Fuh! 3 hari 2 malam di Kelantan. Badan terasa amat penatnya namun hati cukup puas. Dapat menyumbangkan sesuatu untuk jihad di Manik Urai dan dapat pula bersama anak-anak untuk hari terakhir mereka di Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Al Furqan (PPIWF) sebelum bertolak ke Mesir pada hujung Ogos atau awal September nanti.




Sedang asyik Ummi mencari sesuatu di dalam beg, tiba-tiba terpana Ummi mendengar suara alunan nasyid yang sungguh merdu dan gemersik. Bila Ummi pandang ke hadapan..."Ya Allah! Anak Ummi rupanya!" Tak sangka Anas (Angah) punya suara yang begitu merdu! Dari kiri : Sofwan, Syakir Zufayri, Anas, Mohd Aqil dan Khairul Izzat.











Sebagaimana nasihat Luqman kepada anaknya, maka inilah juga nasihat Ummi dan Abi buat anak-anak tercinta ;
- Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama', kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmah seperti menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
- Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
- Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
- Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang telah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
- Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
- Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah-lembut melainkan ketika perang dan saudara-maranya melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
- Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
Firman Allah SWT :
"(Luqman berkata) Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
(Luqman : 18-19)
*************************************************************************************
"(Luqman berkata) Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."
(Luqman : 18-19)
*************************************************************************************
5 ulasan:
Alhamdulillah,,,penduduk Manek Urai membuat pilihan yang tepat...
salam alaiki.. kak ah, tertarik pada penutup entri ni.. 3 orang yg tak dapat dikenali melainkan pada 3 keadaan.. tapi yg kak ah tulis tu, cam tak cukup 3 jer.. kurang jelas ayat kak ah tu.. kot2 kak ah tersilap taip jer..
Asslamualaikum,
Meriha ya programnya.. semoga diberkati Allah atas usaha murni menyebarkan dakwah..
salam, kak han...along dgn angah nak ke mesir? diorg under program apa kak han? boleh cerita lebih lanjut tak...mana tahu utk anak2 kami pulak..
salam.. seronok baca entry ummi. alhamdulillah, ummi dan abbi berjaya mentarbiyyahkan anak2 dengan baik..
saya ni bukan lah dr keluarga yg dutarbiyyah walaupun keluarga penyokong tegar PAS..
InshaALLAH, saya akan melengkapkan diri dengan ilmu agama agar anak2 saya kelak dapat rasa suasana tarbiyyah seperti mana yg anak2 ummi rasa..
doa2 kan saya
Catat Ulasan