Selasa, 17 Mac 2009

Kakak Si Ulat Buku...

Assalamualaikum.

Kakak memang ulat buku! Apa je yang dia jumpa dia akan baca dan cuba memahamkannya. Tak kira buku itu sesuai atau tak sesuai untuk tahap umurnya. Ummi dan Abilah yang akan menjadi sasarannya untuk bertanya itu dan ini sampai dia faham. Fuh!

Dua tiga hari sebelum sekolah mula bercuti, Ummi teringat sesuatu…

“Alamak! Jumaat ni Abi nak ke Perak. Janji kat kakak nak belikan buku-buku novel untuk dibaca sepanjang cuti sekolah. Mana sempat nak beli ni.”

“Oh ya! Chik kan ada? Apa nak susah. Klik aja kat MariBaca Bookstore dan order aja buku yang diperlukan.” Bisik hati kecil Ummi.

Yes! Ummipun apa lagi. Hari tu jugak Ummi sms Chik nak order buku dan mintak Chik tengok email. Power tak power Chik punya service, hari ni Ummi order, esoknya dah sampai rumah! Caya lu…



Ni dia buku-buku dan CD yang Ummi order.



Punyalah melompat dan senang hatinya diaorang bila tengok novel yang berlambak tu. Siap posing lagi…

Buku-buku tu ummi terima petang Khamis (13/3/09) dan hari ini Selasa (17/3/09), kakak dah habis baca sebanyak 10 buah novel dalam masa 5 hari! Memang kakak dah ketagih novel. Cuma tinggal 3 buah sahaja lagi yang belum dibacanya sedangkan cuti masih ada 4 hari lagi. Huwaaa...

Ummi rasa lepas ni Ummi kena bukak kedai buku, lagi bagus! ‘Kedai Buku Kakak’ atau ‘Pustaka Kakak’! Amacam? He,he...



Lagu-lagu nasyid dalam CD Mukhlis dan 26 Koleksi Nasyid Kanak-Kanak tu pulak alahai memang best yang teramat!



Bukan setakat lagunya aja yang best, gambar-gambarnya pun cukup menarik dan menghiburkan. Siap ada karaoke lagi...



Sekali tonton je, esoknya tiga puteri Ummi dah boleh buat persembahan live kat depan mak ayah dia, sebijik sama macam tiga putera kartun ni persembahkan..hihihi...

Terimakasih Chik atas iklan dan service dari MariBaca Bookstore yang memang sangat-sangat berbaloi membelinya.


Aisyah yang selalunya puas disuruh kalau bab membaca nipun, nampaknya dah dapat semangat baru! He,he...Ketawa ni bukan apa. Tersenyum sendiri mengingatkan alasan Aisyah suatu hari tu bila disuruh membaca: "Ummi tau tak! Kakak kata, kalau kita baca buku banyak sangat, tak rehat-rehat, nanti mata kita boleh buta Ummi!" Kih,kih,kih...macam-macam alasan dia...



Inilah sebahagian daripada koleksi novel kakak, si ulat buku!

Memperkatakan mengenai ‘membaca’, suka Ummi paste sebahagian kata-kata dari tulisan Ust Nik Abduh...

Banyak membaca memang bagus! Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah lagi untuk akhiratnya. Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca.

…Tetapi sedarkah kita bahawa faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah juga kerana terlalu banyak membaca! Kenapa? Kerana jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

...Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang-silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.

Memang benar…

…Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama Tuhanmu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

…Dalam surah yang sama (al-Alaq), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.

Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.

RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.

Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.

Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku-buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku-buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.

Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Jangan hentikan bacaan anda sekarang, sebaliknya teruskanlah bacaan anda di siniSELAMAT MEMBACA!

*************************************************************************************

3 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum Kak Ummi.
Alahai seronoknya tengok susunan buku selambak kat depan anak-anak gadis Kak Ummi tu. Terima kasih ya Kak Ummi sebab bagi testimonial yang amat bermakna ni. Lagi satu, Chik teramat suka dengan susunan buku dalam rak kakak tu, tahniah ya Kak Ummi sebab dah berjaya mendidik anak-anak mencinta buku dan minat membaca.
Chik pun tadi dah baca tulisan Ust. Nik Abduh tu, memang bagus sangat. Harap-harap ramailah yang terbuka minda untuk turut rajin membaca dan menarik minat anak-anak membaca. Yang penting bahan yang nak dibaca tu adalah yang boleh membina fikiran & peribadi kita dan anak-anak.
Tahniah Kak Ummi. Moga sehingga akhir hayat anak-anak Kak Ummi akan mencintai ilmu.

Tanpa Nama berkata...

Wkmslm.Terimakasih Chik atas penghargaan dan doa.Ameen...

Juga doa dari Kak Ummi...moga Chik sentiasa success dunia dan akhirat!

iNsAn KerDiL berkata...

salam kak ummi..ya Allah kagum nyer dgn minat membaca kakak tu..alhamdulillah...bagus2x..swonok tgk nyer....macam kak chik..ikb pun suke tgk koleksi novel kakak..tersusun kemas...