Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu: Redhakah Ibu?

Assalamualaikum.

“Makcik, makcik kena banyak berehat ya. Sakit-sakit badan makcik ni kemungkinan disebabkan rehat yang tak cukup. InsyaAllah, kalau cukup rehat, masalah sakit badan makcik ni akan berkurangan.”

Kata-kata nasihat yang selalu ku ulangi buat nenek yang datang dengan masalah sakit-sakit badan.

“Macamana nak rehat doktor. Makcik kena jaga cucu.”

“Makcik jaga cucu? Maknya mana?”

“Maknya kerja. Siapa lagi nak jaga budak ni kalau bukan tok (nenek) nya.”

“Isyhh, larat lagi ke makcik?”

“Larat tak larat, nak buat camana doktor. Nak ambik orang gaji, maknya tak percaya. Tahu-tahu jelah zaman sekarang. Macam-macam boleh jadi.”

“Habis tu, makcik memang redhalah jaga cucu ni?”

“Isyyh doktor ni. Kalau ikutkan hati, memanglah umur makcik ni dah sepatutnya berehat. Dulu makcik jaga anak dari kecik sampai besar. Ingat dah tua-tua, bolehlah rehat. Rupanya zaman sekarang ni, dah lain pula. Tua-tua, kena jaga cucu pulak!”

Hik,hik,hik….Masih terngiang-ngiang di telinga Ummi suara ‘ketawa dalam tangisan’ seorang makcik di klinikku. Bukan! Bukan seorang ! Bukan juga dua! Malah ramai yang memberikan respons yang sedemikian.

Jauh di hati kecil Ummi, Ummi tertanya-tanya adakah ibu-ibu ini redha terhadap anak-anak mereka?

Memang benar, tiada ibu yang akan menafikan kehendak anak-anak mereka untuk menitipkan cucu-cucu kesayangan di bawah jagaan nenek. Lebih terjamin keselamatannya dan lebih terungkap kasihsayangnya.

Namun tidakkah terfikir oleh kita, betapa ibu-ibu yang telah lanjut usianya ini terpaksa mengorbankan masa dan tenaga yang hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi itu untuk anak-anak yang di bawah tanggungjawab kita? Betapa usia-usia tua yang sepatutnya digunakan untuk beramal ibadat atau menadah kitab mencari ilmu dalam kedamaian telah diganggu-gugat pula oleh kehadiran cucu-cucu yang diletakkan di atas pundak kepala mereka, seolah-olah carta kehidupan mereka telah kembali bermula dari A sedangkan usia dan tenaga mereka telahpun menghampiri ke penghujung Z!

Sungguh Ummi risau akan keadaan sedemikian. Redhakah mereka terhadap kita, anak-anak di zaman moden ini?

Mengapa tidak kita fikirkan suatu kaedah yang lain dalam menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak di masa kita bekerja? Mengapa tidak kita korbankan sesuatu demi kerehatan dan keredhaan ibu-ibu kita?

Fikir-fikirkanlah….

Lagi menyedihkan apabila seorang anak datang ke klinik, membentak-bentak si ibu tua dan menyalah-nyalahkan si ibu tua apabila si kecilnya demam, sakit, tertelan sesuatu, allergik dan sebagainya! Betapa teganya mereka menyalahkan si ibu tua yang selama ini telah mengorbankan segala-galanya dalam mendidik dan mengasuh diri mereka semenjak dari mereka kecil sehingga berjaya, yang kemudiannya dilangsungkan pula tugasan yang sama terhadap cucu-cucunya!

Ya Allah, memang benarlah antara tanda-tanda akhir zaman adalah - ibu melahirkan tuan!

Anak-anak di zaman ini bukan lagi bersikap sebagaimana sikap seorang anak terhadap seorang ibu tetapi rata-ratanya bersikap sebagai tuan terhadap ibu-ibu mereka!

Mak 3 by you.

Oh Ibu,
Kukembalikan sajak nukilan dari anak-anak kecilku ini buatmu ibu,
Semoga dirimu sentiasa dilindungi Allah di bawah rahmat dan kasihsayangNya…

Sajak Dari Kakak by you.






*************************************************************************************

8 ulasan:

Brilliant Marjan berkata...

SALAM ZIARAH..INSAF!

Unknown berkata...

salam..
uhuhu..
paling takot bab bedah2 tu..
dah byk kali tgk mase kem..
tp trauma betul!
takot sgt2..
nk nangis je..

n suke dialog nnek and ummi tu..
sedih btol bunyi..
x smpt2 nk rehat..
:(:(

tnx for d post..! :):)

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah al-'Aziem... Ya, Allah, adakah aku tergolong dalam golongan anak-anak derhaka, ketika ini.. Apalah gunanya bakti yang ku berikan pada ibu, andainya imarahku masih menguasai diri, di kala diuji.. Biarlah ku tinggalkan coretan kekesalan di ruangan ini, agar ianya menjadi ingatan yang berterusan buat diriku ini..

rabbani berkata...

salam... akak alpun syok atas pesanan dan kesedaran... emmm klu difikirkan... dan direnung sejenak... bnyk org telah mengabaikan ibu dan bapanya...

kekadang melebihkan isteri atau suami dari kedua orang tua...

bani.. bila pikir ttg mak yg keseorangan dirumah sana... nak jer balik.. tapi apa kn daya, jarak yg memisahkan kami....

Unknown berkata...

salam ummi..gambar kat masjid terapung tu pergi bulan jun tahun lepas..masa tu tak kenal lagi dgn blogging lagi...jadi taklah kenal dengan member cyber..

insyallah kalau terpijak lagi kat sini akak bagi tahu ye..macam mak akak..terpaksa jaga anak adik..nak buat macam mana..mak dan abah duduk satu rumah dengan adik bongsu..isteri di bekerja..mak pulak tak sampai hati nak bagi org lain jaga...

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak Han, memang benar Kak Han, sebahagian anak-anak zaman sekarang ini tak terfikir tentang betapa orang tua sepatutnya berehat,menghabiskan masa dengan ibadah, melancong, pergi umrah dll kalau tak mahu hire orang gaji dengan sebab tak percaya, mintalah ibu bapa jadi pemerhati pembantu ni, bukan ibu bapa yang jadi orang gaji...

Puan Nurul berkata...

Assalamualaikum wbt Dr Ummi,

Terima kasih banyak2 atas peringatan ini..memang kena pd masanya. Saya mmfg betul2 perlukan pandangan Dr Ummi atau drp mana2 pembaca.

Saya ada sorg anak pompuan berusia 9 months. Selama ni saya jd full time housewife sbb saya tunggu husband saya abes belaja. Insya allah akan pulang ke Malaysia in 2 weeks time. Saya mmg 'ngeri' nak tinggalkan anak saya kat maid sbb mcm2 jd skrg. tp sy juga x smpai ati kasik kat Mak saya utk jaga.

Apa saranan Dr terhadap hal ini? Saya dan husband akan bertugas as HO nnt [Dr pon tau kan, workload asa a Dr mcm mana]. Saya jd takut nk tinggalkan anak kat maid kalu both of us on call. Mcm mana yg Dr buat dulu since Dr and husband juga Dr dan ada anak2..

Yang sgt2 berharap,
Terima kasih.

Kak Ummi To Puan Nurul berkata...

Wkmslm.

Dik Nurul,InsyaAllah Kak Ummi cuba berikan sedikit pandangan melalui pengalaman.

Masa akak HO dulu,akak berada jauh dari keluarga,maka pilihan akak adalah menghantar anak di bawah jagaan 'nursery'/'makcik' berdekatan dgn rumah sewa kami.Banyak pengorbanan perlu dilakukan bila dah ada anak masa HO.Oleh kerana nak memastikan setiap mlm anak dapat tidur bersama ibu/ayah,maka kami terpaksa mohon jadual oncall secara bergilir2.Pengorbanan yang mungkin tidak mudah utk kita suami/isteri.

Bila dah balik ke Trg,kami mula mengambil pembntu rumah dari Indon.Terpaksa dik,risau dan bimbang berkecamuk di hati.Namun apa yang akak buat.Mintak mak/ayah 'monitor' bibik seminggu dua di rumah kami.Bila mereka puashati,barulah terasa lega (sebagaimana kata drnurizah - mintalah ibubapa jadi pemerhati pembantu,bukan ibubapa jadi orang gaji)

Alhamdulillah,sehingga kini akak dah biasa bergilir-gilir bibik setiap 2 tahun dan Alhamdulillah, bagi akak diaorang tak banyak timbulkan masalah.Mungkin sebab akak tak expect banyak dari diaorg-asal diaorang jenis tak abaikan solat dan dapat jaga anak dgn baik.

InsyaAllah,bila kita niat tak nak susahkan kedua ibubapa kita dalam hal rumahtangga kita,Allah pasti tolong kita dik.Bukankah redha ibu dan redha ayah akan membawa kita kepada redha Allah?

Semoga pertolongan Allah sentiasa bersama kalian.