Ahad, 24 Mei 2009

Scan Kepala, Scan Dosa?

Assalamualaikum.

Pagi itu, kembali Ummi terjaga dari tidur dalam keadaan kepala yang berdenyut-denyut. Amat kuat sekali denyutannya sehingga terluncur dari bibir ini…

“Ya Allah, sakitnya!”

Sungguh lemah hambaMu ini. Sedikit kesakitan diuji, hambaMu telah lupa mengucapkan kepujian dan kesyukuran di atas nikmat nyawa yang telah dikembalikan. Di mana doa pujian yang selama ini selalu diucapkan di awal pagi sebaik sahaja terjaga dari tidur? Bukankah nikmat nyawa yang dikembalikan setelah diambil sementara waktu di alam tidur tadi terlalulah amat besar nilaiannya?



Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali

Sewaktu di dalam kenderaan, sekali lagi kelemahan hambaMu ini tersingkap. Walau kesakitan itu cuba kutahan dari pengetahuan suami dan anak-anak, namun di sebalik cermin mata gelap yang dipakai, airmataku terburai jua.

Amat kuat sekali denyutannya sehingga terasa seolah-olah kepalaku hampir pecah!

Tak tertahan melihat sang isteri merintih kesakitan barangkali, kali ini Abi terus membawa Ummi ke Kuala Terengganu Specialist Hospital untuk ujian CT Scan.

Berada di dalam bilik CT Scan berseorangan di bawah sebuah mesin dalam keadaan berbaring, tidak boleh bergerak, terbayang di fikiran Ummi – bagaimanakah agaknya suasana di alam barzakh nanti?



Di sini walau ditinggalkan berseorangan sewaktu ujian, Ummi masih boleh memanggil petugas melalui cermin kaca di ruang hadapan, namun di alam sana? Di sini walau tiada sesiapa di dalam bilik itu, Ummi tetap berada dalam cahaya yang terang benderang, namun di sana? Di sini walau seluruh badan Ummi menggigil kesejukan kerana suhu aircond yang terlalu sejuk, tetapi selimut tebal tetap melindungi diri ini, namun di sana? Di sini walau Ummi terbaring keseorangan, ianya hanya sementara waktu cuma, kerana selepas ujian berakhir Ummi masih boleh berdiri sendiri dan berjalan keluar dari bilik ini, namun di sana?

Ya Allah, tak dapat kubayangkan suasananya namun sejauh manakah ketakutan dan kegerunan itu dapat kurasai? Kerasnya hati ini!

“Ya Allah, lembutkanlah hatiku, lembutkanlah hatiku, lembutkanlah hatiku ini ya Allah…”

Segala puji bagi Allah yang telah menjauhkan diri ini dari sebarang penyakit yang merbahaya.

Ujian CT Scan menunjukkan Ummi bebas dari kemungkinan diagnosis ‘brain tumor’ yang amat menakutkan! Alhamdulillah…segala puji bagiMu ya Allah.

CT Scan Ummi by you.

Sedikit Maklumat Berkaitan CT Scan

CT Scan Tu Apa, Doktor?

Computed axial Tomography ( CT scan) adalah sebuah mesin yang menggunakan X-ray dan komputer bagi menghasilkan imej keratan tubuh.

Bagaimana CT Scan Membantu Dalam Mendiagnosis Sakit Kepala & Migrain?

CT Scan kepala selalunya dicadangkan untuk mereka yang setiap hari atau hampir setiap hari mengalami masalah sakit kepala.

CT Scan membantu doktor mengesan punca-punca sakit kepala yang disebabkan oleh:

1. Ketumbuhan otak
2. Jangkitan otak (Kudis / Abscess)

3. Hidrocephalus (penghasilan cecair serebrospinal yang abnormal di dalam otak)

4. Penyumbatan sinus

5. Luka

6. Pendarahan otak atau aneurysm


Sebenarnya CT Scan tidak boleh mendiagnosis migrain tetapi apabila semua punca di atas telah disahkan tiada, maka kemungkinan sakit kepala berpunca daripada migrain adalah tinggi.

Sakit Tak Ujian CT Scan Ini, Doktor?

Apa sakit pulak? Tak sakit langsung! Anda hanya akan diarahkan untuk berbaring sahaja di katil. Kat mana sakitnya? Kalau adapun hanya suntikan kontras yang akan diberikan bagi lebih menjelaskan imej CT Scan yang tertera. Suntikan tak sakit manapun, kan?

Bahaya Tak Ujian CT Scan, Doktor?

Kalau anda pernah mengalami masalah alergik di masa lalu, sila maklumkan kepada doktor/jururawat yang bertugas. Kontras yang di suntik mengandungi iodin yang boleh menyebabkan reaksi alergik kepada sesetengah individu.

Mesin CT Scan ini menggunakan kaedah X-ray. Jumlah radiasi yang anda terima dikawal pada tahap yang minima. Walaubagaimanapun sekiranya anda fikir atau telah disahkan hamil, maklumkan kepada doktor. X-ray boleh jadi merbahaya kepada janin di dalam kandungan.

Apa Persediaan Yang Perlu Dilakukan Sebelum Ujian CT Scan?

• Jangan makan 4 jam sebelum ujian

• Anda boleh mengambil ubat-ubatan seperti biasa

• Peruntukkan masa 1 jam untuk ujian ini. Selalunya ujian CT Scan mengambil masa di antara 15 minit sehingga 1 jam.

Apa Yang Berlaku Sebelum CT SCan?

• Anda mungkin di beri ubat sedatif bagi menenangkan individu yang agresif (hanya jika perlu)

• Anda mungkin diminta memakai gaun hospital kerana zip atau bahagian tertentu pada pakaian anda mungkin mengganggu ujian scan.

• Anda juga mungkin diminta menanggalkan jam tangan, cincin atau perhiasan. Sebaiknya, tinggalkan aja semua tu di rumah sebelum melakukan ujian.

Apa Yang Berlaku Semasa CT Scan?

• Bahan kontras mungkin akan disuntik intra vein supaya struktur keratan organ boleh dilihat dengan jelas pada imej. Selepas suntikan diberikan, rasa 'panas muka' atau 'rasa metallik pada mulut' mungkin timbul. Ini adalah reaksi yang normal. Kalau anda merasa sesak nafas atau gejala lain yang pelik, maklumkan segera pada pegawai teknologi

• Pegawai teknologi akan membantu anda berbaring dengan betul. Katil akan bergerak secara otomatik. Penting untuk anda berbaring tetap tanpa bergerak di sepanjang ujian. Pergerakan akan menyebabkan keputusan imej kabur.

• Anda juga mungkin akan diminta untuk menarik dan menahan nafas semasa ujian.

Apa Yang Berlaku Selepas CT Scan?

• Anda boleh melakukan sebarang aktiviti dan mengambil makanan seperti biasa.

(Reviewed by Department of Neurology, Department of Pediatric Neurology, The Cleveland Clinic)

Di zaman sains dan teknologi ini, macam-macam cara dan kaedah boleh digunakan untuk mengesan penyakit. Alatan semakin canggih, manusia semakin berpengetahuan. Sayangnya, berapa ramai di antara kita yang mencari-cari peralatan atau kaedah untuk men'scan' atau mengesan dosa? Sudahkah amalan kita selama ini cukup untuk melayakkan kita menghuni syurga atau dosa-dosa kita yang sebenarnya melebihi timbangan? Wal'iyazubillah...

Kembalilah kepada Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia merupakan scanner yang terhebat di sepanjang masa, zaman dan keadaan!

*************************************************************************************************

11 ulasan:

Noraslina binti Jusin berkata...

Salam,Kak Ummi.

Alhamdulillah,kerana Kak Ummi bebas dari penyakit yang merbahaya itu.

Ina juga ada migrain, tetapi tidak seteruk Kak Ummi..tahu serba sedikit sakitnya..Semoga ia sebagai kaffarah dari dosa-dosa yang lalu.

Maaf, tak dapat lagi seminggu ni ber'YM' dengan Kak Ummi,ada diJerman sekarang ni.

InsyaAllah,balik ke UK nanti,kita bersembang lagi ye kak. Ina doakan Kak Ummi bertambah sihat dan ceria seperti sediakala, ameen ya Rabb.

rabbani berkata...

salam akak.... emmm smbil2 sakit n bz pun smpat agi menulis yer aduyai bangga nyer dgn kemampuan akak mngruskan masa...

walaubgaimana pun.. bani ucapkan syafakillah utk akak.. semoga ALLAH memberikan kita nikmat kesihatan sesudah sakit, dan kesedaran kita ketika sakit.... :D

kin hashim berkata...

Semoga kak han dipermudahkan dalam segala urusan :).

Kak Ummi @ Kak Han berkata...

To Ummu Husna;

Jazakillahukhair Dik Ina atas doa yang dilafazkan.Ameen...Wah! Jauh di German skrg ya?Kak Ummi tunggu juga nak sembang ngan Ina..tapi tak muncul-muncul kat skrin komputer akak..hihi.Kay dik..moga segala urusan di sana berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya..ameen.

To Kin Hashim;

Ameen...Jzkkhair Kin atas doa yang dikirim...
To Rabbani;

Gitulah Dik Bani.Masa tetap berjalan.Sakit ke tak sakit ke,ada tanggungjawab yg perlu ditunaikan.Kalau tak kita yg mengejar masa,maka sudah pasti masa akan tetap meninggalkan kita.

Jzkkhair Bani atas doa yang dilafazkan...ameen.

NizA berkata...

salam kak...sy ni dah seminggu dok sakit kepala kak...dah 3 jenis ubat mkn...x gak baik...uhuhuhuh...
semlm gi klinik...doctor suh wat UPT...sbb patutnyer period semlm..tp hari sabtu tu kuar darah sikit jek...ahad dah x kuar darah...pg td wat UPT -ve...x tau la sakit kepala ni sbb ape...nak kata stress xder pun...

Tanpa Nama berkata...

salam, kak nk tny sy pon rase nk gi scan kpala gak sbb hari2 pening, migrain mmg ada. nk tny harga klu scan kt hospital swasta brape ye?

Kak Ummi berkata...

Wkmslm.Time Kak Ummi buat dulu harganya antara RM400-450 dik..

Unknown berkata...

salam kak ummi...emak saya nak kena scan kepala..risau pulak saya sebab ada kena tandatangan..doktor ada bg bius ka?risau la kalu suntik2 ni..

Tanpa Nama berkata...

Salam kak, esok saya akan menjalani ujian ct scan . Mlm ini saya disuruh makan steroid

Tanpa Nama berkata...

Ubat steroid sebyk 8biji 12jam sebelum ujian dan 8 biji lg 2 jam sebelum ujian ct scan. Saya bertawakal aje kak

misschah96 berkata...

mahalnyer tak jadi nak buat ,budak sekolah pun leh buat ke