Ahad, 19 Julai 2009

Seronoknya Bertamrin!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah sekian lama tak mengikuti program tamrin, baru kali ini berpeluang kembali merasakan kemanisannya. Bayangkan, kali terakhir mengikuti tamrin adalah semasa di kampus universiti! Punyalah lamanya tak digilap hati ini dengan tarbiyyah berbentuk tamrin.

Betullah kata tok guru...kalau kita tak bersedia ditarbiyyah, maka kita akan sentiasa beralasan. Semasa di universiti alasan sibuk belajar kononnya. Bila dah keluar universiti, alasan sibuk bekerja pulak. Bila dah kerja, masih beralasan sibuk dengan urusan nak berumahtangga. Dah berumahtangga, sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan anak, sibuk dengan cucu, sibuk dengan cicit...sudahnya ke lubang kuburlah pula kita. Maka apa pula alasan yang nak kita kemukakan kepada malaikat mungkar dan nangkir?

Sungguh tarikh 16 & 17 Julai baru-baru ini kembali mengingatkan Ummi kemanisan bertamrin sewaktu di alam kampus dahulu. Tamrin bukan sekadar majlis untuk menadah ilmu, malah di sini kita kembali memupuk ukhuwwah sesama sahabat. Taaruf bersama, tidur bersama, makan bersama, berbincang bersama, bermain bersama...subhanallah...sungguh ianya meninggalkan kesan dan cakna yang mendalam. Tahniah tak terhingga buat PAS Cawangan Tok Ku yang telah berjaya merealisasikan Tamrin Qiadi ini dengan jayanya!

Selepas maghrib, kami berkumpul bersama di dewan tingkat 3, Madrasah Al-Ansar di Basong. Jazakallahu khairan kathira buat Ustaz Kamaruzaman Abdullah yang telah sudi menumpangkan kami bertamrin di madrasah yang cukup selesa dan menyenangkan.

Along dan Angah turut dibawa mengikuti tamrin sebagai latihan asas buat mereka. Program-program sebeginilah yang akan membantu dalam membina pemantapan iman dan kekuatan jiwa.

Abi tak habis-habis dengan tugas teknikalnya menyediakan alat pandang-dengar. Jangan risau Abi, besar pahalanya tu..he,he...

Ummi bersama sahabat-sahabiah. Sungguh mantap sekali dua pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman pada malam pertama.

Keesokannya, selepas bertahajjud, berkuliah subuh dan bersarapan, sekali lagi kami berkumpul bersama untuk aktiviti bengkel. Kali ini di lokasi yang ditunggu-tunggu semenjak sekian lama - di pinggir jeram Basong! Kumpulan bengkel mula dibentuk dan disusun...

Sedang membahagikan kumpulan, 'durian runtuh' pulak sampai! Hihihi....yang ini untuk aktiviti sukaneka sebentar lagi.

Abi mengetuai kumpulan bengkelnya yang turut dianggotai oleh Along dan Angah.

Ummi dalam kumpulan yang diberi nama kumpulan 'durian power'! Haha..tu pasal taruk durian kat tengah-tengah. Baunya sungguh memberikan aroma yang mendatangkan ilham yang mencurah-curah...

Paling kanan adalah adik Awin dari oversea yang sedang bercuti untuk praktikal di Klinik Ummi. Hahaha..kat Klinik Ummipun ada buat praktikal ke? Bagus adik ni! Banyak idea yang dicurahkan untuk jemaah. Terimakasih Awin...caaaaayang Awin...mmmuah!

Yang paling tengah tu pulak, Adik Madihah, juga dari oversea hebat memberikan pandangan. Gabungan idea golongan muda dan golongan tua pastinya menghasilkan natijah yang cukup memberangsangkan!

Persembahan bengkel bermula. Along siap panjat bukit lagi nak ambik gambar ni...hahaha..memang beriya sungguh anak Ummi sorang ni.

Wah! Suami isteri ni satu kumpulan rupanya. Haaa...tengok! Kalau tadi gabungan idea dari golongan tua dan muda, yang ini gabungan kerjasama yang mantap dari suami dan isteri yang sefikrah!

Fulamak! Dengar adik Awin buat presentation, meremang bulu roma! Dahsyat wooo...terpegun kita orang. Inilah bakal serikandi muslimat, penegak al-haq...InsyaAllah.

Pesrta-peserta tamrin qiadi bergambar bersama sebagai kenang-kenangan. Bukan senang nak sampai sini...hampir 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu!

Selesai berbengkel, acara sukaneka pula dimulakan. Ini adalah acara larian padu. Abi bergabung bersama anak sulungnya, Ammar.

Alamak! Lama sangat nak selesaikan ikatan tadi, kan dah tertinggal tu..huhuhu...

Masih tak berputus-asa, kali ini gabungan Abi dan Along meneruskan acara dalam pertandingan lari membawa bola dengan perut! Hahaha...dah ler perut Abi tu dah ke depan. Nasib baiklah Along masih ada ruang rongga nak pegang bola kat perut..hihihi. Jangan main-main, acara ni Abi & Along berjaya menggondol tempat ke-2!

Acara mengisi air dalam botol menggunakan helaian kertas. Rupanya ada taktik tersembunyi yang akan memastikan kemenangan. Syyyhh..mana boleh cakap taktiknya kat sini...

Along bergabung dengan Angah pula untuk acara membawa api tanpa padam ke garisan penamat.

Betul-betul dah dekat nak sampai ke garisan penamat, api lilin yang Along bawa tu terpadam. Kantoi sungguh! Sabaq naa Along...hehe...

Pertandingan menyusun tin berdasarkan 'arabic number'. "Kali ini Angah mesti menang!"...itulah azam Angah.

"Abipun nak menang juga." Owhhh...Abi dah masuk grup lain kali ini.

Yes! Angah dan Along menang! Alhamdulillah...

Pertandingan paling berprestij! Hahaha..apa dia? Pertandingan makan durian paling banyak! Tengok Abi tu...belum apa-apa dah mengatasi orang lain. Memang 'hantu durian' sungguh! Hihi...

"Sedaplah pulak durian ni. MasyaAllah..." kata Abi. Hmm...dah tau sedap tu, makan cepat-cepat Abi.

"Walamak Ummi! Bestnya...!" Angah pulak duk tayang-tayang kesedapan dan kelazatan durian yang sedang dinikmati...aduyaiii...tak aci sungguh.

Rupanya bukan senang-senang nak tanding makan jer. Sebelum dapat makan, durian tu nak kena kopek dengan sudu dulu! Hah ngko...tak dapat-dapat bukak lagi si Along ni!

Sampai dah habis pertandingan, durian Along tak terbukak-bukakpun lagi! Kih,kih,kih...tergelak besar Abi! Lastly, pelahap durian Abi yang tak habis dimakan...

"Meh sini Abi bukakkan. Apalah Along ni..."

Hmmm...dah habis pertandingan, barulah muslimat tumpang semulut.

Muslimat dengan acara bowling kampung. Johan bowling kampung muslimat jatuh kepada adik Madihah dari oversea! Alamak...orang oversea pulak yang menang bowling kampung..hihi...

Hah tu dia! Sambil galas begpun boleh berbowling...

Akhirnya sampailah masanya untuk berendam di jeram! Dah lama Angah nak datang sini. Baru kali ini diizinkan Allah...Alhamdulillah...

Abi dan Angah bersama Syed Hassan, ketua cawangan Tok Ku yang disegani dan hebat sekali dalam menerajui kepimpinan!

Ni dia, snap canggih dari Along. Nampak begitu tenang dan damai sekali air yang mengalir...

Lagi snap dari Along...

Alamak! Kerengga nipun Along snap jugak? Tu dia! Marah sekali nampaknya kerengga ni pada Along yang snap tanpa kebenaran sebelum sempat ia berpakaian..kih,kih,kih...nampak aurat woi, kantoi!

Ummi bersama adik-adik angkat tersayang...

Dah penat main air,balik ke madrasah, nasi dah ready. Lauk kampung pulak tu. Best tak terkira! Siap dengan sayur dan kerabu kundur, ayam goreng, ikan selayang goreng bersambalkan cili tempoyak. Fulamak!

Akhirnya sampailah masanya ke sesi terakhir tamrin - resolusi dari wakil-wakil peserta dan pimpinan.

Walaupun perut dah kekenyangan dan badan keletihan, namun Alhamdulillah semangat bertamrin punya pasal, mata tetap segar tanpa gangguan kantuk.

Ditambah pula dengan semangat nak tunggu acara penyampaian hadiah sukaneka...he,he...

Kali ini Abi pula yang mempengerusikan majlis...

Along menerima hadiah untuk acara lari bawa bola dengan perut dan acara susun tin.

Angah menerima hadiah untuk acara susun tin.

Abi juga turut menerima hadiah untuk acara lari bawa bola dengan perut dan acara makan durian....johan lagi tu! Haha...

Tibalah ke saat akhir sebelum berpisah...sesi ceramah terakhir bertajuk 'Amanat Pejuang'. Kata ustaz "Bukanlah kita yang memulakan perjuangan. Kita hanyalah menyambung tugas Rasulullah saw yang diwajibkan ke atas kita, umat Muhammad saw. Dan kita juga bukanlah penyudah kepada perjuangan ini. Oleh kerana itu wajib bagi kita untuk meninggalkan benih penyambung kepada perjuangan ini..."

Sebelum majlis ditutup, sekali kali Abi memperingati majlis dengan ucapan dan amanat dari ustaz sebentar tadi ; "Usah kita penat dan usah kita berputus asa kerana barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi di kala rosaknya masyarakat, Allah akan memberikan ganjaran pahala 100 orang yang mati syahid kepadanya.." AllahuAkbar!

Majlis berakhir dengan acara penyampaian sumbangan untuk Madrasah Al Ansar...mudah-mudahan Al Ansar akan terus hidup dalam melahirkan kader-kader yang akan menegakkan agama Allah di mukabumi ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

*************************************************************************************

10 ulasan:

nasikerabupetro berkata...

MasyaAllah...

Bagusnya akak ngan A. Lan. Bawa Along ngan Angah gi tamrin sekali.
Midah-mudahan, merekalah penyambung perjuangan kita, amiin...

Thanks kak sebab upload gambar-gambar ni. Boleh la kitorang pulak berprogram kat Baasung nanti owkk?

Jumpa hujung minggu ni, insyaAllah.

Dr Amad berkata...

Nice shot along...utk bufday akan datang,ummi dah boleh bagi DSLR D90 Nikon...Boleh "ronggeng" dengan saya kat pantai...sunset dan sunrise

saffmukmin berkata...

alhmdlh,tamrin yg bgs..smg pemerkasaan bgn dpt sntsa dtrskan dlm jemaah PAS waima org sll kata kt kurang tarbiyyah..

smg dpt turut serta jg st hr nnt

p/s-minta kontek Dr Ummi.sy redhuan,ex-USMKK 2004/2008,biomed.akan keje di UMT 2 ogos ni..

Ummi berkata...

Ummi To Baity;
Lamanya tak dengar khabar berita dari Baity.Apasal sunyi jer blog dik?InsyaAllah kita jumpa Jumaat ni!

Ummi To Dr Amad;
Owhh..suka beronggeng dengan kamera juga ni ya.Wah!Ni cadangan yg bagus ni.Boleh masuk dlm senarai cadangan hadiah utk Along nanti.Thanks dik.Jzkkhair...

Ummi To Saffmukmin;
Ahlan wa sahlan ke bumi Trg,Dik Redhuan!Dah sampai sini jgn lupa contact Abg Lan-012-9212064!InsyaAllah,kita akan manfaatkan keberadaan Dik Redhuan sepanjang di bumi Trg...

Dr Faiz berkata...

Bestnya dpt buat aktiviti mcm ber tamrin ni kan Kak...

Teringin nak join...tapi kat sini tak dengar pun mana mana pihak yg buat...

Maybe kena berhijrah duk kat Tganu/Kelantan baru senang kot..hehehe..

Mommy Ummar berkata...

salam ummi,
thanks for sharing. nampak best aktiviti ni.
harap2 saya boley join jgk bila2 nnti.

saffmukmin berkata...

syukran Dr Ummi..wamarhaban bikum to terengganu:)

Sayyid Hasan berkata...

syukran kathira kerana mengabadikan kenangan manis tamrin qiadi diblog dr...tapi pujian jgn melambung sgt he..he..

Faridrashidi.Com berkata...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bagus sekali pengisiannya. Teruskan ya Ummi dan keluarga! Moga Islam membesar dengan keluarga dakwah.

Ummi berkata...

Dr Faiz,uihh..takkan sampai kena berhijrah kot?Hihi..sonang jer dik,kalau belum ada program sebegini,Faiz aja yang mulakan..mesti jadik punyer,InsyaAllah.

Ery Kumagai,you are welcome..

Saffmukmin,kami menunggu kedatanganmu...

Sayyid Hassan,tak der ler melambung sangat,memang dah kena pada tempatnya tu..he,he...

Ustaz Faridrasyidi,doakan kami ya...