Ahad, 3 Mei 2009

Oh Tetamuku...!

Assalamualaikum.

Teringat kisah lalu:

Sedang mak melayani tetamu yang berkunjung ke rumah, tiba-tiba…

“Mak! Mak! Nak duit 10 sen. Adik nak beli aiskrim!”

Mak yang agak terkejut dengan jelmaan anaknya secara tiba-tiba di hadapan tetamu, secara halus dan beradab tersenyum pada tetamunya dan berkata :

“Maaf ya Cik Yah. Adik gi main dulu deh. Nanti mak kasi.” Sambil tangannya mencubit halus di peha adik bersama sebuah jelingan tajam tanpa langsung disedari oleh tetamu.

Anak yang telah cukup memahami maksud sebenar di sebalik cubitan halus serta jelingan tajam dari si ibu, terus berlalu tanpa merengek atau mengamuk tak tentu pasal.

Moral kisah ini:

1. Mak-mak kita dahulu amat menjaga adab di hadapan tetamu. Pada anggapan mereka, meminta duit dengan mak di hadapan tetamu samalah maksudnya dengan meminta duit dari tetamu. Maka ia dikategorikan sebagai akhlak yang tidak elok.

2. Mengganggu atau menyampuk percakapan orang-orang tua merupakan suatu akhlak yang tidak wajar.

3. Anak-anak zaman dahulu cukup mengerti teguran secara tidak langsung dari ibubapa mereka. Cukup hanya dengan sebuah cubitan halus atau sebuah jelingan tajam, anak akan taat pada apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.

Mengapa sinopsis ini ditulis?

Ummi benar-benar berada dalam situasi letih, penat dan kecewa. Kecewa dengan sikap dan akhlak anak-anak zaman sekarang serta letih dan penat melayani kerenah ibubapa di zaman moden.

Anggaplah konsultansi yang berlaku diantara doktor dan pesakit pada setiap hari dan detik ini adalah perbualan di antara tuan rumah dan tetamu. Maka sewajarnyalah adab-adab bertamu saling dijaga di antara kedua-dua belah pihak.

Namun apa yang berlaku di zaman ini…

http://www.dubuque.k12.ia.us/doctordoctor/DoctorDoctorLogoFlat.jpg

1. Sambil bercakap dengan doktor, sambil menekan butang sms. Hubungan mata langsung tiada seolah-olah doktor sedang bercakap dengan dinding atau kerusi.

2. Konsultansi bersama doktor dihentikan semata-mata kerana melayani panggilan telefon yang masuk walhal beliau boleh mematikan dahulu panggilan telefon tersebut dan membuat panggilan semula setelah selesai sesi pemeriksaan bersama doktor. Kalau doktor sendiri boleh mematikan dahulu panggilan telefon, kenapa tidak pesakit?

3. Kadang-kadang yang menemani pesakit pula sengaja mendail nombor telefon dan bercakap dengan suara yang kuat sehingga mengganggu konsentrasi perbualan dan pemeriksaan doktor. Kalau dah tahu nak berbual di telefon, tak perlu sama sekali masuk menemani pesakit di dalam. Berbuallah di luar!

4. Ada pula, sambil bercakap dengan doktor, sambil mengunyah kismis. (Terimakasih kerana membeli kismis yang dijual di kaunter klinikku, tetapi itu tidak bermakna anda perlu mengunyahnya di hadapan doktor!)

5. Yang hendak di periksa hanyalah si ibu, tetapi ke semua anak turut dibawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan oleh si ayah, yang seterusnya berperanan membuat pemeriksaan tidak rasmi terhadap segala peralatan doktor serta menambahkan keceriaan di bilik doktor dengan jerit-pekik, laungan dan tangisan yang menenggelamkan terus suara perbualan di antasa si pesakit dan doktor!

6. Kalau tetamu yang datang ke rumah kita tiba-tiba mengarahkan kita menghidangkan air dan makanan mengikut selera mereka, apa agaknya reaksi kita? Samalah ibaratnya pesakit yang datang berjumpa doktor tiba-tiba mengarahkan doktor mempreskripsikan untuk beliau ubat ini dan ini, walhal doktorlah yang berhak mempreskripsikan ubat yang sesuai untuk mereka melalui pemeriksaan yang dijalankan.

7. Samalah juga halnya dengan sikap tetamu yang tiba-tiba mempertikaikan kesahihan jawapan dari tuan rumah terhadap beberapa persoalan yang sememangnya tuan rumah lebih arif. Dahlah tuan rumah berhempas-pulas nak memahamkan beliau, rupa-rupanya soalan itu ditujukan semata-mata nak menunjukkan bahawa dia lebih tahu maklumat berkaitan persoalan tersebut dari pembacaan mereka selama ini (walaupun pada hakikatnya mereka telah tersalah faham, bukan terlebih faham). Kalau rasa dah tahu serba-serbi, tak perlulah lagi berjumpa doktor.

8. Dan lagi, permasalahan dari dulu, kini dan selamanya : “Saya datang sebab majikan saya suruh ambik MC dengan doktor.” Maaf! Doktor bukan pekerja kepada majikan anda yang layak diarah itu dan ini. MC hanya boleh diberikan untuk mereka yang layak. Andai anda sememangnya layak untuk mendapat sijil sakit, maka doktor dengan segala kemurahan hati akan meminta anda bercuti…mudah-mudahan penyakit anda segera sembuh, dengan izinNya. Tolong jangan masuk berjumpa doktor dengan permulaan kata-kata perbualan di atas!

http://www.wolfescape.com/Humour/MedThumbs/LoweringDoctorDown.jpg

Nak dengar lagi? Cukuplah sekadar itu kerana Ummi tahu Ummi juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Astaghfirullah…semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.

Mungkin hari ini Ummi masih terpaksa menelan ubat lagi akibat migraine yang masih belum mahu beredar dari bertamu di kepalaku…doakan Ummi!

*************************************************************************************

8 ulasan:

adi berkata...

sabor je la Kak Umi..

Kak Ummi To Adi berkata...

He,he...sebab nak cari jalan untuk bersaborlah ni,sampai curah perasaan kat sini...

Mekasih Adi..sanggup dengar curahan perasaan yang panjang lebar dari Kak Ummi tu! Hihi...Ngko memang Blogawan Trg yang setia..

adi berkata...

antara perjuangan kita adalah terus menerus menyumbangkan ilmu dan kepakaran kita kepada anak bangsa..

amber terkesima dengan tugas Kak Umi sebagai seorang doktor. Apa akan jadi kepada kaum hawa kalau tiada doktor wanita untuk mereka. sudah tentu teramat sulit lagi menyulitkan..

Alhamdulillah - sekarang doktor wanita di negara kita sudah pun ramai. tapi kita mahu ramai lagi doktor wanita khasnya yang berkaitan dengan hal-hal kewanitaan...

semoga Allah memberkati profesion Kak Umi sebagai seorang doktor..

Amin.

Tanpa Nama berkata...

salam kak zaihan, itu tak masuk lg pesakit yg akn mengamuk tak diberi MC, pesakit yg bg arahan supaya buat ultrasound padahal takde indication, kalo tak dia akn mengadu pd pihak atasan, pesakit yg degil tak nk solat ms masuk wad padahal dah dinasihati...ahhh byk lg karenah pesakit yg semakin melampau, apa yg boleh kita buat? senyum, diam dan telan sajalah...

wearelearningparents berkata...

ape2 pun, perjuangan perlu diteruskan.inilah mehnah n tribulasi

Unknown berkata...

salam

siannya..
sabar ea..sabar..
huu~
ada jugak kes gtu?

ummi cpat sembuh yerp..:):)

AFITI berkata...

salam..manusia itu unik..rupanya..dr pun mslh spt..dlm bidang kaunseling juga ya..yup..psikologi manusia itu perlu dipelajari..kdg2..hingga kita penat dgn krenah mreka dan hanya tuhan y dapat mmblasnya ATas ksbrn ujiannya.,.

Tanpa Nama berkata...

syafakillah utk aka kite nih.. emmm tak tau pun akak tak sehat aduyaiiii!!