Selasa, 14 Julai 2009

Dari Biasa Ke Luar Biasa...

Assalamualaikum.

Fuh! 3 hari 2 malam di Kelantan. Badan terasa amat penatnya namun hati cukup puas. Dapat menyumbangkan sesuatu untuk jihad di Manik Urai dan dapat pula bersama anak-anak untuk hari terakhir mereka di Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Al Furqan (PPIWF) sebelum bertolak ke Mesir pada hujung Ogos atau awal September nanti.

Rancangan awal, majlis penutup kursus intensif bahasa Arab akan diadakan di dewan warga emas. Tup,tup..Datuk Shahrizat pulak buat spoil datang mengejut lawatan ke rumah warga emas sempena PRK Manik Urai...isyh, isyh, isyh...terpaksalah kitaorang berundur. Buat majlis di rumah sendiri...lagi best! Inilah Ustaz Firdaus, guru merangkap warden yang telah menjaga anak-anakku selama berkursus bagai menatang minyak yang penuh...

Anak-anak PPIWF...engkaulah harapan kami...anak yang soleh, insan yang bertaqwa, bakal generasi yang akan mempertahankan syariat islam...

Majlis dimulakan dengan alunan tilawah al-qur'an dan tafsir oleh adik Bazli & adik Mus'ab. Seperti biasa, apa sahaja majlis sambutan yang melibatkan anak-anak, pasti Abi akan merakamkan video buat kenang-kenangan generasi mendatang...


Sedang asyik Ummi mencari sesuatu di dalam beg, tiba-tiba terpana Ummi mendengar suara alunan nasyid yang sungguh merdu dan gemersik. Bila Ummi pandang ke hadapan..."Ya Allah! Anak Ummi rupanya!" Tak sangka Anas (Angah) punya suara yang begitu merdu! Dari kiri : Sofwan, Syakir Zufayri, Anas, Mohd Aqil dan Khairul Izzat.

Selesai nasyid, Angah dan rakan-rakannya, adik Wan Mohd Asyraf dan Syakir Zufayri dijemput pula membuat persembahan lakonan dalam bahasa Arab Fushah (Hiwar Fushah). Hebat!

Kali ini Along (Ammar) dan rakannya, Akmal pula mempersembahkan bakat lakonan mereka! Tu dia...ternganga Ummi mendengar kefasihan mereka bertutur dalam bahasa Arab Ami (Hiwar Amiah)!

Along dan rakan-rakannya Akmal, Wan Mohd Asyraf dan Syed Danial Faliq mendendangkan nasyid 'Hayya Bil Jihad'. Best! Hebat-hebat rupanya anak-anak Ummi ni, tak sangka! Hihihi...

Sajak bertajuk 'Ibu' dideklamasikan oleh adik Mohd Adib, hasil gubahannya sendiri. MasyaAllah...bukan setakat ibu, ayah-ayahpun turut mengalirkan airmata dengan deklamasi sajak yang begitu menyentuh perasaan, tertusuk ke lubuk hati.

Sambil merakam, sambil menghayati...

Persembahan pentomen...Roy (Akmal) dan Boy (Syed Danial Faliq) yang terkenal sebagai kaki buli (dua dari kiri) diikuti oleh Tg.Mohd Harith, Anas dan Mus'ab. Lakonan yang cukup mantap! Masing-masing ibubapa sungguh tak menyangka bakat anak-anak mereka.

Doktor (Bazli) sedang memeriksa Zakuan (Khairul Izzat) yang tidak sedarkan diri setelah dibelasah oleh Roy dan Boy.

Apabila teman telah meninggalkan alam yang fana akibat perbuatan mereka, barulah Roy dan Boy insaf.

Sesalan yang tidak mungkin dapat mengembalikan nyawa yang dipertaruhkan. Alamak, nasib baik lakonan jer...huhu...


Akhir sekali, bersama-sama ustaz yang dikasihi, anak-anak mengalunkan nasyid 'teman sejati' sambil tangan berpeluk erat antara satu sama lain. Bersamamu teman, kita akan mengharungi perjuangan nun di bumi Mesir..tanpa ibu, tanpa ayah di sisi. Engkaulah teman, engkaulah ibu, engkaulah ayah. Pahit getir akan tetap kita tempuhi bersama demi mencari ilmu Allah dan redha Allah.

Ayah, ibu dan handai taulan yang menyertai majlis turut berpaut bahu antara satu sama lain...benar-benar mewujudkan sebuah ikatan persaudaraan!

Majlis berakhir dengan acara penyampaian sijil dan anugerah kecemerlangan. Alhamdulillah walaupun dalam usia yang paling muda (12 tahun) Angah telah berjaya menggondol ranking ke-5 dengan keputusan keseluruhan Jayyid Jiddan mengalahkan mereka yang berusia lebih matang!

Along pula Alhamdulillah berjaya menduduki ranking ke-4 dengan keputusan keseluruhan Jayyid Jiddan! Tahniah buat anak-anak Ummi...! Ingat kata-kata ustaz ; "KECEMERLANGAN akan tercipta apabila PELAJAR BIASA yang datang dari KELUARGA BIASA dengan KECERDASAN BIASA dan belajar di SEKOLAH BIASA.....tetapi telah BERUSAHA SECARA LUAR BIASA!"

Sebagaimana nasihat Luqman kepada anaknya, maka inilah juga nasihat Ummi dan Abi buat anak-anak tercinta ;
  • Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama', kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmah seperti menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
  • Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
  • Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
  • Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang telah ditenggelamkannya. Oleh itu jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
  • Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
  • Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah-lembut melainkan ketika perang dan saudara-maranya melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
  • Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
Firman Allah SWT :

"(Luqman berkata) Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

(Luqman : 18-19)

*************************************************************************************

5 ulasan:

An berkata...

Alhamdulillah,,,penduduk Manek Urai membuat pilihan yang tepat...

Dianah berkata...

salam alaiki.. kak ah, tertarik pada penutup entri ni.. 3 orang yg tak dapat dikenali melainkan pada 3 keadaan.. tapi yg kak ah tulis tu, cam tak cukup 3 jer.. kurang jelas ayat kak ah tu.. kot2 kak ah tersilap taip jer..

Faridrashidi.Com berkata...

Asslamualaikum,

Meriha ya programnya.. semoga diberkati Allah atas usaha murni menyebarkan dakwah..

azniza berkata...

salam, kak han...along dgn angah nak ke mesir? diorg under program apa kak han? boleh cerita lebih lanjut tak...mana tahu utk anak2 kami pulak..

Jacknaim berkata...

salam.. seronok baca entry ummi. alhamdulillah, ummi dan abbi berjaya mentarbiyyahkan anak2 dengan baik..

saya ni bukan lah dr keluarga yg dutarbiyyah walaupun keluarga penyokong tegar PAS..

InshaALLAH, saya akan melengkapkan diri dengan ilmu agama agar anak2 saya kelak dapat rasa suasana tarbiyyah seperti mana yg anak2 ummi rasa..

doa2 kan saya