Khamis, 21 Mei 2009

Anakku Sazali?

Assalamualaikum.

“Doktor, Makcik nak cerita kat doktor pasal anak makcik ni. Maaf ya doktor. Makcik rasa sedih sangat ni. Doktor ada masa ke?”

Luah seorang makcik padaku di pagi ini, usai sesi konsultansi dan rawatan terhadap beliau.

Ummi dah cukup biasa dengan makcik ini. Memang setiap kali ke klinik, beliau akan meminta izin dari Ummi untuk mengambil sedikit masa bagi meluahkan perasaannya apabila ditimpa masalah. Beliau adalah pesakit migrain yang kronik, serupalah dengan doktor peribadinya. Maka kami memang saling faham-memahami…:)

Memahami akan kehendak seorang pesakit yang sekadar ingin meluahkan perasaan, maka kuberikan kesempatan untuknya meluahkan gejolak yang dirasai.

“Doktor, makcik ni ada 12 orang anak. Masa anak-anak masih kecil, makcik buat segala kerja untuk membesarkan anak-anak. Suami makcik polis. Berapa sangatlah gajinya. Sedangkan anak kami ramai…”

Terdiam seketika makcik itu dari berkata-kata. Ummi cukup memahami. Beliau cuba mengawal airmatanya dari menitis…

“Sekarang, anak makcik dah senang-lenang. Betul ni doktor. Anak-anak makcik kebanyakannya kerja besar-besar dan gaji besar-besar. Tapi makcik sedih doktor…”

Kali ini makcik di hadapanku tidak lagi dapat mengawal kesedihannya. Bukan setakat dia. Diriku sendiri hampir mengalirkan airmata melihat kesedihannya walaupun cerita belum sampai ke hujung pangkalnya lagi.

“Paling makcik sedih…anak makcik yang kerja di Sudan. Doktor tau, gajinya 40 ribu sebulan! Tapi ya Allah…sayangnya dia nak hulurkan sesen dua pada makcik hanya Allah yang tahu.”

Terdiam lagi dia…

“Semalam dia balik ke rumah makcik. Makcik minta duit untuk belanja, dikatanya pada makcik, mak nak buat apa duit banyak-banyak? Sambil dihulurnya pada makcik duit sebanyak RM100.”

“Doktor tahu? Makcik rasa nak koyak-koyakkan duit tu di hadapannya! Ya Allah…makcik ingat lagi waktu dia kecik-kecik dulu, rapatnya dia dengan makcik dan adik-beradik tapi bila dah kahwin, macam ni jadinya. Entah apa yang bini dia kasik makan kat anak makcik, makcikpun tak tau!”

“Padahal dulu makcik sanggup ambik upah basuh kain di rumah orang, jadi amah dan macam-macam lagi untuk membesarkan anak-anak. Sudahnya, anak-anak tak sanggup pula nak menjaga maknya di masa tua.”

Ya Allah! Satu adegan yang selama ini dirasakan hanya dalam bentuk lakonan tetapi rupanya ia benar-benar berlaku di sekeliling kita.

Marilah kita mengambil iktibar dari kisah benar ini dan sama-samalah kita menghayati segala apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat di dalam artikel tulisan Ustaz Zaharudin bertajuk Adakah Si Kaya Ini Gila Atau Kita Yang Mabuk?



*************************************************************************************

4 ulasan:

KOnsesi Dakwah berkata...

Membaca tulisan Dr Ummi kali buat ana rasa sedikit keliru... entahlah x tau apa sebenarnya rasa hati...

Benarlah kata orang.. seorang ibu pasti mampu menjaga dan mendidik walau 12 orang anak.. tapi belum tentu anak seramai itu mampu menjaga dan mengembirakan hati ibunya pula...

Sebenarnya ana takut sebab belum tiba masa ana... Ya Allah moga2 ana tidak menjadi anak yang tidak mengenang budi... Doakan ana Dr Ummi...

Aida Ukraine berkata...

salaam... k.han dearie,
dikala diri ini benar2 kangen sama ayahbonda dirumah, cite k.han ni wat bertambah sayup ati ini.

no wonder, cite2 cerekarama or drama2(except film) laani byk cite psl ank derhaka aka anakku sazali kan.

Allaah..sedeyhnye jd macik tu. klu jumpe ank die, meh nk 'katok pale',..aish..marahnye ni!

rabbani berkata...

akak..... termenung seeketika bani baca kisah nih.. tringat kat mak dikampung.... bani baca pun ngalir air mata nih kan org yg mngalaminya... adusssss subhanallah... apalah sgt klu nk dikira wang rggit dgn jasa mak ayah kita korbankan utk kita....

doakan bani tidak tegolongan dr mereka yg sebegitu .....

Humairah berkata...

Salam Dr. Ummi, hurm.. terkilan baca kisah ni.. Mesti sgt susah mck tu berusaha jaga anak dia, tp at last...

Ni ada satu video drpd YouTube, sesuai rasanya dgn kisah ni..

http://www.youtube.com/watch?v=FbqDqFEvxtI

Smoga kita semua terselamat dr mnjadi spt si anak mahupun si ibu.

hehe, baru kali ni rasa nk menulis komen, padahal selalu je baca post kat blog ni.. :)