pemeriksaan terhadap pesakit, tiba-tiba handphone pesakit berdering, lantas dilayannya panggilan itu sedang kita terpaksa menunggu, mendengar dan melihat gelagatnya sehingga beberapa lama, tanpa langsung ikhtiar dari si pesakit untuk menamatkan perbualannya dalam masa yang singkat! Dah tu..pesakit di luar bukan main ramai lagi yang sedang menunggu giliran...

2. Di saat ibu yang sedang sakit masuk berjumpa doktor di bilik rawatan, tiba-tiba si ayah di luar klinik 'menghalau' anak-anaknya masuk sama ke bilik rawatan doktor atas alasan yang cukup mudah; "Anak-anak nak ikut maknya ni. Kat luar nangis pulak..". Maka beronda-rondalah anak-anak masuk ke bilik rawatan dan si ayah dengan nafas leganya duduk bersantai di luar sambil menikmati hidangan berita dari suratkhabar atau majalah. Malangnya kami di dalam bukan sahaja terpaksa menadah telinga, memusatkan fikiran kepada masalah si ibu tetapi mata terpaksa meliar mengawasi anak-anak yang langsung tidak duduk diam..yang sorang dengan pantasnya berlari menuju ke peti sejuk simpanan ubat imunisasi, seorang lagi berlari membuka almari ubat-ubat suntikan, yang sorang tu pula naik melompat ke katil dengan gaya stunt yang tak pernah kulihat sebelum ini..masyaAllah...!

3. Datang seorang pesakit yang mengadu mengalami sakit yang pelbagai..puas di periksa sana dan sini, namun tak kutemui punca penyakit yang dialami. Puas nasihat diberikan namun sentiasa dibantah oleh pesakit dengan pelbagai macam alasan..tak boleh makan ubat itu, tak boleh makan ubat ini. Puas juga semangat diberikan, namun masih juga tak diterima oleh pesakit dengan sikap bantahan yang ditunjukkan..Akhirnya bila ditanya, "Kakak nak MC ke?" "Hah! Memang le tujuan saya datang ni nak MC dari doktor tapi saya tak nak ubat!". Astaghfirullahal'azim. "Ya Allah, kurniakanlah kesabaran buat hambaMu ini.."

Pagi ini, seperti biasa, samada Ummi yang menelefon atau bonda yang menelefon untuk bertanyakan khabar...entah mengapa pesanan dari ibu sangat menyentuh hati dan perasaan..."Mak nak pesan ni, kalau tengok pesakit tu, sentiasalah jaga hati. Kita bekerja biar benar-benar ikhlas, mudah-mudahan rezeki yang kita perolehi menjadi berkat dan anak cucu generasi kita nanti akan jadi orang-orang yang soleh.."

Ya Allah..pesanan yang sungguh tepat pada masanya. Ikhlas dalam bekerja tentu sekali menuntut kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Malah pagi ini juga kuterima nota kecil dari Peti Aduan di klinikku yang berbunyi :



Alhamdulillah..bekerja sendiri tiada ukuran pangkat untuk dinilai. Kalau dulu bagus atau tidak cara bekerja ada yang menilai melalui nilaian SKT tetapi penilai buat diriku kini adalah secara langsung dari pelanggan. Namun penilai yang paling berkuasa tentunya dari yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, tidak lain dan tidak bukan adalah Allah, Tuhanku. Nilaian terbaik dari Dialah yang seharusnya kukejar kerana sesungguhnya ganjaran dan nikmat yang tersedia di sebalik nilaian tersebut adalah ganjaran dan nikmat yang tiada tandingannya!

Semoga Allah memperkuatkan kesabaranku dalam usaha diri ini mencari dan membina keikhlasan...

*************************************************************************************

Khamis, 19 Februari 2009

25 Rawatan Untuk Pesakit: Siri 15

Assalamualaikum.

Kita tidak dibenarkan mengeluh dan berasa resah memandang kepada zahir penyakit kita. Bahkan kita perlu melihat kepada makna dan kandungannya. Kita juga mesti bergembira di samping berkata, “Alhamdulillah.”

Sekiranya penyakit itu tidak mengandungi pengertian yang indah, pasti Tuhan yang maha Mencipta lagi Maha Pengasih tidak akan menguji makhlukNya yang dikasihi daripada kalangan hambaNya dengan pelbagai jenis penyakit.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan, “Golongan manusia yang banyak terkena bala adalah para nabi, kemudian para wali, kemudian golongan yang seumpama mereka dan begitulah seterusnya.”

Orang yang teruk dikenakan bala adalah Nabi Ayub, seorang yang penyabar. Kemudiannya diikuti pula oleh para nabi yang lain, kemudian para wali dan juga para salihin. Kesemua mereka menerima penyakit dengan menganggapnya sebagai ibadat ikhlas dan hadiah ketuhanan.

Mereka melaksanakan tugas kesyukuran di samping kesabaran yang mereka tunjukkan. Mereka melihatnya sebagai sejenis operasi pembedahan yang dikurniakan oleh Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kepada mereka.

Sekiranya kita berhasrat menyertai kumpulan nurani ini, kita perlu bersyukur di samping banyak bersabar. Sekiranya kita sentiasa mengadu, ini menyebabkan mereka enggan menggabungkan kita bersama kumpulan mereka. Bahkan kita mencampakkan diri sendiri ke dalam gaung kealpaan. Seterusnya kita melalui jalan yang penuh dengan kegelapan.

Ada beberapa jenis penyakit apabila diakhiri dengan kematian, boleh menyebabkan orang yang mengalaminya memperoleh syahadah atau mati syahid yang hakiki seterusnya mendapat kedudukan wali di sisi Tuhan.

Antara penyakit itu adalah yang disebabkan oleh melahirkan anak, penyakit di dalam perut, lemas, terbakar dan taun. Sekiranya seseorang meninggal dunia kerana perkara-perkara di atas, darjatnya akan ditinggikan sehingga mendapat syahadah hakiki.

Apabila seseorang ditimpa kesakitan, secara tidak langsung perasaan cinta mereka pada kehidupan dunia serta keseronokan di dalamnya juga dapat dikurangkan. Selain daripada itu, kita dapat mengelak daripada bergantung harap sepenuhnya kepada kehidupan duniawi.

Ia juga dapat mengurangkan perasaan sedih dan pahit kerana berpisah dengannya seperti yang dialami oleh ahli dunia semasa mereka meninggalkan dunia ini. Bahkan penyakit boleh menyebabkan ia berasa kasih dan suka kepada kematian.

- Risalah atau wasiat ini ditulis oleh pemimpin agama, Badiuzzaman Said Nursi (1876-1960) - Petikan daripada buku 'Berita Gembira Buat Pesakit & Doktor'

*************************************************************************************

Rabu, 18 Februari 2009

25 Rawatan Untuk Pesakit: Siri 14

Assalamualaikum.

Kepada pesakit yang mengalami katarak (cataract), sekiranya saudara mengetahui terdapat cahaya dan mata sebenar yang tersembunyi di sebalik mata orang yang beriman, saudara pasti berkata, “Terima kasih kepada Tuhan saya yang Maha Mengasihani.”

Bagi menjelaskan rawatan ini, saya membawa cerita berikut:

Sulaiman yang berasal dari Barla sentiasa berkhidmat untuk saya tanpa jemu meskipun bagi tempoh sehari. Beliau tidak berasa sempit dada pada saya sepanjang lapan tahun berkhidmat untuk saya bahkan dia memberikan sepenuh kesetiaan dan penghormatan.

Beliau mempunyai seorang ibu saudara. Ibu saudara beliau ini menjadi buta dan tidak dapat melihat. Perempuan itu bersangka baik pada saya melebihi apa yang saya patut terima. Dia bergantung pada saya semasa saya dalam perjalanan keluar dari masjid dengan berkata, “Saya memohon dengan nama Tuhan supaya saudara turut berdoa kepada Tuhan bagi menyembuhkan mata saya ini.”

Lantas dengan segera saya berdoa kepada Tuhan dengan menjadikan kesalihan wanita beriman itu sebagai syafaat dan penguat doa saya. Saya berdoa kepada Tuhan dengan penuh tadharru’ dan tawassul dengan berkata, “Ya Tuhan! Dengan kelebihan wanita soleh ini, kembalikanlah penglihatannya.”

Pada hari berikutnya, seorang doktor pakar mata dari wilayah Burdur yang berhampiran datang merawat wanita itu. Lalu Tuhan mengembalikan penglihatannya. Tetapi empat puluh hari kemudian, matanya kembali kepada keadaan asal, iaitu tidak dapat melihat semula.

Saya berasa dukacita dan banyak berdoa. Saya berharap supaya doa yang saya lakukan itu dipenuhi meskipun di akhirat nanti, kerana sekiranya tidak, doa saya itu menjadi bencana kepadanya dengan tidak disengajakan. Namun perempuan itu hanya hidup empat puluh hari sahaja selepas itu, kerana selepas itu beliau menemui Tuhannya.

Wanita itu tidak sempat memperoleh rahmat menikmati pandangan indah taman-taman di Barla. Pandangannya yang disembunyikan Tuhan bagi tempoh empat puluh hari itu digantikan dengan dapat melihat syurga di dalam kuburnya. Di samping itu menyaksikan ribuan taman-taman syurga yang menghijau selama empat puluh ribu hari. Semua ini adalah balasan kerana keimanannya yang mendalam dan kesalihannya yang tinggi.

Apabila seorang mukmin itu buta, kemudian memasuki kubur dalam keadaan demikian, dia mampu melihat cahaya dunia berdasarkan darjat kedudukannya. Dia juga dapat melihat dengan pandangan yang luas berbanding dengan pandangan ahli kubur yang lain.

Ini adalah kerana sebagaimana kita yang mampu melihat dengan mata kebanyakan benda yang wujud di atas dunia ini, begitu juga yang dapat dilakukan oleh orang buta yang beriman semasa mereka berada di dalam kubur. Sekiranya darjat keimanan mukmin buta itu tinggi, mereka dapat melihat lebih banyak lagi berbanding ahli kubur yang lain.

Mereka menyaksikan taman-taman dan kenikmatan syurga seolah-olah mereka dibekalkan dengan teropong yang kuasanya adalah berdasarkan darjat masing-masing. Teropong ini dapat menangkap pandangan-pandangan syurga yang indah dan mempersembahkannya seperti layar di dalam panggung wayang di hadapan mata mereka yang tidak dapat melihat semasa berada di dunia.

Kesimpulannya, kita mampu memperolehi mata nurani dengan bersabar dan bersyukur. Apa yang perlu kita lakukan adalah membuang penutup yang menutupi mata kita supaya kita dapat melihat dengan mata nurani iaitulah Al- Qur’an.

- Risalah atau wasiat ini ditulis oleh pemimpin agama, Badiuzzaman Said Nursi (1876-1960) - Petikan daripada buku 'Berita Gembira Buat Pesakit & Doktor'

*************************************************************************************************

Selasa, 17 Februari 2009

Warkah Ummi...

Assalamualaikum.

Satu hal yang memang sentiasa kuelak namun seringkali gagal adalah – mengupdate blog kesayanganku ini sekurang-kurangnya seminggu sekali! Ya Allah…tidak wajar sama sekali untuk diri ini atau siapapun jua sentiasa menyalahkan masa dalam segenap hal. Kenapa tak update? Tak cukup masa! Wal’iyazubillah…mohon dilindungi diri ini dari mempersalahkan masa, nikmat Allah yang tak ternilai.

Dari Abu Hurairah r.a katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: Anak Adam suka mengutuk masa. Padahal Aku pencipta masa. Dengan kuasaKu terjadi pergantian siang dan malam.” (HR Muslim)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: Anak Adam suka mencelaKu. Katanya, ‘Alangkah sialnya masa.’ Kerana itu janganlah kamu berkata demikian. Kerana sesungguhnya Akulah pencipta masa. Akulah yang menggilir siang dan malamnya. Jika Aku mau, Aku berkuasa menghentikan pergantian keduanya.” (HR Muslim)

Ummi rasa benar-benar terkilan apabila jadual yang ditetapkan sendiri tidak dapat dipatuhi. Rindu untuk menulis sesuatu di blog bukan kepalang dan tak sedikit juga sahabat sahabiah di alam maya yang menghubungi Ummi secara personal bertanyakan khabar kenapa lama blog tak di update. Ummi sakit? Ummi sibuk? Ummi bermasalah? Buat semua mereka yang sungguh prihatin terhadap perkembangan Ummi, tiada kata yang dapat diucapkan melainkan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini di atas jalan yang benar. Penuhkanlah piala hati hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.”

Sehingga ketemu lagi di lain masa…InsyaAllah Ummi akan kembali bersama kalian...

"Senyum Senyum Selalu"
*************************************************************************************

Khamis, 5 Februari 2009

PERAK : Pesanan TG Nik Aziz Nik Mat

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

*************************************************************************************

Selasa, 3 Februari 2009

Ucapan Jihad Pemimpin Hamas...!

17 Jan 2009 - 9:56 PM
(Petikan Dari Email)

Assalaamu`alaikum Warahmatullah

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati ALLAH

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH saya telah dapat menyelesaikan terjemahan ucapan pemimpin Hamas, Ismail Haniyyah yang ditujukan kepada penduduk Ghozzah (Gaza) dan juga kepada pengganas Zionis. Ucapannya sangat-sangat menyayat hati, ada ketika ucapannya penuh dengan semangat. Bagi yang dapat memahami bahasa Arab sila cari ucapannya di youtube, pasti anda akan dapat menghayati dengan penuh semangat. Membaca terjemahan ucapan dalam bahasa Melayu tidak sama dengan mendengar dalam bahasa Arab. Itulah dia keistimewaan bahasa Arab yang tidak ada dalam bahasa yang lain.

Begitu tinggi semangat juang yang ditunjukkan oleh para Mujahidin. Mereka tidak rela tanah air mereka dijajah oleh pengganas Yahudi. Mereka akan tetap mempertahankan bumi yang diberkati ini dengan darah dan nyawa.

Diakhir ucapannya beliau telah berdoa. Sama-samalah kita berdoa agar ALLAH memberikan kemenangan kepada umat Islam di Ghozzah (Gaza), Palestine dan di seluruh dunia.

Kini, sudah ramai yang syahid, syurga menanti mereka. Kita pula bagaimana???

Berikut adalah ucapan pemimpin HAMAS untuk dihayati bersama.

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Sesungguhnya telah terjadi sekarang mukjizat dari mukjizat-mukjizat yang diberi oleh TUHAN kami Subhanahu wataala. Apa yang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada mukjizat-mukjizat yang diberi oleh ALLAH kepada penduduk Ghazzah (Gaza) dari kalangan anak-anak kami, isteri-isteri kami, pemuda-pemuda kami. Ia adalah satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH.

ALLAH Subhanahu wataala berfirman :

قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُمْ مِثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَاءُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لأُوْلِي الأَبْصَارِ

"Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur dalam peperangan Badar). Satu golongan berperang di jalan ALLAH dan (satu golongan) yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. ALLAH menguatkan dengan bantuan-NYA siapa yang dikehendaki-NYA. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata-hati " ( Surah Aali `Imran : 13 )

Tiadalah berlaku mukjizat kecuali ALLAH yang mengurniakannya. Tiadalah berlaku satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH Subhanahu wataala yang mana pada hari ini bangsa Palestine kita yang hidup dalam lingkungan peta geografi yang sempit ini menanggung semua kesengsaraan dan pembunuhan. Namun begitu mereka tetap berada di medan peperangan dengan penuh kesabaran, keberanian tanpa dapat menggoyangkan pendirian mereka dengan semangat yang sangat tinggi seperti tingginya bukit-bukit di Palestine .

Ini semua sungguh-sungguh sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Ini adalah mukjizat yang dianugerahkan sungguhpun kami berada di peringkat kritikal yang dihadapi oleh bangsa palestine. Semua rumah dan semua yang inginkan kebebasan di dunia ini menjadi saksi keberanian mereka, WALLAAHI , meskipun di sebalik kecederaan, kepedihan, darah, meskipun runtuhnya rumah-rumah, musnahnya pokok-pokok, meskipun bom-bom fosfor yang digugurkan, meskipun ribuan letupan yang dahsyat yang bertan-tan beratnya disasarkan ke arah bumi Ghazzah siang dan malam tetapi Wallaahi sungguh-sungguh kami dapat merasakan mukjizat. Kami dapat merasakan pertolongan ALLAH, bantuan ALLAH Subhanahu wataala ketika ALLAH mewahyukan kepada malaikat dengan firmanNYA :

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ (12) ذلك بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (13

" (Ingatlah!) ketika TUHANmu telah mewahyukan kepada para Malaikat : Sesungguhnya AKU bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman. Kelak akan AKU campakkan perasaan takut ke dalam hati orang-orang kafir, maka penggallah kepala mereka dan pancunglah setiap hujung jari mereka * (ketentuan) yang demikian itu adalah kerana mereka telah menentang ALLAH dan rasulNYA. Maka barangsiapa yang menentang ALLAH dan rasulNYA , maka sesungguhnya ALLAH amat keras siksaanNYA. " ( Surah Al Anfal 12-13).

Dengan itu Wallahi, kami di Ghazzah dan aku ingin berbicara dengan nama semua penduduk kami, dengan nama semua yang berpuasa pada hari ini, pada waktu fajar esok pertolongan ALLAH akan tiba dengan izinNYA!

Aku katakan bahawa Wallaahi, sungguh-sungguh, seolah-olah kami dapat merasakan tanda-tanda kekuasaan ALLAH ke atas kami dan Quran ALLAH turun ke atas kami setiap hari dan setiap detik. Hati-hati kami dapat menyaksikan firman ALLAH :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمْ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (173) فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنْ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ (174) إِنَّمَا ذَلِكُمْ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِي إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (175

" (Iaitu) golongan (yang mentaati ALLAH dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia (tentera kafir Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu (beringatlah), kerana itu takutlah kepada mereka (kerana kamu tidak berupaya menghadapi mereka), maka perkataan (peringatan) itu menambahkan lagi keimanan mereka (keyakinan mereka bertambah kuat terhadap janji-janji ALLAH) dan mereka menjawab : "Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung *. Maka mereka kembali dengan nikmat kurniaan (yang besar) dari ALLAH (iman mereka semakin bertambah dan musuh-musuh ALLAH menjadi semakin hina), mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan ALLAH (dengan mentaati ALLAH dan RasulNYA). Dan ALLAH mempunyai kurniaan yang besar *. Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan penyokongnya (orang-orang musyrikin Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka (kerana sebenarnya mereka itu lemah) , tetapi takutlah kepadaKU (dengan mentaatiKU), jika kamu benar-benar golongan yang beriman. ( Surah Aali `Imran : 173 - 175).

" Sesungguhnya mereka itu tiada lain hanyalah Syaitan " , Syaitan paling besar dan paling kecil, syaitan manusia dan jin inilah yang menakut-nakutkan pendokong dan penyokongnya .

Ahli Ghazzah tidak takut kepada ٍsyaitan-syaitan ini.

Ahli Ghazzah tidak lari, tidak mundur walaupun luka dan cedera, walaupun yang disayangi terbunuh, walaupun bumi Ghazzah diselubungi bom-bom zionis di setiap pelusuk dan penjuru.

Sessungguhnya Wallaahi kami merasakan bahawa seolah-olah kami dapat merasakan Quran ALLAH turun ke atas kami sekarang menerusi ayat berikut :

إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتْ الأَبْصَارُ وَبَلَغَتْ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَ (10) هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالاً شَدِيداً (11)

"(Iaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika tidak tetap lagi penglihatan (mu) dan hatimu sesak sampai ke tenggorok (kerana hebatnya perasaan takut dan perasaan gentar pada waktu itu) * dan kamu menyangka terhadap ALLAH dengan berbagai-bagai sangkaan . Di situlah golongan mukminin diuji dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang dahsyat." (Surah Al Ahzab : 10-11)

Tetapi dalam hati zalzalah (goncangan) ini terbahagi manusia kepada 2 puak. Satu puak mengatakan apa yang dijanjikan ALLAH dan RasulNYA kepada kita hanyalah tipudaya sahaja.

Satu puak mengatakan :

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَاناً وَتَسْلِيماً (22)

" Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : "Inilah yang dijanjikan ALLAH dan Rasul-NYA (iaitu kemenangan sesudah mengalami kesukaran)* Dan benarlah ALLAH dan RasulNYA * Dan Yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan tunduk patuh ( kepada ALLAH )." (Surah Al Ahzab : 22).

Inilah dia ucapan ahli Ghazzah. Inilah dia ucapan ahli Palestine . Inilah dia ucapan ahli kebajikan dan kebaikan dari kalangan umat Arab .

وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَاناً وَتَسْلِيماً

" Tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan tunduk patuh ( kepada ALLAH ). "

Sessungguhnya Wallaahi, seolah-olah kami dapat merasakan Quran ALLAH turun ke atas kami sekarang bertepatan dengan firman ALLAH :

مِنْ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً (23) لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِنْ شَاءَ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً رَحِيماً (24)

" Dari kalangan golongan yang beriman itu ada yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH ; maka diantara meraka ada yang gugur (syahid) dan diantara meraka ada (pula) yang menunggu (apa yang telah ALLAH janjikan balasan untuk mati syahid) * Supaya ALLAH memberikan balasan kepada golongan yang benar itu kerana kebenaran mereka, dan menyeksa golongan Munafiq jika DIA (ALLAH) menghenghendakinya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang " . ( Surah Al Ahzab : 23-24).

Oleh itu Wallaahi, meskipun dalam kepedihan, keperitan, kecederaan, ujian yang berat tapi kita merasakan semua ini merupakan kebaikan yang meliputi kami kerana kami baca firman ALLAH:

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلْ الْمُؤْمِنُونَ (51)

"Katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami kecuali apa yang ALLAH telah tetapkan untuk kami. DIA lah pelindung kami dan hanya kepada ALLAH sahaja orang-orang yang beriman bertawakkal." ( Surah At taubah : 51).

Kami telah baca firman ALLAH :

وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَاباً مُؤَجَّلاً وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa mengkehendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa mengkehendaki pahala Akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." ( Aali `Imran : 145).

Sesungguhnya kami menyerahkan urusan kami kepada TUAN punya urusan, Sesungguhnya kami menyerahkan urusan kami kepada ALLAH, TUHAN yang mempunyai kerajaan yang sangat besar, yang sangat kuat laailaha illa hu TUHAN `Arasy yang besar .

Alangkah kecilnya kekuatan Zionis dibandingkan dengan kekuatan ALLAH Subhanahu wataala, tiada maknanya kebesaran mereka jika dibandingkan dengan kebesaran PENCIPTA alam , PENCIPTA langit dan bumi. Wallaahi, ALLAH pasti menghukum mereka melalui tangan hamba-hambaNYA. ALLAH pasti menghukum mereka dengan azabNYA.

Sesungguhnya kami menunggu-nunggu mereka untuk mendapat salah satu dari dua kebaikan, mendapat kemenangan atau mati syahid.

قُلْ هَلْ تَتَربَّصُونَ بِنَا إِلاَّ إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَنْ يُصِيبَكُمْ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِنْ عِنْدِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُمْ مُتَرَبِّصُونَ (52)

" Katakanlah! Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan (mendapat kemenangan atau mati syahid)*. Dan kami menunggu kamu agar ALLAH menimpakan bagi kamu azab ( yang besar ) disisiNYA atau (azab) dengan tangan kami . Oleh itu tunggulah! Sesungguhnya kami menunggu-nunggu kamu." (Surah At Taubah : 52 ).

Wahai kekasih kami di Ghazzah! Wahai Pejuang!

Kami di Ghazzah sesungguhnya Wallaahi berhadapan dengan gambaran yang besar, kami di kelilingi gambaran para sahabat generasi pertama, gambaran mereka yang telah membuka pintu kebaikan kepada alam ini. Mereka yang telah menyebar kebaikan dan kemenangan di semua tempat .

Sesungguhnya kami telah melihat kesabaran yang besar ini, ketetetapan dan semangat yang tinggi. Meskipun ibu-ibu kehilangan anak-anak enam atau tujuh orang, keluarga keseluruhannya dibunuh...lelaki dan perempuan datang, kami katakan mintalah ganjaran dari ALLAH. Para shuhada` mendapat ganjaran. ALLAH akan membalas perjuanganmu sebagai syuhada` kerana membela Palestine, kerana membela agama kami, kerana membela maruah kami, kerana membela kebebasan kami!

Ribuan rumah musnah kerana dibom, sekarang mereka tinggal di sekolah bersama keluarga , bersama adik beradik di rumah tetapi mereka tetap hidup dalam kemuliaan dan ketinggian, mereka enggan menyerah kecuali menyerahkan diri kepada ALLAH.

Kesabaran manakah yang lebih besar dari ini?

Inilah dia kekuasaan ALLAH. Kekuasaan manakah yang lebih besar dari kekuasaan ALLAH?

Sesungguhnya kamu sekarang wahai penduduk Ghazzah, kamu bukan sahaja mengajar orang kebanyakan, bahkan kamu telah mengajar pemimpin dan pembesar. Kamu sekarang memimpin.

Kamu sekarang telah memberikan masa depan yang cerah dengan berkat kesabaran yang besar ini, dengan kalimah yang diberkati iaitu kalimah ALLAH yang kita sentiasa dengar siang dan malam, yang dibaca oleh ibu-ibu kami, yang dibaca oleh isteri-isteri, oran-orang tua dan kanak-kanak.

Anak-anak kecil yang telah hilang penglihatan akibat serangan membabi buta ini merintih dan berdoa di katil-katil hospital dengan penuh tawadhu`, dengan penuh keimanan, mereka dapat merasakan keagungan ALLAH, mereka tertanya-tanya apakah erti kehidupan kanak-kanak Palestine. Inilah dia kanak-kanak Palestine yang Yahudi ingin bunuh. Sesungguhnya lebih dari 450 kanak-kanak Palestine telah dibunuh. Kaum wanita juga telah dibunuh dalam peperangan yang gila ini.

Oleh itu apa yang kita saksikan sekarang ini hendaklah dihadapi dengan penuh kesabaran. Ingatlah bahawa kemenangan itu bersama golongan yang sabar. Ketahuilah wahai ahli Ghazzah yang dikasihi bahawa setiap kesukaran akan disusuli dengan kemudahan sebagaimana firman ALLAH :

فَاِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

"Maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." ( Surah Nasyrah 5-6).

Pengganas Yahudi tidak akan dapat mengalahkan golongan yang sabar dan bersatu padu.

Hari ini hendaklah kita bersatu, tolong menolong sesama kita wahai penduduk Ghazzah. Hari ini kita tidak boleh membezakan antara satu sama lain, tak boleh bezakan orang ini dengan orang itu, keluarga itu dan keluarga ini, tidak boleh membezakan kawasan ini dengan kawasan itu, tempat ini dengan tempat itu. Sesungguhnya kita ini adalah satu jasad. Bandingan orang mukmin sesama mereka ialah seperti satu binaan yang menguatkan antara satu sama lain.

Hari ini semua rumah dibuka, semua lorong dibuka, semua badan kebajikan dibuka.

Hari ini kita semua seperti satu jasad, kita semua adalah satu keluarga. Apa yang kita lihat hari ini bahawa kesatuan, tolong menolong, kasih sayang dan belas kasihan telah meresap ke dalam segenap jiwa kita bertepatan dengan sabda Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam : Sesungguhnya perumpamaan kasih sayang dan belas kasihan sesama mukmin ialah seperti satu jasad. Bila sakit satu anggota nescaya anggota lain akan turut rasa sakit, tak dapat tidur kerana menahan kesakitan dan demam.

Oleh itu saya menyeru ahli penduduk Ghazzah bersabar di dalam rumah kamu, dan askar-askar kita tetap berada di sempadan menangkis serangan kereta-kereta kebal, peluru berpandu dan bom-bom penjajah Yahudi .

Sekali lagi saya menyeru kepada semua penduduk Ghazzah supaya membuka pintu rumah semua untuk menerima pesakit-pesakit kita yang tercedera, agar kita menjadi satu keluarga, agar kita saling bantu membantu. Apa yang dapat kita lihat sekarang ini adalah limpah kurnia ALLAH Subhanahu wataala.

Kita bersumpah dengan nama ALLAH, dengan kepalan roti, dengan air, ubat-ubatan, pakaian dan rumah-rumah. Ini semuanya dengan izin ALLAH Taala merupakan petunjuk yang baik untuk bangsa yang diberkati ini. Kemudian kita lihat kepercayaan ini dengan bantuan ALLAH Subhaanahu wataala sungguh pun kita dikelilingi kesukaran dan kepedihan tetapi kepercayaan kepada ALLAH telah meresap didalam jiwa kami seolah-olah kita menyaksikan Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam yang pulang dari Taif berlumuran dengan darah yang mengalir, lalu Zaid Bin Harithah radhiallaahu `anhu berkata kepada Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam : Ya Rasulallah! Bagaimana kita nak kembali ke Makkah sedangkan mereka telah mengeluarkan tuan hamba. Jawab Rasulullah sallallaahu `alaihi wasallam :

يا زيد إن الله جاعل لما ترى فَرَجًا ومَخْرَجًا وان الله ناصرٌ دينَهُ ومُظْهِرٌ نَبِيَّهُ

" Ya Zaid ! sesungguhnya ALLAH akan menjadikan apa yang kamu lihat pasti ada kelapangan dan jalan keluar dan ALLAH pasti menolong agama-NYA dan memenangkan NabiNYA. "

Ya, sesungguhnya kita yang menghadapi ujian ini berkata kepada penduduk kita dan bangsa kita bahawasanya kita Wallaahi lebih hampir kepada kemenangan dan bahawasanya Wallahi Sesungguhnya darah yang mengalir ini akan membawa kepada kemenangan dengan izin ALLAH Tabarakawataala. Darah kanak-kanak dan wanita yang terus mengalir sudah pasti akan mengusir penjajah Yahudi, akan mengusir Bush yang akan pergi tak beberapa hari lagi dari peta kemanusiaan dan peta sejarah. Pasti mereka akan mengusir siapa sahaja yang bersetuju terhadap tumpahnya darah anak-anak kami, wanita-wanita kami , keluarga kami yang tercedera disini, di bumi Ghazzah.

Wahai keluarga dan saudara-saudara kami !

Hari ini kita tidak mahu bercakap banyak tentang politik tetapi aku ingin katakan kepada ahli kita di Ghazzah dan kepada semua anak-anak kami bangsa Palestine di serata tempat dan kepada semua umat Islam dan kepada semua pencinta kemerdekaan dan kebebesan di dunia ini yang mempertahankan Palestine dan Ghazzah bahawa penentangan terhadap Yahudi ini wajib diteruskan dan ditingkatkan kerana serangan mereka ke atas bangsa kami berterusan.

Intifadah ini wajib diteruskan kerana penjajah Yahudi terus menerus membunuh siang dan malam.

Aku ingin katakan bahawa kami di sini, di bumi Ghazzah yang mahal nilainya, di bumi Palestine menghadapi permusuhan dan serangan ini dengan dua cara. Cara diplomasi politik dengan berbagai cara yang dilakukan seperti resolusi, seruan berdamai, pertemuan demi pertemuan dengan berbagai pihak dan negara, dengan negara Arab dan lain-lain. Kita tidak menafikan cara ini bahkan kita berusaha ke arah itu dan tidak pernah menutup rundingan ke arah itu. Oleh itu kita bekerjasama secara positif dengan mana-mana pihak untuk melaksanakan gencatan yang membawa kepada keputusan menghentikan segera permusuhan terhadap bangsa kami dan supaya penjajah Zionis keluar dari bumi Ghazzah yang dijajah, membuka semula semua sempadan dan menghentikan kepungan secara menyeluruh.

Wahai Para Mujahidin, Wahai Para Pejuang, Wahai Pahlawan!

Kamu akan mendapat kemenangan. Kemenangan akan datang, Insha ALLAH.

Selepas 17 hari peperangan, aku ingin katakan bahawa peperangan yang gila ini tidak akan pecahkan Ghazzah.

Ghazzah tidak akan dapat dipecahkan dengan izin ALLAH. Ghazzah tidak akan jatuh, Ghazzah tidak akan jatuh dengan izin ALLAH!

Semangat kami tidak akan luntur, semangat kami tidak akan luntur dengan izin ALLAH!

Bahkan Ghazzah akan menang!
Kemahuan kita akan menang!
Aqidah akan menang!
Iman akan menang!
Palestine dan umatnya akan menang dengan izin ALLAH Tabaaraka waTaala.

Sesungguhnya kami seperti sebelumnya pada setiap detik bersungguh-sungguh menghadapkan diri kepada ALLAH Subhanahu wataala .

Peperangan ini telah menghampirkan diri kami kepada ALLAH.
Wallaahi, peperangan ini telah menghampirkan diri kami kepada ALLAH Subhanahu wataala .

Ketika kita mengangkat tangan dengan merendahkan diri kepada ALLAH Subhanahu wataala hati kami penuh khusyu` kepada ALLAH Subhanahu wataala. Ini adalah sebahagian daripada kebaikan dan kelebihan.

Sesungguhnya aku menyeru kepada semua anak bangsa kami ahli kebaikan supaya berdoa dan mengaminkan doa ini dengan izin Allah Subhanahu wataala.

اَللَّهُمَّ إِنِّا عَبِيْدُكَ وَابْنُ عَبِيْدِكَ ابْنُ أَمَتِـكَ نَواصِيْنا بِيَـدِكَ، مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيْنَا قَضَاؤُكَ نَسْأَلُُكَ اَللَّهُمَّ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لََكَ سَمَّـيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْـتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِـكَ أَوِ اسْتَـأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الغَيْـبِ عِنْـدَكَ أَن تَنْصُرَ اْلإِسْلاَمَ وَأَنْ تُعِزً اْلمُسْلِمِيْن. اَللَّهُمَّ أَعِنْ كَلِمَةَ الْحَقِّ وَالدِّيْنِ اَللَّهُمَّ أَيِّدْ جُنْدَكَ الْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ أَيِّدْ عِبَادَكَ الْمُوَحِّدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَأْيَهُمْ وَ رَأْيَهُمْ يا رَبَّ الْعالَمِيْنَ اَللَّهُمَّ أَرِنا فِي اْلغُزاةِ عَجائِبَ قُدْرَتِكَ وَعَظائِمَ آياتِكَ يا مَنْ لا يُعْجِزُكَ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلا فِي السَّماءِ اَللَّهُمَّ آمِنْ رَوْعاتِنا وَاسْتُـرْ عَـوْرَاتَنا وَفَرِّجْ كُرَباتِنا اَللَّهُمَّ رَبَّنا أَفْرِغْ عَلَيْنا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنا وَانْصُرْنا عَلَى الْقَْومِ الْكافِرِيْنَ يا حَـيُّ يا قَـيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْثُ يا حَـيُّ يا قَـيُّومُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْثُ يا حَـيُّ يا قَـيّومُ بِرَحْمَتِكَ نَسْتَغِيْثُ قَلَّ النَّصِيْرُ فَانْصُرْنا قَلَّ الْمُعِيْنُ فَأَعِنَّا قَلَّ النَّصِيْرُ فَانْصُرْنا قَلَّ الْمُعِيْنُ فَأَعِنَّا يا الله يا الله يا حَـيُّ يا قَـيُّوْمُ يا بَدِيـْعَ السَّماواتِ وَالأَرْضِ اَللَّهُمَّ هَيِّئْ لَنا مِنْ أَمْرِنا رَشَدًا وَاجْعَلْ لَنا مِنْ كُلِّ ضِيْقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ عُسْرٍ يُسْرًا اَللَّهُمَّ نَصْرُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ نَصْرُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ فَرَجُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ فَرَجُكَ الَّذِيْ وَعَدَ اَللَّهُمَّ يا حَـيُّ يا قَـيُّوْمُ يا بَدِيـْعَ السَّماواتِ وَالأَرْضِ يا مالِكَ كُلِّ شَيْءٍ اُنْصُرْ عِبادَكَ فِيْ غَزَّة اُنْصُرْ أَهْلَنا فِيْ غَزَّة اُنْصُرْ أَهْلَنا فِيْ غَزَّة اَللَّهُمَّ ارْفَعْ رَايَةَ الْقُرْءَانِ وَ لِوَاءَ اْلإِسْلاَمِ وَاحْفَظْ عِبادَكَ فِيْ كُلِّ مَكانٍ اَللَّهُمَّ احْفَظْ أَهْلَنا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَمِنْ فَوْقِهِمْ وَنَعُوْذُبِكَ اَللَّهُمَّ مِنْ أَنْ يُغْتَالَ مِنْ تَحْتِهِمْ

Ya ALLAH! Sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMU, anak hamba-hambaMU (lelaki) dan anak hamba-hambaMU (perempuan) di dalam genggamanMU ubun-ubunku hukum atau ketentuanMU berlalu, keputusanMU adalah adil. Aku mohon kepadaMU ya ALLAH dengan menyebut setiap nama bagiMU atau nama yang ENGKAU berikan kepada diriMU sendiri atau yang ENGKAU turunkan pada kitabMu atau yang ENGKAU ajarkan atau yang ENGKAU simpan di dalam perbendaharaan ghaib disisiMU agar ENGKAU membantu Islam dan memuliakan Muslimin.

Ya ALLAH ! Bantulah kalimah Haq dan Agama.
Ya ALLAH ! Sokonglah tentera-tenteraMU yang berjihad. Ya ALLAH ! Sokonglah hamba-hambaMU yang mentauhidkanMU. Ya ALLAH ! Perbetulkanlah pendapat mereka, pendapat mereka, wahai TUHAN sekelian `alam.

Ya ALLAH ! Perlihatkanlah kepada kami di dalam peperangan ini keajaiban kekuasaanMU dan keagungan Ayat-ayatMU, wahai ALLAH yang sesuatupun tidak dapat melemahkanMU samada di langit atau di bumi.


Ya ALLAH ! Tenteramkanlah kami dari rasa takut dan tutupilah aurat kami (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) serta hindarkanlah musibah keatas kami.
Ya ALLAH ! Tetapkanlah kesabaran kami, teguhkanlah pendirian kami dan menangkanlah kami ke atas golongan yang kafir. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain), dengan belas kasihanMU kami memohon pertolongan di saat yang kritikal.

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , dengan belas kasihanMU kami memohon pertolongan di saat yang kritikal.
Hanya sedikit yang ingin membantu maka bantulah kami. Hanya sedikit yang ingin menolong maka tolonglah kami. Hanya sedikit yang ingin membantu maka bantulah kami. Hanya sedikit yang ingin menolong maka tolonglah kami.

Ya ALLAH, Ya ALLAH !
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , wahai Yang mengelokkan ciptaan langit dan bumi! Ya ALLAH ! Persiapkanlah urusan kami dengan petunjukMU. Jadikanlah jalan keluar bagi kami dari segala kesempitan, kelepasan dari segala dukacita dan kemudahan dari semua kesukaran. Ya ALLAH ! PertolonganMU yang ENGKAU janjikan! Ya ALLAH ! PertolonganMU yang ENGKAU janjikan! Ya ALLAH ! PertolonganMU yang ENGKAU janjikan! Ya ALLAH ! Kelepasan yang ENGKAU janjikan! Ya ALLAH ! Kelepasan yang ENGKAU janjikan! Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Berdiri Sendiri (tidak berhajat kepada yang lain) , dengan belas kasihanMU kami memohon pertolongan disaat yang kritikal.

Wahai Yang mengelokkan ciptaan langit dan bumi!
Wahai Yang memiliki segala-galanya! Bantulah ahli kami di Ghozzah ( Gaza )! Ya ALLAH ! Angkatkanlah panji AL Quran. Tinggikanlah panji Islam. Peliharalah hamba-hambaMU di setiap tempat. Ya ALLAH ! Peliharakanlah ahli kami dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari atas mereka, dari bawah mereka, dikanan mereka dan dikiri mereka. Dan kami berlindung kepadaMU ya ALLAH agar tidak disambar dari bawah mereka.

Wahai saudara dan saudari! Sesungguhnya kita berdoa kerana memenuhi perintah ALLAH sebagaimana firman NYA:
اُدْعُوْنِيْ اَسْتَجِبْ لَكُمْ "Berdoalah kamu pasti AKU akan menyahut (perkenankan) doamu. " اَللَّهُمَّ إِنِّا قََدْ دَعَوْنَاكَ كَمَا أَمَرْتَنَا فَاسْتَجِبْ لَنَا كَمَا وَعَدْتَنَا Ya ALLAH ! Sesungguhnya kami telah berdoa kepadaMU sebagaimana yang telah ENGKAU perintahkan kepada kami, oleh itu perkenankanlah bagi kami sepertimana Engkau telah janjikan. Dan kerana memenuhi perintah Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam kepada Ibnu `Abbas radhiallaahu `anhuma sebagaimana sabdanya : Wahai Ibna `Abbas ! Jagalah ALLAH pasti dia akan menjagamu. Jagalah ALLAH pasti engkau akan betul arahmu. Apabila engkau minta maka mintalah kepada ALLAH, Apabila kamu minta pertolongan mintalah pertolongan kepada ALLAH.

Ketahuilah! sesungguhnya sekiranya berkumpul semua manusia untuk memudharatkan kamu dengan sesuatu pasti mereka tidak akan dapat memudharatkan kamu kecuali ALLAH telah tuliskannya (taqdirkannya) ke atas kamu dan sesungguhnya sekiranya berkumpul semua manusia untuk memberi manfaat kepada kamu pasti mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada kamu kecuali ALLAH telah tuliskannya (taqdirkannya) ke atas kamu. Diangkatkan pena, wajaffatis suhuf .


Salam ke atas Ghazzah.
Salam kemenangan yang bakal dikecapi Ghazzah.
Salam ke atas kanak-kanak Ghazzah, kaum wanita Ghazzah, kaum lelaki Ghazzah dan salam ke atas semua umat kami.

Saya mengalu-alukan Pasukan Perubatan Arab yang telahpun sampai ke sini, di Ghazzah dan mereka menjadi satu juzuk dari ahli Ghazzah, mereka telah merawat penduduk yang cedera. Selamat datang ke Ghazzah. Semoga kamu diberkati dan menuju kemenangan dengan izin ALLAH Tabaraka wataala.

Wassalaamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

*************************************************************************************

Nikmat Allah Tak Ternilai : Mata

Assalamualaikum.

Badan kita adalah organisma sempurna yang membolehkan kita hidup di bumi ini dengan selesa…untuk berlari dan bermain, untuk membaca dan menulis malah ia membolehkan kita melakukan apa jua aktiviti. Organisma-organisma ini amatlah indah sehingga tidak seorang pun dapat menyamakan mereka dengan mana-mana teknologi maju.


  • Tahukah kamu tubuh kamu terdiri daripada lemak, protein, air, karbohidrat dan mineral?
  • Bagaimana kamu mengenali tubuh kamu sendiri, yang bekerja tanpa henti dan dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila rosak?

Jom Kita Ke Jendela Dunia Luar !

Mata

Setiap organ di dalam badan kita amatlah penting buat kita. Hidup akan berubah sekiranya kita kehilangan salah-satu daripadanya. Sebagai contoh, dapatkah kita fikirkan apa yang dapat kita lakukan jika kita tidak mempunyai mata? Kita tidak akan dapat mengetahui bagaimana rupa paras ibu bapa kita, adik beradik atau kawan-kawan. Kita tidak dapat melihat semua benda-benda yang indah ini. Kita tidak dapat bermain permainan yang kita main sekarang. Kita tidak akan dapat membaca artikel-artikel ini dan melihat gambar berwarna-warni di dalamnya. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana rupa seekor arnab atau seekor lembu kerana kita tidak pernah melihatnya. Kita tidak dapat melihat rancangan kartun di TV. Kita tidak dapat melakukan sebarang aktiviti dengan mudah. Kita mungkin tidak dapat mencari jalan di sekitar rumah kita sendiri. Kita tidak dapat melihat sebarang warna atau bentuk, kita juga tidak dapat mengenali warna atau mengenal pastinya, bahkan senarai ini tidak akan habis...


Allah menjadikan setiap manusia dengan mata yang membolehkan mereka melihat. Allah telah memberikan manusia anugerah berharga ini.

Mata memainkan fungsi paling penting. Ia menjalankan proses-proses penting yang tidak kita sedari, dan hanya selepasnya kita dapat melihat sekeliling.

Mari kita kaji secara ringkas bagaimana kita dapat melihat :

Setiap objek di dunia ini memantulkan dan memancarkan cahaya ke sekelilingnya. Sebagai contoh, semasa kamu melihat artikel ini, cahaya yang terpantul dan terpancar daripada artikel ini sampai ke belakang mata kamu melalui pupil.

Cahaya ini, setelah melalui satu siri proses di belakang mata kamu, telah ditukar menjadi isyarat elektrik. Isyarat elektrik ini sampai ke otak kamu. Di belakang otak kamu terdapat pusat penglihatan yang membolehkan kamu melihat. Pusat penglihatan ini adalah sebuah tempat yang kecil. Di kawasan kecil inilah isyarat elektrik ini membentuk imej artikel ini dan ia berlaku ketika kamu melihat artikel ini.

Untuk menerangkan secara ringkas proses-proses ini sahajapun telah memakan masa, sedangkan proses ini berlaku dengan begitu pantas sekali! Proses-proses ini berlaku secepat kamu melihat artikel ini, pada kelajuan yang tidak dapat kamu melihatnya.

Bukankah ia merupakan satu sistem yang sangat sempurna? Jika kamu masih ingat, saya telah menyebut tentang para penyokong evolusi sebelum ini. Saya juga menyebut bahawa mereka ini percaya bumi, alam semesta, bintang-bintang dan semua hidupan adalah hasil daripada kebetulan. Mereka yang berkata demikian juga berkata perkara yang sama tentang mata. Mereka berkata, "Mata telah terbentuk dengan sendirinya secara kebetulan." Dapatkah sebuah sistem yang kompleks dan indah terbentuk dengan sendirinya? Saya berikan satu contoh untuk menjelaskan betapa mengarutnya pendapat ini:

Jurutera-jurutera telah menghasilkan kamera fotografi dan kamera video dengan meniru mata manusia. Bagaimanapun, tidak satu pun peralatan ini dapat memberikan gambaran yang jelas seperti mata kamu. Sekarang angkat kepala kamu daripada artikel ini dan lihat sekeliling kamu. Tidakkah pandangan kamu begitu jelas? Tidak terdapat sebarang kekaburan, bintik-bintik putih atau garisan terputus di dalam penglihatan kamu. Sedangkan sering berlaku, kamu melihat bintik-bintik putih atau garisan-garisan terpisah di dalam satu imej. Walaupun ini semua tidak terjadi dengan semua teknologi terkini, televisyen masih tidak dapat menghasilkan imej yang sempurna seperti mata kamu.

Sekarang, mari kita fikirkan sejenak. Ini menunjukkan mata kamu adalah jauh lebih maju dan berkualiti daripada kamera video atau kamera fotografi atau televisyen. Apa yang akan kamu lakukan sekiranya seseorang datang kepada kamu dan berkata seperti berikut...

“Telah berlaku satu ribut taufan yang menyebabkan kabel-kabel elektrik, skru-skru, penukul-penukul, pemutar skru terbang keluar rumah melalui pintu dan tingkap, dan kemudian semuanya berkumpul di halaman. Kemudian ianya ditimpa hujan dan petir menyebabkan semua bahan-bahan ini bercampur-aduk dengan tanah. Setelah berlalu beberapa lama, saya melihat sebuah televisyen muncul.” Adalah mustahil untuk sebuah televisyen membentuk dirinya sendiri!

Apakah mungkin mata kamu yang jauh lebih berkualiti daripada televisyen, dapat terbentuk dengan sendirinya? Sudah tentu tidak! Sebagaimana sebuah televisyen tidak dapat terbentuk dengan sendirinya, sebaliknya seseorang telah membuatnya, mata kita juga bukan hasil daripada kebetulan. Allahlah yang telah menjadikan mata kita dapat melihat imej tiga dimensi dan berwarna dengan begitu jelas. Kerana itulah kita perlu bersyukur kepada Allah di atas segala keindahan yang kita saksikan.


"Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka."

(Qur'an, 3:190-191)

Artikel Dari Email : Oleh Muhammad Nazir

*************************************************************************************