Khamis, 2 Julai 2009

"Saya Gugur Lagi, Doktor!"

Assalamualaikum.

Hai, akhir-akhir ini ramai betul pesakit Ummi yang datang kerana masalah keguguran. Sesetengah tu dah berulangkali keguguran, sampai langsung tidak ada kandungan yang bertahan walaupun dah disahkan hamil setiap tahun! Banyak persoalan yang dikemukan kepada Ummi.

“Doktor, kenapa saya selalu keguguran?”

“Doktor, apa sebab janin saya tak dapat bertahan?’


“Doktor, apa yang patut saya lakukan agar kandungan saya tidak gugur?’


“Doktor, saya keguguran ni berpunca dari makanan ke?”


“Doktor, ada harapan lagi ke untuk saya hamil selepas ini?”


“Doktor, berapa lama saya boleh hamil semula selepas keguguran?


“Doktor, boleh tak kalau saya tak nak cuci?”


Fuh! Macam-macam bentuk soalan. Ingat senang apa jadi doktor? Itu pasal setiap hari para doktor ni bila datang kerja kena dalam keadaan sentiasa bersedia serta sihat badan, akal dan fikiran. Cuba bayangkan kalau doktor tengah sakit kepala, atau demam, atau apa-apa sahaja gangguan kesihatan, tiba-tiba diajukan seribu satu persoalan sedemikian. Kalau seorang dua pesakit aja yang banyak tanya, okaylah juga. Dibuatnya 20 pesakit yang datang semua jenis banyak bertanya? Mau menjerit sorang-sorang doktor tu nanti…he,he. Ummi tak pernah sampai ke peringkat jerit sorang-sorang lagi tau!

Nak Ummi jawab soalan-soalan di atas? Ni Ummi quote satu soalan yang diajukan kepada doktor pakar kita, Dr Hamid Arsyat berkaitan keguguran…

KEGUGURAN

Soalan

Saya berumur 28 tahun, mempunyai anak yang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Baru-baru ini saya keguguran ketika usia kandungan saya 3 bulan. Doktor yang merawat saya menyatakan jenis keguguran itu sebagai "miss abortion". Boleh doktor terangkan apakah itu miss abortion? Saya bercadang untuk mengandung lagi. Perlukah saya berehat dahulu beberapa bulan sebelum saya boleh kembali hamil?

Jawapan

Tentang missed-abortion ini, ia adalah satu jenis keguguran yang berlaku secara spontan. Biasanya keguguran mungkin disebabkan oleh baka atau kromosom yang agak luar biasa pada janin. Oleh itu ia tidak boleh membesar dan berkembang seperti biasa. Mungkin juga ia disebabkan oleh faktor yang lain seperti kurang hormon atau jangkitan kuman yang terus merosakkan janin. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada keguguran ini kita tidak tahu apa puncanya.

Missed abortion atau miscarriage ialah satu rangkai kata yang bererti bahawa keguguran ini berlaku secara spontan dan kehamilan tidak boleh diteruskan, serta rahim perlu dicuci (D&C) untuk membersihkan dari tisu dan darah dalam kandungan.

Kebanyakan wanita akan mengalami satu atau dua kali keguguran dalam hidup mereka dan ini jarang menjejaskan kesuburan mereka di masa hadapan. Tetapi jika ia berulangkali berlaku dan berturut-turut tiga kali atau lebih, ini merupakan satu masalah yang perlu disiasat dengan lebih lanjut lagi bagi mengesan apa puncanya dan rawatan sewajar perlu diberikan.

Bagi puan, eloklah :

1. Rehat selama tiga bulan (jangan hamil dulu…)

2. Dalam masa tiga bulan ini makanlah makanan yang baik, berkhasiat dan seimbang


3. Tenangkan fikiran


4. Banyakkan ibadah dan berdoa kepada Allah


5. Makan multivitamin dan folik asid secara terus menerus untuk mencegah daripada kecacatan janin


6. Jangan lupa setiap malam sebelum tidur bacalah surah Al-Fatehah dan ayat Al-Qursi


7. Juga jangan lupa membaca doa sebelum melakukan persetubuhan


8. Apabila mengandung di peringkat awal jumpalah dengan doktor pakar kebidanan untuk mendapatkan rawatan sokongan bagi mencegah berlakunya keguguran yang berulangkali.

Jenis-Jenis Keguguran

1. Threatened Abortion :

Ini mungkin hanya ancaman sahaja (threatened abortion). Sebenarnya janin masih hidup dan boleh membesar lagi. Pendarahan berlaku mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekanan fisikal dan mental, faktor kekurangan hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim. Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran.

2. Missed Abortion :

Keguguran jenis ini boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar sebagai missed abortion. Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung. Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi. Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.

3. Complete Abortion :

Keguguran juga mungkin telah berlaku dengan sepenuhnya (complete abortion) di mana segala isi kandungan, uri dan janinnya telah keluar keseluruhannya daripada rahim. Biasanya pesakit akan merasai kesakitan yang amat sangat dan akan melihat ketulan darah dan tisu yang keluar daripada kemaluannya. Apabila dibuat pemeriksaan ultrasound scanning, rahim telah menjadi kosong daripada sisa-sisa kandungan.

4. Incomplete Abortion :

Keguguran juga mungkin tidak sempurna (incomplete abortion) di mana sebahagian sahaja daripada tisu kandungan telah keluar dan sebahagiannya tertinggal dalam rahim. Ini boleh disahkan melalui ultrasound scanning dan dalam keadaan ini biasanya rahim perlu dibersihkan melalui tatacara D & C.

You got something? Daaa….jumpa lagi...he,he…banyak ayat rock pulak dah akhir-akhir ni. Dah mula nak ‘buang tabiat’. Betullah tu! Memang patut dibuangpun tabiat yang tak elok…kan,kan? Ha,ha…

Wassalam.

Rujukan : http://www.hamidarshat.com/

*************************************************************************************

21 ulasan:

Ummu Mishkah berkata...

salam..
info yg banyak membantu!
memang patut wanita tahu apasal semua ni.. :)

Aloy Paradoks berkata...

or jadi mcm tu kisahnya

An berkata...

lelaki pun patut baca...tak rugi dpt ilmu lebih.

hehe tapi saya bujang lagi..

About Anything berkata...

ummie...sya ngh pregnant 2bln 2minggu,xde pndrhn skit pun tpi smlm sya wat scan kt klinik srmban..dokter kta xnampk jnin ade kntung jew...dier soh dtg lg 2 minggu...sya gugur da kew??sya sdey n tkot sgt3....ni mgkin 1st baby sya klu xjd pape....tolong la sya ummie...

nanacaterer berkata...

nana..
salam ummie...
pd p'tghan bln 5 yg lalu sy disahkan hamil ttp sy keguguran seminggu sblm raya dan tlh melakukan D&C pd 14/8/2012.persoalan sy,dr tarikh sy melakukan D&C hga ke hari ini,sy masih x dtg bln.kdg2 sy jd stress krn fkrkn pkra ini.slps keguguran sy ada b'sama suami spt biasa.skrg ni,bwh perut sy kdg2 rasa sakit/sengal..dan yg t'baru ada 1 hari tu ms sy tgh ddk,tb2 rs b'denyut di bwh prt.juga kdg2 rs b'denyut di payudara sy.

Tanpa Nama berkata...

Salam puan, saya jg mengalami mslh yg sama. Usia kandungan 12 mggu, doc scan x nampak janin, xde denyutan jantung. Tp xde tindakan ape2 yg doc buat. Pd usia 13 mggu, sy bleeding n keguguran. Sy ke hosp columbia Asia Seremban, doc disana bgtau sepatutnya doc yg scan sy pd mggu ke 12 dh ambil tindakan sbb baby sy mmg xde, x jd pun. Sy bkn menyalahkan gov hosp, tp sy kecewa knp doc di gov hosp x ambil ape2 tindakan.

nazyrah berkata...

Salam puan.sy mnglmi mslh sama..sy prgnt 13weeks skrg..ptg smlm g hospitl scn doc ckp bby xda dgupn jntung n bby kecik sgt dri weeksnya..dia suh sy blik n bg bby tu trun sdri scra normal n bg appoinmntv2 weeks lg.ok k g2.ker brbhaya.sy pg hospital gov jgk.

noor berkata...

Assalamualaikum puan.
Pagi tadi saya telah berjumpa dgn doktor sebab ada bleeding. Saya dah 7 minggu hamil. Doktor scan didapati janin masih ada dalam rahim. Saya telah diberi mc 2 hari. Balik rumah saya rehat dan tidur. Pkl 3 ptg apabila saya bangun untuk kencing saya dapati ada 1 ketulan yg agak besar telah keluar dan darah keluar semakin banyak dan berketul2. Adakah saya sdh mengalami keguguran? Apakah yg perlu saya buat adakah saya perlu berjumpa dgn doktor semula? Terima kasih puan.....

Klinik Ummi berkata...

Wkmslm. Kemungkinan Puan Noor dah gugur tu tapi perlu disahkan melalui ujian ultrasound juga. Elok puan jumpa dr lagi. InsyaAllah tak perlu risau. Biasa kes keguguran macam ni puan. InsyaAllah ada hikmahnya :-)

Klinik Ummi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
noor berkata...

Terima kasih puan atas maklumbalas puan....
Pagi ni saya telah berjumpa dgn doktor pakar sakit puan. Setelah ultrasound dibuat didapati saya telah complete abortion. Apakah yang perlu saya lakukan jika ingin hamil lagi dlm tempoh yg terdekat? Berapa lamakah tempoh yg sesuai utk saya memulihkan rahim dan badan saya supaya benar2 bersedia untuk hamil semula. Doktor juga menyarankan saya mengambil premaston dan folic acid utk persediaan mengandung.
Terima kasih puan.

Unknown berkata...

Assalamualaikum puan.
Agak lama nak bertanya soalan dari tarikh akhir artikel puan ditulis... maaf...
Saya mohon pencerahan dari puan, selepas doktor sahkan completed abortion perlu atau tidak kita scan sekali lagi?

terima kasih..

Klinik Ummi berkata...

Secara teorinya, kalau dah complete abortion tak perlu dah lagi scan tapi utk lebih memuaskan hati, tak ada salahnya juga kalau puan nak repeat scan. Scan tidak memberikan kesan mudarat kepada tubuh.

Klinik Ummi berkata...

Secara teorinya, kalau dah complete abortion tak perlu dah lagi scan tapi utk lebih memuaskan hati, tak ada salahnya juga kalau puan nak repeat scan. Scan tidak memberikan kesan mudarat kepada tubuh.

Klinik Ummi berkata...

Secara teorinya, kalau dah complete abortion tak perlu dah lagi scan tapi utk lebih memuaskan hati, tak ada salahnya juga kalau puan nak repeat scan. Scan tidak memberikan kesan mudarat kepada tubuh.

Klinik Ummi berkata...

Wkmslm.

Secara teorinya, kalau dah complete abortion tak perlu dah lagi scan tapi utk lebih memuaskan hati, tak ada salahnya juga kalau puan nak repeat scan. Scan tidak memberikan kesan mudarat kepada tubuh.

Klinik Ummi berkata...

Wkmslm.

Secara teorinya, kalau dah complete abortion tak perlu dah lagi scan tapi utk lebih memuaskan hati, tak ada salahnya juga kalau puan nak repeat scan. Scan tidak memberikan kesan mudarat kepada tubuh.

Klinik Ummi berkata...

Wkmslm.

Secara teorinya, kalau dah complete abortion tak perlu dah lagi scan tapi utk lebih memuaskan hati, tak ada salahnya juga kalau puan nak repeat scan. Scan tidak memberikan kesan mudarat kepada tubuh.

Tanpa Nama berkata...

bolehkah seseorang yg pernah melakukan pengguguran dan telah disahkan tidak boleh mengandung lagi kini ingin mengandung semula.. ada tak kaedah yg boleh digunakan utk membolehkan seseorang tu mengandung semula walaupon telah disahkan tidak boleh mengandung semula

Unknown berkata...

Alhamdulillah. Terima kasih atas pencerahan puan.
Sangat menghargainya.

Moga dalam lindungan Allah sentiasa. Wassalam.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Klau ikut trikh lmp kandungan saya dah 8-9mggu. Tp dr 22.5 saya keluar darah coklat spot2. Sehinggalah 30hb sy tetiba bleeding byk dan keluar ketul. Bila g cek doc n scan sy didiagnosekn dgn miss abortion. Dpt mc 2hri dan tca lg 2mggu. Tp esoknye saya bleeding balik tp keluar clot2 kcil brwrna hitam. Soalan sy perlu ke saya brjumpa doc ataupn hanya tunggu tca tersebut?