Ahad, 29 Mac 2009

Penyejuk Mata Hati...

"Assalamualaikum Ummi..."

"Waalaikummussalam. Kakak ke ni?"

"Ha'ah kakak. Ummi! Kakak dah dapat nombor!"

"Ya ke? Kakak dapat nombor berapa?"

"Hehehe..nombor 1!"


"Alhamdulillah.....Tahniah, tahniah, tahniah kakak! Eiiii..sukanya Ummi kakak dapat nombor 1 lagi..."

"Hihihihihi....." kedengaran kakak ketawa di corong telefon...



Dua hari kemudiannya...

"Assalamualaikum. Siapa telefon Ummi tadi? Ummi ada patient, tu Ummi tak angkat."

"Waalaikummussalam. Aisyah telefon Ummi tadi. Ummi! Aisyah dah dapat nombor!"

"Hah? Ya ke? Alamak..Aisyah dapat nombor berapa?"

"Aisyah dapat nombor satu!!!"


"Alhamdulillah.....Tahniah, tahniah, tahniah Aisyah! Eiiii..sukanya Ummi! Aisyahpun lepas ni biar macam kakak,ya. Biar dapat nombor 1 sokmo..."




Kakak & Aisyah dengan hadiah no.1 peperiksaan OTI 1 baru-baru ini, manakala Atiqah dengan hadiah rajin menulis dan mewarna di rumah..he,he,he...

Begitulah perasaan seorang ibu. Tidak ada yang lebih membahagiakan apabila mendengar berita kejayaan anak-anak tercinta. Pada seorang anak pula, kebahagiaan mereka adalah menyampaikan dan mempersembahkan sesuatu yang menggembirakan hati kedua ibubapanya.



Sekali lagi, MariBaca Bookstore dah jadi penyelamat Ummi untuk hadiah kecemerlangan anak-anak...

Namun benarkah kebahagiaan itu selalunya selari dengan kejayaan? Dan adakah ukuran kejayaan sebenar di mata dunia turut menjadi ukuran kejayaan hakiki di sisi Allah di akhirat nanti?

Merewang-rewang di blog sahabat-sahabiah sebentar tadi, terbaca Ummi sebuah artikel yang amat menarik dan amatlah benarnya dari laman Ustaz Zaharuddin berkaitan cabaran mengekalkan kejayaan. Apa kata ustaz? "Erti kejayaan amat luas dan subjektif, sebagai umat Islam kita wajib melihatnya dari perspektif keagamaan terlebih dahulu sebelum tenggelam dengan takrifan dan definisi kejayaan dari kacamata kebendaan..." (sila habiskan bacaan di sini)

Setiap kali mendapat berita gembira dengan kejayaan anak-anak, setiap kali itulah juga Ummi teringat dengan ucapan Al-Fadhil Ustaz Khairuddin Aman Razali buat para ibubapa...

"Dalam kehidupan di dunia ini, tidak ada orang yang inginkan kecelakaan. Semua orang nakkan kebahagiaan. Antara cemerlang dan kecundang, semua orang inginkan kecemerlangan. Antara terbilang dan terkebelakang, semua orang nak jadi terbilang. Tiada siapa yang ingin kecundang dan tiada siapa yang ingin terkebelakang. Semua orang nak berjaya. Tetapi adakah kejayaan seseorang itu merupakan jaminan kebahagiaan? Dan apakah konsep kejayaan yang sebenarnya di dalam Islam?..." (baca lagi...)

Apa selalunya pesanan Ummi Abi pada anak-anak?

"Allah tak nilai apa yang kita capai tapi yang Allah nilai adalah apa yang kita usahakan. Sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan? Tanya hati dan diri kita sendiri. Adakah kita sudah cukup berpuas hati dengan apa yang kita usahakan sehingga Allah boleh iktirafkan yang kita ini cemerlang di sisiNya? Ummi dan Abi lebih berbangga jika sekiranya anak-anak Ummi dan Abi cemerlang di sisi Allah, bukan cemerlang hanya pada pandangan ukuran dunia!"

Ingat lagi apa yang Ummi tulis di sini?

"Adik-adik dapat nombor berapa periksa baru-baru ni, Ummi?" Tanya Along di corong telefon.

"Adik-adik? Alhamdulillah. Kakak dapat nombor 1, Aisyahpun dapat nombor 1."

"Wah! Hebat ngat adik-adik Along!"

"He,he,he...hebat macam abang-abangnyalah. Abang-abang diapun hebat, tapi saja tak nak tunjuk, kan?"

"Hihihihi...memanglah Ummi. Abang-abangnya ni kan tawaddhuk!"

Alamak, hancus! Macamana pulak si Along ni guna istilah tawaddhuk kat sini pulak..huwaaa...:confused:

Buat kedua-dua anak teruna Ummi..tahniah tak terhingga juga dari Ummi dan Abi atas keputusan peperiksaan baru-baru ini. Ramai yang tanya Ummi, "Anak-anak doktor ni, dah besar nanti mesti jadi doktor jugak, kan?" He,he,he..semestinyakah begitu?

Nak tau apa aliran yang dipilih anak-anak lelaki Ummi?

Alhamdulillah. Setakat ini kedua-duanya lebih cenderung untuk memilih bidang agama. Apakah mungkin Ummi telah keliru di antara menjadikan anak-anak Ummi beragama dengan menjadikan mereka orang agama? Mudah-mudahan tidak. Entah kali ke berapa Ummi membaca, menghayati dan merenungi apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hasrizal (Saiful Islam) dalam artikelnya yang bertajuk 'Antara Orang Agama Dan Orang Beragama'. Jazakumullahu khairan kathira buat Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharuddin atas segala limpahan ilmu yang berkat...!

Buat Along dan Angah: Keberadaan dirimu di bumi anbiya' nanti, manfaatkanlah sepenuhnya buat mencari ilmu. Ummi dan Abi sanggup membanting tulang siang dan malam untuk melihat suatu hari nanti Along dan Angah pulang sebagai ulama, bukan sebagai penyemak. Pemergian kalian ke sana adalah untuk belajar, belajar dan belajar. Bukan untuk bermain atau main-main! (rujuk artikel Ustaz Zaharuddin di sini).

Sungguh! Terharu dan sebak sekali hati Ummi membaca keperitan yang dilalui oleh Ustaz Zaharuddin dalam mencari sekelumit ilmu. Kalau orang lain yang ghairah mencari ilmu tetapi terhalang dek kerana tekanan kewangan, amatlah rugi dan malangnya bagi kita yang dikurniakan Allah kedua ibu bapa yang masih mampu menyediakan itu dan ini, tetapi tidak menggunakan segala kemudahan yang ada untuk menggarap ilmu semaksimum mungkin!

Meminjam kata-kata Saifulislam.com : "Ayah dan ibu manakah yang tidak mahu melihat anaknya mendalam pengetahuan dan penghayatannya terhadap agama? Segala kepedihan, cabaran dan pengorbanan selama membesarkan anak, terasa berbaloi dan berbayar kembali tatkala si anak merendangkan seisi keluarga di bawah teduhan agama..."

"Ya Allah, kurniakanlah buatku anak-anak generasi keturunan yang soleh dan solehah, penyejuk matahati dan pejuang di jalanMu ya Allah..."

*************************************************************************************

Sabtu, 28 Mac 2009

25 Rawatan Untuk Pesakit: Siri 18

Assalamualaikum

http://websitifatimah.files.wordpress.com/2009/01/air-sakit.jpg

Kita tidak digalakkan merungut dalam sesuatu perkara yang menimpa. Rungutan wujud apabila kita kehilangan hak manfaat yang dikecap sebelumnya. Kita belum menunaikan hak kita kepada Tuhan. Oleh itu kita sepatutnya berbuat demikian dengan bersyukur kepadaNya.

Kadangkala kita juga merungut pada sesuatu yang batil, seolah-olah kita benar dalam tindakan itu. Kita tidak berhak merungut dengan melihat kepada orang yang lebih sihat daripada kita, sepatutnya kita melihat kepada orang yang lebih lemah dan lebih teruk sakit yang dialaminya daripada kita.

Kita sebenarnya ditugaskan supaya selalu dan banyakkan bersyukur. Sekiranya tangan kita patah, kita perlu melihat kepada tangan yang terpaksa dipotong. Sekiranya kita hanya memiliki sebelah mata sahaja, kita perlu melihat kepada mereka yang kehilangan kedua-dua belah mata. Ini adalah supaya kita bersyukur kepada Tuhan.

Apabila seseorang itu dilimpahi dengan kenikmatan, dia tidak berhak melihat orang yang lebih baik kedudukannya. Kerana ini menambahkan lagi rungutan dalam dirinya. Dan sekiranya ditimpa bencana, seseorang itu mesti melihat kepada orang yang lebih teruk ditimpa bencana. Dengan berbuat demikian, mereka lebih bersyukur dengan apa yang mereka peroleh. Rahsia ini dijelaskan dalam sebahagian risalah yang lain.

Contohnya seperti berikut, “Seorang lelaki memimpin tangan seorang miskin menaiki sebuah menara sehingga ke puncaknya. Lelaki itu memberikan hadiah kepada si miskin pada setiap tingkat menara. Akhirnya ketika sampai di puncak menara, lelaki itu memberikan hadiah yang besar dan berharga kepada si miskin itu.”

Menurut risalah itu lagi, “Sepatutnya lelaki miskin itu mengucapkan terimakasih kerana pelbagai jenis hadiah yang diberikan kepadanya. Sama ada dia lupa pada segala hadiah yang diterimanya di setiap tingkat menara ataupun dia menganggapnya tidak bernilai, lalu dia tidak berterima kasih kerana dia melihat kepada orang yang lebih tinggi darjatnya daripada dirinya.”

Seterusnya lelaki miskin itu berkata dan merungut, “Sekiranya menara ini lebih tinggi, pasti saya boleh mencapai darjat yang lebih tinggi. Kenapa ketinggian menara ini tidak sama dengan bukit di sana ataupun menara di sebelah?”

Sekiranya lelaki miskin tadi merungut sedemikian rupa, sememangnya dia memperolehi kekufuran nikmat dan hak yang melampau.

Demikian juga halnya dengan keadaan manusia yang datang ke dunia ini daripada ‘ketiadaan’, dengan menjadi muslim yang banyak memperoleh segala jenis nikmat kesihatan serta dapat mengecap darjat kenikmatan yang tinggi. Meskipun begitu dia tetap merungut tidak kira sama ada ketika ditimpa penyakit ataupun kerana dia sendiri yang mensia-siakan nikmat yang diperoleh disebabkan kesalahan sendiri.

Dia dikurniakan nikmat tetapi dia tidak menggunakannya dengan baik. Dia juga dikurniakan nikmat, tetapi dia tidak mampu mencapai nikmat itu. Ini menyebabkan dia berkata, “Apakah yang sudah aku lakukan, sehingga berlaku kepadaku apa yang berlaku?”

Dia berkata demikian dalam keadaan yang mengkritik rububiyyah dan uluhiyyah Tuhan. Keadaan ini menggambarkan kesakitan yang sebenar dan musibah yang lebih besar daripada penyakit dan musibah yang dialaminya. Dia sebenarnya menambahkan sakitnya dengan rungutan itu, contohnya seperti seseorang yang memasuki pertandingan gusti sedangkan tangannya tercedera.

Tetapi orang yang berakal sentiasa mengingati kata-kata Tuhan yang etrkandung di dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 156 yang bererti, “Apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Tuhan dan kepadanya jua kami kembali.”

Lalu dia menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan dalam keadaan sabar sehingga penyakit itu berakhir dan menjalankan tugas seterusnya.

- Risalah atau wasiat ini ditulis oleh pemimpin agama, Badiuzzaman Said Nursi (1876-1960) - Petikan daripada buku 'Berita Gembira Buat Pesakit & Doktor'

*************************************************************************************

Isnin, 23 Mac 2009

Gempar: PPSMI - Inilah Bahananya...!

Assalamualaikum.

Rupanya bukan setakat murid dan ibubapa yang keliru apabila PPSMI mula diperkenalkan tetapi kakitangan Jabatan Pendidikanpun keliru! Tak percaya? Tengok aja bukti terbaru di bawah ini!


Ini adalan soalan OTI 1 Tahun 4, 2009. Orang pendidikan yang sediakan soalanpun boleh keliru dengan maksud decreasing? Soalan dalam bahasa inggerisnya 'decreasing' tetapi diterjemahkan dalam bahasa melayunya 'bertambah'!

Maka bertanyalah si murid kepada guru sewaktu peperiksaan sedang berjalan;

"Cikgu! Nak pakai soalan yang mana satu ni? Yang inggerisnya tanya kalau saiz haiwan berkurang (decreasing). Yang melayunya tanya kalau saiz haiwan bertambah?"

Jawab cikgu;

"Ohh..pakai je soalan melayu tu..kalau saiz haiwan bertambah!"

Maka menjawablah si murid dengan penuh yakin akan jawapannya.

Rupanya bila kertas disemak, cikgu yang memeriksa mengambil kira soalan yang berbahasa inggerisnya pulak! Tak ke haru?

Itulah bahananya kalau PPSMI masih nak dipertahankan. Dari yang kecik sampai yang besarpun keliru!

Siapa yang menyediakan soalan? Tu hah...



Orang Jabatan Pelajaran juga yang sediakan! Nak salahkan siapa lagi?

Inilah bahananya kalau sistem lahir dari fikiran pemimpin yang keliru, maka natijahnya akan lahirlah pembuat dasar yang keliru, jabatan yang keliru, guru-guru yang keliru, murid-murid yang keliru...memang hancus dan haru-biru!!!

*************************************************************************************

Berjayakah Atiqah...? Jeng,Jeng,Jeng...

Assalamualaikum.

Jeng...jeng...jeng...berjayakah Atiqah melepasi hari pertama persekolahannya?

Tepat jam 12.25 tengah hari, staff klinik memperingatkan Ummi, "Dekat 12.30 dah doktor. Kang, doktor dok ingat nak ambik Atiqah tu..." He,he. Dah tua-tua ni, selalu kena pesan kat staff klinik supaya peringatkan doktor itu dan ini agar tak lupa.

Menumpang semangat Atiqah tadi pagi (ni slang Indon pulak), maka Ummipun dengan cepat melangkah ke sekolah Atiqah yang berjarak lebihkurang 100 meter dari Klinik Ummi.

Sesampainya Ummi di sekolah...

Hari Pertama Persekolahan:



Tu dia! Atiqah masih berdiri gagah penuh semangat walaupun beg miow nya dah terkulai keletihan! Kih,kih,kih...



Kata cikgu : "Dr Ummi tak payah risaulah. Atiqah tak de apapun. Macam dah lama sekolah je!" Tengok! Nampak lebih confident dari kawan-kawan yang dah lama sekolah kat situ??? Huhuhu...



Confident punya pasal, Ummi tambah lagi sepasang baju sekolah untuk Atiqah! Sebelum ni nak beli lebihpun takut tak menjadi...hihi...



Bergaya dengan rakan-rakan barunya...



Ramai pulak yang nak berkenalan dengan Atiqah. Wah! Dah jadi famous pulak anak Ummi ni..



Atiqah bersama pembantu PASTI...

Balik dari sekolah, Atiqah dapat hadiah pulak RM10 dari Abi! Bukan apa, awal pagi tadi Abi cakap kat Ummi: "Kalau betul Atiqah boleh stay tak nangis kat sekolah hari ni, Abi kasi RM10". He,he,he...Abipun tak confident kat Atiqah rupanya! Tengok-tengok, betul le Atiqah ni lain dari yang lain. RM10 Abi dah melayang. Tapi tak pe...melayang untuk anak tersayang...

Setibanya kakak-kakak dia dari sekolah, Atiqah apa lagi. "Kakak!...Kak Aisyah! Cepat bukak komputer! Tengok gambar Atiqah sekolah kat blog Ummi!" MasyaAllah...Tak sabar-sabar dia...huhu...

Hari Ke-2 Persekolahan:



Atiqah dah pandai berdikari. Ingatkan tadi kakak dia yang duk pakai kasut. Rupanya Atiqah!



Kelmarin Ummi cakap, "Esok Atiqah pakai selipar jelah ya. Kawan-kawan Atiqah semua pakai selipar je gi sekolah. Senang sikit pakai selipar." Nak tau apa kakak-kakak dia cakap? "Atiqah pakai kasutlah. Kalau pakai selipar tak boleh pakai stokin. Nanti nampak aurat! Kawan-kawan Atiqah Kak Aisyah tengok gambar tu semua tak tutup aurat. Atiqah jangan tak tutup aurat pulak!" Subhanallah. Ummi pulak yang 'termalu' sendiri..kweng,kweng,kweng. Kak Aisyah siap pinjamkan stokin dia yang baru dibeli untuk Atiqah pakai!



Melangkah penuh semangat dan penuh dedikasi...



'Satu hari nanti, aku pasti jadi orang yang terhebat antara yang hebat!'...agaknya itukah yang difikirkan Atiqah?



'Smile for you Ummi'...he,he. Tak habis-habis Ummi duk tangkap gambar dari kelmarin. Siap cikgu PASTI tanya: "Dr Ummi nak buat masuk Sinar Harian ke?" Kih,kih,kih...

Semoga dirimu menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dunia dan akhirat, wahai anak-anakku tercinta...

*************************************************************************************

Ahad, 22 Mac 2009

Mampukah Atiqah...?

Assalamualaikum.

Ummi telah didakwa! Siapa yang mendakwa Ummi? Tak lain tak bukan, anak Ummi sendiri, Atiqah Maisarah.

Tahun ini umur Atiqah 5 tahun. Serik dengan kegagalan Ummi menghantar abang-abang dan kakak-kakaknya ke sekolah pada usia 5 tahun, maka Ummi dan Abi mengambil keputusan untuk menunggu Atiqah sehingga umur 6 tahun, barulah hantar ke sekolah.

Apa tak seriknya, pada usia 5 tahun, abang-abang dan kakak-kakaknya paling lama boleh bertahan hanya setakat 3 bulan. Lepas tu macam-macam alasan le yang terbit dari akal yang cerdik, sampai Ummi Abipun tak tahan mendengar alasan yang begitu canggih lagi manggih. Hihi...

Paling syoknya, Aisyah. Siap ukur kaki Ummi dan kaki dia. Bila tengok kaki Ummi lagi besar, maka spontan aja keluar alasan: "Hahhh..tengok! Kaki Aisyah kan kecik lagi dari kaki Ummi. Mana boleh sekolah lagi.Tunggulah kaki Aisyah besar dulu macam kaki Ummi.."

Maka, bila sampai giliran si anak bongsu, Ummi Abipun dah malas nak hantar awal. Ada tak ada, tunggu je le Atiqah 6 tahun. Tapi rupanya bila kita keep dia kat rumah, Atiqah pulak yang tuntut dakwa!

Kata Atiqah : "Ummiiii....Atiqah kata, hantar Atiqah sekolah! Kan Kak Ina sekolah dah. Atiqah tak sekolah-sekolahpun lagi. Eiiii Ummi ni..!!!" Siap cekak pinggang lagi dia. Waduh! Dahsyatnya arahan Atiqah. Ni tak boleh jadi ni...



Inilah Kak Ina, sepupu sepermainan Atiqah. Hanya sebulan lebih tua dari Atiqah. Kak Ina dah mula sekolah awal tahun ini. Tu le pasal Atiqah tuntut dakwa! Huhuhu...



Atiqah bersama Kak Ina yang memang pemalu. Pantang nampak Cek Su bukak kamera, terus disembunyikan kepalanya! He,he...



Tak tahan dengan 'tuntut dakwa' Atiqah, maka hari ini (22 Mac) Ummi Abi bersetuju hantar Atiqah ke sekolah. Kakak-kakaknya excited habis tengok adiknya pakai baju sekolah! Siap mintak Ummi ambik gambar pagi-pagi buta.



Wah! Biar betul Atiqah ni? Nampak confident habis!



Tak cukup posing depan, posing sisi pulak! Bukan apa, sebab tadi tak nampak beg sekolahnya...



Sampai di luar rumahpun, kakak-kakaknya masih duk bagi motivasi kat si-adik. Macam-macam pesanan! "Adik jangan nangis nanti bila Ummi Abi tinggal adik kat sekolah,ya." "Bibik tak tunggu adik tau! Kakakpun dulu macam tu juga. Adik nanti duduk dengan kawan dan cikgu je. Jangan nangis pulak." Bla, bla, bla, bla, bla....he,he...senang kerja Ummi. Dah ramai motivator untuk adiknya...



Fuh! Tengok pada wajahnya, ada harapan ni. Mudah-mudahan tak jadi macam kakaknya, tak sempat Ummi balik, dah tarik baju dan tudung Ummi nak ikut balikkkkkk! Huwaa....



Akhirnya sampai jua ke sekolah idaman Atiqah..PASTI Al-Mawaddah,Kg.Tok Ku! Sampai-sampai je, murid-murid tengah baca doa. Atiqah dengan selambanya melangkah masuk ke dalam dan beratur di depan sekali bersama-kawan-kawan barunya! Biar betul...?



Dan di saat Ummi melambaikan tangan untuk meninggalkannya, Atiqah menghadiahkan Ummi dan Abi sebuah senyuman yakin..'Saya Boleh'!



Oh Atiqah! Setengah jam lagi Ummi akan ke PASTI untuk mengambil Atiqah dan mendengar cerita Atiqah. Seronokkah dia atau menangiskah dia bila ditinggalkan? Mampukah Atiqah memecahkan rekod abang-abang dan kakak-kakaknya bersekolah seawal usia 5 tahun??? Huhuhu..tunggu dan lihat...!!!

*************************************************************************************

Selasa, 17 Mac 2009

Kakak Si Ulat Buku...

Assalamualaikum.

Kakak memang ulat buku! Apa je yang dia jumpa dia akan baca dan cuba memahamkannya. Tak kira buku itu sesuai atau tak sesuai untuk tahap umurnya. Ummi dan Abilah yang akan menjadi sasarannya untuk bertanya itu dan ini sampai dia faham. Fuh!

Dua tiga hari sebelum sekolah mula bercuti, Ummi teringat sesuatu…

“Alamak! Jumaat ni Abi nak ke Perak. Janji kat kakak nak belikan buku-buku novel untuk dibaca sepanjang cuti sekolah. Mana sempat nak beli ni.”

“Oh ya! Chik kan ada? Apa nak susah. Klik aja kat MariBaca Bookstore dan order aja buku yang diperlukan.” Bisik hati kecil Ummi.

Yes! Ummipun apa lagi. Hari tu jugak Ummi sms Chik nak order buku dan mintak Chik tengok email. Power tak power Chik punya service, hari ni Ummi order, esoknya dah sampai rumah! Caya lu…



Ni dia buku-buku dan CD yang Ummi order.



Punyalah melompat dan senang hatinya diaorang bila tengok novel yang berlambak tu. Siap posing lagi…

Buku-buku tu ummi terima petang Khamis (13/3/09) dan hari ini Selasa (17/3/09), kakak dah habis baca sebanyak 10 buah novel dalam masa 5 hari! Memang kakak dah ketagih novel. Cuma tinggal 3 buah sahaja lagi yang belum dibacanya sedangkan cuti masih ada 4 hari lagi. Huwaaa...

Ummi rasa lepas ni Ummi kena bukak kedai buku, lagi bagus! ‘Kedai Buku Kakak’ atau ‘Pustaka Kakak’! Amacam? He,he...



Lagu-lagu nasyid dalam CD Mukhlis dan 26 Koleksi Nasyid Kanak-Kanak tu pulak alahai memang best yang teramat!



Bukan setakat lagunya aja yang best, gambar-gambarnya pun cukup menarik dan menghiburkan. Siap ada karaoke lagi...



Sekali tonton je, esoknya tiga puteri Ummi dah boleh buat persembahan live kat depan mak ayah dia, sebijik sama macam tiga putera kartun ni persembahkan..hihihi...

Terimakasih Chik atas iklan dan service dari MariBaca Bookstore yang memang sangat-sangat berbaloi membelinya.


Aisyah yang selalunya puas disuruh kalau bab membaca nipun, nampaknya dah dapat semangat baru! He,he...Ketawa ni bukan apa. Tersenyum sendiri mengingatkan alasan Aisyah suatu hari tu bila disuruh membaca: "Ummi tau tak! Kakak kata, kalau kita baca buku banyak sangat, tak rehat-rehat, nanti mata kita boleh buta Ummi!" Kih,kih,kih...macam-macam alasan dia...



Inilah sebahagian daripada koleksi novel kakak, si ulat buku!

Memperkatakan mengenai ‘membaca’, suka Ummi paste sebahagian kata-kata dari tulisan Ust Nik Abduh...

Banyak membaca memang bagus! Anda tidak membaca anda jahil. Itu jawaban untuk manusia hari ini. Orang yang jahil sentiasa sukar memperolehi jawaban yang benar dalam kehidupan dunianya, apatah lagi untuk akhiratnya. Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca.

…Tetapi sedarkah kita bahawa faktor sukarnya memperolehi jawaban yang benar adalah juga kerana terlalu banyak membaca! Kenapa? Kerana jika anda membaca apa sahaja sedang anda gagal membina asas binaan diri yang kukuh, bacaan anda itu pasti akan memberati anda lalu ia menindih atau menggelincirkan anda sama sekali.

...Anda membaca itu dan ini, pandangan itu dan ini, jawaban itu dan ini. Akhirnya kepala anda jadi berat dan bersilang-silang. Anda gagal memilih mana satu pilihan yang tepat. Sebabnya anda tak tahu siapa anda sebenarnya. Anda belum membina diri sendiri sebelum menduduki binaan orang lain.

Memang benar…

…Allah berfirman, “Bacalah.” Tetapi tidakkah Dia juga menambah, “Dengan nama Tuhanmu.” Ertinya, sebagai seorang muslim, anda perlu membina diri sebagai seorang muslim yang tunduk pada kekuasaan dan keesaaanNya. Jika tidak, anda akan melampaui batas!

…Dalam surah yang sama (al-Alaq), Allah berfirman, “Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu pasti melampaui batas tatkala mendapati dirinya cukup!”

Orang alim yang banyak membaca egonya hebat. Dia rasa dia tahu itu dan ini. Soalnya, adakah itu yang Allah mahu daripada arahanNya agar hambaNya membaca? Tidakkan?

Membaca hendaklah dengan nama Allah, keranaNya dan untukNya. Allah berfirman lagi selepas itu, “Sesungguhnya kepada tuhanMulah tempat kembali.” Ubat mengelak takbur adalah menginsafi bahawa kepadaNyalah tempat kembali. KepadaNya kembali segala perkara.

Kebanyakan kita membaca sesuka hati mengikut kehendak dan keseronokan diri. Ini tidak banyak membantu walaupun ia baik.

RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tidak tahu membaca. Apabila baginda disuruh membaca, baginda membaca dan bacaan awal dan akhirnya adalah al Quran. Baginda kemudian dikurniakan ilmu dan hikmat.

Al Quran penuh ilmu. Malangnya kebanyakan manusia seronok menimba ilmu yang bukan dari al Quran atau bersumberkan al Quran. Dia membaca tetapi dia jauh daripada al Quran. Apakah keyakinannya bahawa dia akan selamat daripada ego nafsunya nanti? Dia mungkin berilmu tetapi ilmunya tidak bermanfaat bahkan merosakkannya.

Al Quran hidup di dada orang berilmu yang bertaqwa. Malangnya kita menjauhi buku-buku karangan ulama yang bertaqwa dan leka pula dengan buku-buku yang penulisnya tiada bukti dan petunjuk taqwa. Kepala dan otak kita dipenuhi pandangan dan jawaban daripada mereka yang kering keinsafan dan kontang rasa takut pada tuhan mereka.

Akhirnya kita gagal memperolehi jawaban yang benar yang menenangkan hati kita yang ingin tunduk pada kebenaran sebagai seorang muslim.

Jangan hentikan bacaan anda sekarang, sebaliknya teruskanlah bacaan anda di siniSELAMAT MEMBACA!

*************************************************************************************

Ahad, 15 Mac 2009

Darling Pi, Maling Mai...!

Assalamualaikum.

Darling? Siapa darling tu? Ha,ha,ha…Saja kasi gempaq. Siapa lagi kalau bukan suamiku tercinta. Maling pulak? Maling tu kan dari perkataan Indonesia yang maksudnya pencuri. Jadi apa yang Ummi nak cerita hari ni adalah kisah rumah Ummi didatangi pencuri sewaktu ketiadaan Abi..! Huwaaa….


Malam Jumaat, Abi bertolak ke Perak demi sebuah perjuangan. Maka tinggallah Ummi bersama 3 puteri dan seorang bibik. Keesokan paginya, selepas solat subuh berjemaah dan selesai mambaca ma’thurat bersama puteri-puteri Ummi, terdengar panggilan dari luar bilik…

“Buk…” Perlahan aja panggilan dari bibik sampai Ummi hampir tak perasan..

“Buk…” Lagi sekali bibik memanggil…

“Ya bik! Ada apa?” Sahut Ummi.

“Sini buk…” Cemas suara bibik kedengarannya.

Cepat-cepat Ummi keluar dari bilik…

“Kenapa bik?”

“Rumah kita kemalingan atau apa buk? Sini buk, ikut bibik..”

“Biar betul bik!”

“Iya buk. Ibuk lihat sendiri…”

Pantas Ummi mengekori bibik. Sampai di tingkat bawah…


Sah! Tingkap cermin dapur terbuka luas dan salah satu cerminnya pecah serta kasut berterabur akibat raknya yang dah tunggang-langgang…! Innalillahi wainna ilaihiraaji’un…

Walau apapun, Alhamdulillah si-pencuri tak berjaya masuk dengan izin Allah dan tiada kehilangan barang dilaporkan :glad:.


“Tapi buk, gimana si maling tu keluarkan beg sama buku kakak ini? Pintu semua masih elok berkonci, jeriji tingkappun ngak ada yang rosak. Bingung bibik!”
Tanya bibik, masih kehairanan.


“Tu hah bik! Galah panjang lagi dia guna, siap dengan cangkuk besinya! Dah tak dapat masuk, dijoloknya apa-apa je yang boleh dicapai…”


“Kurang asam punya maling! Pokok ubikayu kita jugak yang dijadikan alatan mencuri. Sempat lagi dikikis daun ubi dari batangnya kat belakang kereta kita tu!”

Nasib le beg kakak tu je yang dapat dicapai. Bukak punya pukak… "Mak oi! Baju sembahyang dengan dictionary je yang ada?" Kik,kik,kik,,, ‘Wahai Si Maling…Itulah seruan untukmu agar kamu mengerjakan solat (baju sembahyang) dan mencari ilmu (dictionary)..’ Kan,kan,kan?

Begitulah ceritanya…

Rupanya jiran selang sebuah rumahpun kemalingan (kecurian le tu). Dengarnya, banyak juga dia kehilangan duit, termasuk dua telefon bimbit…

Kejadian ini kembali menginsafkan Ummi...Sesungguhnya selain dari pertahanan keselamatan, usah kita lupa kepada doa perlindungan dari Dia Yang Maha Pelindung…

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

(http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=600&Itemid=72)

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sahih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya :

"Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apapun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doanya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya :

Nabi bertanya : Kena apakah kamu ? Lelaki itu berkata : Aku disengat kala. Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang "Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya :

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Doa-doa ini juga merupakan sebahagian daripada doa-doa ma’thurat. Semoga dapat sama-sama kita mengamalkannya untuk perlindungan diri dan keluarga, InsyaAllah…

*************************************************************************************