Isnin, 13 Jun 2011

Hari Keluarga Haji Salleh 2011

Assalamualaikum.

Penghujung cuti sekolah baru-baru ini, Alhamdulillah Ummi dan keluarga berkesempatan mengadakan Hari Keluarga Haji Salleh 2011 yang telah dirancang secara bersama. Kesian pada anak-anak dan sepupu sepapanya yang tak ke mana-mana sepanjang cuti sekolah 2 minggu, makanya, timbullah rencana untuk mengadakan hari keluarga ini. Tambahan pula, dah begitu lama Hari Keluarga Haji Salleh tak diadakan. Almaklum, masing-masing keluarga dah tak cukup korum. Ramai yang anak-anaknya dah belajar jauh. Cutipun tak sekata.

Walaupun tak semua dapat berkumpul, namun sebahagian yang hadir ini sudah cukup membuatkan majlis terasa begitu meriah.

Hadiah terkumpul untuk aktiviti sukaneka dan indoor games. Di atas almari adalah hadiah cabutan bertuah sumbangan daripada anakanda Dr Khairi dan anakanda Zamri dari Putrajaya yang tidak dapat bersama di dalam majlis hari keluarga tahun ini.

Seperti biasa, DJ utama kita tak lain dan tak bukan...Ayah Su Dr Roslan! Hehehe...lepas ni boleh panggil Ayah Su DJ...

Cameraman utama pula, tak lain dan tak bukan...Ayah Chik Jafree! Lepas ni boleh panggil Ayah Chik cameraman..hahaha...

Memperkenalkan Kak Long Asmaa' sebagai Pengendali Utama Sukaneka! Tidak ketinggalan juga Ki sebagai Ketua Keluarga yang begitu bersemangat sekali dengan apapun jua aktiviti keluarga yang diadakan.

Acara bermula...pertandingan memancing tin! Ayah Chik dan anaknya, Qisti memulakan pertandingan.

Kalau tangan tak cukup stabil, jangan harap skru ni boleh masuk lubang!

Giliran Ayah Su dan Fadhlu pula.

Wah, pancingan dah dapat! Cepat, cepat....masa yang diberi hanya 2 minit...

Muslimatpun tak kurang hebatnya...

Ummi dan Che De..berlawan-lawan pancing! Mulanya bukan main laju ler Ummi. Lepas tu tangan dah mula terketaq-ketaq...hoho... Che De belasah sampai lapan tin dalam masa 2 minit! Musliminpun tak boleh challenge...

Pertandingan junjung buku kategori kanak-kanak cilik!

Anak Ummi, Atiqah menjuarai pertandingan ini..

Giliran kategori kanak-kanak cergas pula menjunjung buku.

Wah, berkejar-kejar Amirah dan Aisyah di depan! Kuat junjung buku rupanya anak-anak Ummi ni..hahaha....'Jangan setakat junjung ya nak...kena serap isi kandungannya sekali!'

Pertandingan berjalan atas batu pula! Yang ini kategori lelaki dewasa jelah yang sanggup...

Tu dia! Qisti sedang mengatasi Fadhlu...


Aik?Tak aci...! Yang dewasa lelaki 2 orang ni boleh tarik diri dari pertandingan berjalan atas batu...tukar kepada pertandingan one two zoom pulak? Hahaha...tak sanggup nak tanggung sakit dalam peha lepas ni katanya..
Batu sudah tenggelam dalam air...hahaha...Abi kalah!

Pertandingan mengasingkan bahan dalam tepung kategori muslimat dewasa!

Bertungkus-lumus Mak Teh asingkan biji kacang dalam tepung!

Pertandingan baling tin kanak-kanak cergas!

Giliran kanak-kanak cilik pula membaling! Aduhai, comelnyalah Si Azim ni. Membaling dengan penuh bergaya...hehehe..

Baling Atiqah, jangan tak baling! Baling biar kena pada tin...

Eeeyah...adik Ina pula mula membaling...

Hadi! Kalau tak kena jugak, Ayah Su cakap dia nak 'sunat' Hadi sekali lagi! Hahaha....

Pertandingan membawa bola pingpong dalam sudu kategori kanak-kanak cilik...

Nasib baik kali ni Hadi menang. Kalau tak, kena ready di'sunat'kan Ayah Su...hahaha...

Aik? Ada lagi yang tak sampai-sampai ke garisan penamat? Hihihi...steady aja Azim ni...

Pertandingan mengisi air dalam botol. Cepat lari! Dapatkan botol masing-masing....

Kategori kanak-kanak cergas yang memang cergas!

Tu dia! Habis 4 batang straw dengan kedua-dua tangan sekali kakak Amirah guna.

Lagi, lagi! Cepat...masa dah nak habis!

Pemenang pertama pertandingan mengisi air dalam botol jatuh kepada Maryam dengan berat air 185 gm. Haha...siap timbang dengan timbangan digital. Confirm tak salah tengok.

Giliran muslimat dewasa pulak baling tin. Nampak macam senang aja tapi bila dah baling, pandai pulak bola tu melencong..huhuhu...

Wah, yang ini nampak tepat pada sasarannya!

Qisti dengan balingan yang penuh bertenaga!


Fadhlu pula dengan balingan yang penuh bergaya..hehe...

Alamak, Ayah Chik pula dengan balingan maut..!

Dan akhir sekali Ayah Su dengan balingan yang penuh sopan-santun...keh,keh,keh...

Malam menjelma....menunggu acara indoor games pula selepas selesai solat Isyak berjemaah...

Acara kotak beracun bermula. Seluruh kategori dikumpulkan bersama. Terkulat-kulat Ayah Chik nak jawab soalan bebudak..hahaha..apa taknya, soalan cerita kartun!

Dapat kat budak, confident habislah jawapannnya! Tapi Afifah ni kan, memang best! Berani bersuara dan berani menjawab! Bakal peguam kot ni...

Fadhlu berdebar-debar membuka soalan..hehe...

Che De pulak yang kena! Soalannya berbunyi..."Apakah makanan kegemaran Upin & Ipin?"Keh,keh,keh...manalah mak budak nak tau. Bertuah sungguhlah anak-anak pekenakan mak bapak dia ..hihi..

Jeng, jeng, jeng...lupalah pulak soalan apa yang Aisyah kena jawab..

Kotak hijau bertutup kain batik ni bukan kotak beracun tapi kotak bertuah. Apa taknya, siapa yang dapat jawab soalan dari kotak beracun, dia akan berpeluang 'meraba' dan memilih hadiah yang terdapat dalam kotak bertuah!

Pilih Atiqah, pilih! Haha...time nilah yang paling seronoknya...

Wah! Kipun dapat peluang pilih hadiah dari kotak bertuah tu! Hihihi...power Ki!

Tamat permainan kotak beracun, sambung pula dengan permainan lontaran impian....ala-ala roda impian gitu..hehe. Best permainan ni. Menguji kepantasan minda anda dengan soalan-soalan yang dipaparkan di skrin! Kumpulan muslimat berentap dengan kumpulan muslimin dan pemenangnya adalah kumpulan muslimin! Kweng, kweng, kweng...tak aci ah gitu..hehe.

Dalam masa yang sama, group si cilik ni sibuk dengan pertandingan mewarna...

Manakala kumpulan kanak-kanak cergas pula diuji dengan permainan pictionary! Yang berpeluhnya, orang yang kena buat gaya kat depan tu ler...hahaha...

Di akhir majlis, selepas tamat indoor games, Ki (Haji Salleh) dijemput secara rasmi menyampaikan sepatah dua kata buat anak cucu. Tu dia! Rasmi betul Ki berpidato.

Terpegun! Rugi sangat mana-mana anak cucu yang tak dapat dengar Ki berucap kali ini!

DJ yang keletihan tupun kembali segar bila dengar Ki berucap!

"Terimakasih bak! Kami saaaaaaaaaaaaaaaayang bak!" Anakanda Ahmad Jafree menyampaikan cenderahati buat ayahanda tercinta.

Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba. Dari petang, asyik jeling-jeling kat hadiah yang bertimbun. Sekarang dah tiba masanya untuk hadiah tersebut diagih-agihkan kepada pemenang. Keputusan dah ada di tangan Kak Long Asmaa'.

Ki menyampaikan hadiah kepada Ayah Chik...

Ummipun dapat hadiah juga..haha. Tengok Che Su (Ummi) ngan Ki ni like father like daughter tak?Hihi...

Madihanpun tak ketinggalan...Dah besar panjang cucu Ki ni.

Kak Long Asmaa' - menang acara apa ek? Lupa dah Che Su...

Aisyah - malu-malu pulak? Haha...

Hadi! Nasib baik Ayah Su tak jadi 'sunat'...hihi...

Maryam, satu-satunya wakil dari Kelantan! Ayah Long (ayah Maryam) tak dapat hadir ke Hari Keluarga kali ini kerana terpaksa menghadiri majlis kenduri di Karak. Nasib baik Maryam bersekolah kat sini ek...berpeluang jugak join majlis.

Yeah! Atiqah - juara junjung buku dan baling tin kategori kanak-kanak cilik!

Azim - yang paling cilik antara yang cilik! Tapi power baling tin tu...

Fadhlu - dah masuk kategori lelaki dewasa. Tengok Fadhlu je mesti teringat kat anak Ummi Anas di Mesir yang sebaya dengan Fadhlu. Tunggu eh Angah...balik cuti nanti, kita buat lagi program ni, InsyaAllah.

DJ pun dapat hadiah? Hehe..sambil-sambil jadi DJ pun, sempat lagi ikut main sekali...

Che De - Juara Pancing Tin Tahun 2011! Hebat Che De!!!

Adik Ina - juara pertandingan mewarna! Cantik banget si cilik ni mewarna...

Tengok Qisti pulak, teringatlah Ummi kat anak sulung Ummi, Ammar di Mesir yang sebaya dengan Qisti. Tarikh lahir diaorangpun beza selang sehari aja. Kali ini Qisti berjaya menggondol juara untuk kesemua acara! Hebat dia. Tengok nanti, Ammar mesti nak challenge Qisti lepas ni..hehe. Ya tak Along?

Mak Teh - macam chipsmore...kejap ada, kejap tak ada. Time indoor games sempat lagi Mak Teh gi run clinic...haha. Payah bebenarlah Mak Teh ni nak tutup klinik...workerholic macam Ki zaman muda-muda dulu gak ni.

Amirah - juara junjung buku dan baling tin...hohoho...

Iffah - bakal peguam kita...hahaha...pandai-pandai je Che Su ya. Alahh...ambik peguamlah pulak Iffah. Abang kakak semua dah line perubatan tu.

Ainun nampak moyok aja? Agaknya dah terfikir pasal esok dah nak balik ke asrama...huhuhu. Apa nak buat, kan? Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ilmu perlu dicari. Tanpa ilmu, manusia ibarat haiwan tak berakal, hidup tanpa panduan...

Demikianlah berakhirnya Hari Keluarga Haji Salleh 2011. InsyaAllah next gathering akan menyusul. Nak tunggu anak-anak Ummi di Mesir balik bercuti pulak.

Jutaan terimakasih, jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada Ki terutamanya,suami tercinta, abang-abang, kakak dan anak-anak saudara yang telah bertungkus-lumus menjayakan program hari keluarga ini. Semoga tautan kasih antara kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat serta mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

5 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum kak ummi. seronoknya tengok aktiviti keluarga kak ummi. rasa nak buat juga tapi payah benar nak berkumpul ramai-ramai. kalau berkumpul ramai selalunya raya puasa, itupun sibuk nak ziarah sanak-saudara.

Kak Ummi berkata...

Wkmslm Chik.Memang seronok sangat Chik!Ha'ah...itupun sebahagian je dapat berkumpul.Kalau sekarang nak tunggu kumpul semua memang tak dapat dah Chik.Masing-masing dah byk komitmen.Ada tak adanya,buat ajalah mana-mana yang ada....huhu.

ekramhakim~ berkata...

Menarik! Happy Family Day. Teruskan menjadi inspirasi:)

cinta cukulet berkata...

salam dr ummi..tengok gambar pun dah dapat rasa keseronokannya dah..hehe..semoga bahagia selalu dengan keluarga ye kak =)

Adie Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak Ummi. Sambil-sambil saya mencari bahan untuk tugasan, terjumpa saya dengan blog Kak Ummi ni.. Masha Allah! Dengan melihat gambar-gambar aktiviti hari keluarga sudah terasa keseronokannya. Aktiviti yang amat bermanfaat. Mudah-mudahan Kak Ummi sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu. Aamiin..