Khamis, 14 Mei 2009

Iqra'...! Bacalah Anakku...

Assalamualaikum.

Masihkah Atiqah bertahan di sekolah idamannya?

Hari Pertama :

Ummi dengan penuh debaran menghantar Atiqah ke sekolah dan berharap agar kali ini anak ke-5 Ummi berjaya menghabiskan sesi persekolahan pada usia 5 tahun sehingga ke penghujung tahun.

Hari Ke 2-4 :

Alhamdulillah. Atiqah begitu bersemangat sekali melangkah kaki ke sekolah.

Hari Ke-5 :

Awal-awal pagi lagi;

“Atiqah tak mboh gi sekolah! Atiqah kata Atiqah tak mboh gi sekolah!”

Hah? Macam nak terhenti jantung Ummi mendengar patah-patah perkataan yang sama keluar dari bibir Atiqah. Bukankah patah-patah perkataan itulah juga yang selama ini Ummi dengar keluar dari mulut anak-anak Ummi setiap kali menghantar mereka ke sekolah pada usia 5 tahun?

Ummi pandang Abi. Abi tenung Ummi. Bukan lagak tenungan orang yang sedang bercinta (he,he..) tetapi tenungan dari seorang ibu dan seorang ayah yang telah cukup memahami suasana dan situasi. Di sebalik tenungan dan pandangan itu, terdetik di hati kami : “Kita gagal lagi!” Gagal dalam ertikata menyekolahkan anak-anak kami pada usia 5 tahun.

Bagi yang tertinggal mengikuti siri ini…silalah baca dahulu kisah Atiqah di sini:

(1) Atiqah Mula Sekolah
(2) Berjayakah Atiqah?

Alhamdulillah. Selama ini kesemua anak-anak Ummi boleh membaca (dengan izin Allah) atas hasil usaha Ummi sendiri yang mengajar mereka. Kesemua mereka melangkahkan kaki ke sekolah dalam keadaan mereka sudahpun tahu membaca, bukan baru nak mengenal huruf.

Namun di peringkat usia Ummi sekarang, entah mengapa Ummi merasakan seolah-olah Ummi tidak lagi mampu mengajar Atiqah sebagaimana kakak-kakak dan abang-abangnya dahulu. Mungkin kerana kesibukan meniti hari yang membawa kepada keletihan fizikal dan kelembapan pemikiran.

Kerana itulah Ummi amat berharap agar Atiqah mula bersekolah pada usia 5 tahun. Ummi yakin apabila sudah bersekolah, Atiqah nanti akan boleh membaca dan menulis dengan baik.

Namun harapan tinggal harapan. Atiqah tetap dengan keputusannya untuk mengakhiri persekolahan beliau di usia 5 tahun hanya selepas 4 hari persekolahan! Lagi rekod baru yang berjaya dicipta oleh anak-anakku.

Beberapa minggu kemudiannya:

Setelah habis daya pujukan digunakan namun tetap gagal, maka Ummi mengambilkira kejadian ini sebagai petunjuk dari Allah SWT dan sebagai cabaran untuk diri Ummi sendiri kembali menjadi guru buat si anak bongsu!

Maka kembalilah Ummi mencari Siri Bacaan Awal - “Bacalah Anakku”. Inilah bahan pengajaran Ummi untuk anak-anak semenjak dari yang sulung sehingga ke yang bongsu. Terasa ingin sangat Ummi bertemu dan bersemuka dengan hamba Allah yang telah mencipta kaedah fonetik mudah ini. Bertemu untuk apa? Bertemu untuk menyatakan jutaan penghargaan dan terimakasih yang infiniti di atas jasa mereka. Mereka yang telah mempermudahkan Ummi sebagai ibu memberi pelajaran awal untuk anak-anak pandai membaca. Jazakumullahu khairan kathira buat En.Othman Ahamad bersama isterinya Puan Nik Eliani Nik Nawawi!

Setiap hari Ummi hanya ada masa lebihkurang 1 jam untuk mengajar Atiqah sepulangnya Ummi dari kerja…

Perkembangan Di Hari Pertama:

Atiqah berjaya menghabiskan Buku 1!

Perkembangan Di Hari Kedua:

Atiqah berjaya menghabiskan Buku 2!

Perkembangan Di Hari Ketiga:

Atiqah berjaya menghabiskan Buku 3!

Perkembangan Di Hari Keempat:

Atiqah berjaya menghabiskan Buku 4!

Perkembangan Di Hari Kelima:

Atiqah berjaya menghabiskan Buku 5!

Ummi rasa macam tak percaya. Hanya dalam masa 1 jam sehari, Atiqah boleh menghabiskan bacaan sebanyak sebuah buku setiap hari! It’s miracle. Sungguh Allah telah melapangkan pemikiran dan daya kefahaman Atiqah.

Buku 6, 7 & 8 yang memang mencabar – berjaya Atiqah habiskan bacaan hanya dalam masa 1 minggu!

Subhanallah…terang sungguh hati si anak kecil yang tiada terpalit padanya sebarang dosa.

Ini bermakna hanya lebihkurang 2 minggu sahaja proses pembelajaran, Atiqah sudah boleh membaca, dengan izin Allah. Segala puji bagiMu, ya Allah...

Tarikh 11 Mei 2009, jam 6.20 petang - Atiqah menjerit kegirangan kerana berjaya melafazkan perkataan yang terakhir di mukasurat terakhir buku 8 siri ‘Bacalah Anakku’!

Kini Atiqah sudah mula membaca buku-buku cerita pendek.

Janji Ummi pada Atiqah ; “Nanti kalau Atiqah habis baca buku 8, Ummi kasi hadiah kat Atiqah tau!”

“Hahh..Yeahhhh….Atiqah nak hadiah baaaaaaaaaaaaanyak gitu, ya Ummi?”

“Memanglah. Nanti Ummi bagi hadiah kat Atiqah macam-macam. Tapi janji kena pandai baca dulu. Atiqah nak hadiah apa nanti?”

“Hmmm…(sambil berfikir)…Atiqah nak hadiah buku, pensil, kotak pensil, pensil warna, bekas air, baju…hahhh…Atiqah nak piala macam Kakak dan Kak Aisyah jugak!”

Tu dia! Habis benda disebutnya. Nasiblah budak-budak kecik ni tak reti sebut benda-benda mahal, kan? He,he…

Akhirnya impian Atiqah tercapai jua…

Atiqah hadiah baca 1 by you.

Siap susun ‘berjujuk’ lagi hadiah-hadiah yang diperolehinya..hahaha. Hadiah kategori stationery selesai!

Atiqah T-shirt by you.

Yang ini kategori baju pulak. Kakak-kakaknyapun tumpang sekaki ler dapat hadiah t-shirt labuh muslimah! Nak tau mana Ummi dapat? Direct dari supplier kita, C-Ha! Lepas ni, siapa nak order, contact aja C-Ha. Macam-macam warna dan fesyen terkini t-shirt muslimah ada. Bukan setakat t-shirt, key-chain, pin kerongsang, 'penunjuk mengaji' pun ada! MasyaAllah...comel-comelnya sampai naik ppinar mata Ummi memilih..hehe.

Yang Ummi masih berhutang dengan Atiqah adalah Piala! Alamak, kecik-kecikpun dah berimpian nak memiliki piala rupanya. Jangan main-main. Rupanya selama ini Atiqah memang cukup jealous tengok kakak-kakaknya selalu dapat piala.

Bravo Atiqah! Semoga dirimu akan terus cemerlang dunia dan akhirat! InsyaAllah bacaan Iqra' (al-qur'an) pula akan Atiqah selesaikan dalam masa yang terdekat. Jangan celik huruf tetapi buta al-qur'an sedangkan al-qur'an itulah panduan hidup. Let us turn to al-qur'an!

*************************************************************************************

7 ulasan:

NizA berkata...

tahniah atiqah!!!truskan usaha ye...

al enzzahti berkata...

hihi,,suke baca cite anak2 kak ummi ni..teringin nk tahu bakpe ye tibe2 hari ke-5 tu atiqah wak tubik pernyataan tuh..hihi..
alhamdulillah, bijak2 belaka ye anak2 kak ummi..
tahniah buat kak ummi&suami.. :)

Tanpa Nama berkata...

tahniah kakhan, semoga anak2mu berjaya dunia akhirat. sesungguhnya saya juga impikan keluarga mcm k.han.insyaALLAH,doakan kami berjaya.

Kak Ummi/Han berkata...

Niza,terimakasih dik.InsyaAllah Atiqah akan terus berusaha...!

Al Enzzahti,terimakasih dik.He,he...memang ada sebab-sebabnya cuma sajer tak nak cerita utk menjaga kemaslahatan...

Tanpa Nama...Aikkk, macamana nak doakan ni,tak de nama...hihi...Al ker?

al enzzahti berkata...

hihi,ok2, xpe2..
xsabar nk tgk atiqah ikut jejak lgkah kakak2&abang2nya ke sekolah plk..nnt jgn lupe update cite psl piala tu ye!.. :)
semoga anak2 kak ummi terus cemerlang dunia akhirat hendaknya.. :)

Unknown berkata...

SALAM PERKENALAN
WAH...HEBATNYANYA ATIQAH... HARAP2 ANAK UW PUN AKAN JADI CAM ANAK2 KAK UMMI JUGA.. BLEH KONGSI RAHSIA TAK.. SEJAK USIA BERAPA AKAK AJAR ATIQAH N ANAK2 YG LAIN BC BUKU BACALAH ANANKKU? UW TRY GUNA BUKU 'CEPAT BACA' (AMeen), ALHAMDULILLAH DIUSIA YG BELUM MENJANGKAU 2THN..WAFA SKRG SUDAH BOLEH BACA BUKU 1... SEMOGA WAFA JUGA AKAN MAJU SEPERTI ATIQAH DAN ABG2 N KAKAK2NYER... TERIMA KASIH UTK ENTRY AKAK YG MENARIK HATI UW UTK JELAJAH LAGI UMAH AKAK NI..PANDUAN YG SGT BERGUNA UTK UW DIDIK ANAK-ANAK.

ILANI berkata...

Bagusnya anak2 akak.. terharu plak rasanya bila anak dah pandai baca ....