Pagi sebelum berlakunya ribut taufan di Kuala Terengganu, pada tarikh 18 Jun 2011 baru-baru ini, Ummi sekeluarga sempat menghadiri Hari Keluarga PAS Cawangan Tok Ku yang diadakan di Resort, Marang.
Alhamdulillah, Hari Keluarga disambut dengan begitu meriah sekali. Yang kecil, yang besar, yang tua, yang muda....semuanya memberikan sokongan penuh kepada semua aktiviti yang diadakan. Ditambah pula dengan tema pakaian bercirikan warna hijau, makin menyerlahkan lagi kemeriahan sedia ada.
Acara sukaneka dimulakan untuk kanak-kanak perempuan bawah 12 tahun. Kelihatan anak Ummi, Amirah (kakak) sedang membaling bola ke arah pokok kelapa di hadapan. Targetnya, bola mesti kena pada batang pokok kelapa. Malangnya balingan kakak tersasar! Haha...
Abi, seperti biasa tak habis-habis kena jadi DJ..hehe. Di sebelah Abi adalah Syed Hassan, ketua cawangan...
Acara Teka Berat Tembikai! Siapa yang dapat meneka dengan tepat, tembikai dan hadiah misteri di dalam tong tersebut akan berjaya dimiliki!
Sambil bermain, sambil diumumkan pemenang hadiah cabutan bertuah. Hadiah disampaikan oleh ketua cawangan.
Hmm...acara apa pulak ni? Acara menganyam ketupat untuk muslimat! Akhirnya yang jadi, bukan ketupat...ular daa...hahaha. Mana le Ummi reti anyam ketupat ni...huhuhu.
Aik? Ada exam juga kat Hari Keluarga ni? Ini adalah acara suami-isteri 'Tahu Sama Tahu'. Best acara ni sebab masing-masing akan diuji setakat mana pengetahuan suami & isteri terhadap masing-masing pasangan.
Ni dia Johan pertandingan acara 'Tahu Sama Tahu'. Wahh..hebat Tuan Zaidi! Dah hidup bersama berpuluh tahun ni...
Ni dia Johan pertandingan acara 'Tahu Sama Tahu'. Wahh..hebat Tuan Zaidi! Dah hidup bersama berpuluh tahun ni...
Manakala tempat ke-2 acara 'Tahu Sama Tahu' jatuh kepada pasangan Ummi dan Abi! Hehehe...jangan jealous...
Juga Johan dalam acara Teka Silangkata! Fuh..mencabar habis soalan-soalan yang dikemukakan. Tak sangka juga dapat johan.
Juga Johan dalam acara Teka Silangkata! Fuh..mencabar habis soalan-soalan yang dikemukakan. Tak sangka juga dapat johan.
Bob Lokman menyampaikan ucapan penutup perasmian. Walaupun ringkas sahaja ucapannya tetapi isi yang disampaikan cukup padat dan mengesankan!
Oleh kerana Bob Lokman terpaksa pulang awal, maka kami mengambil kesempatan bergambar bersama beliau sebelum beliau pulang.
Sekembalinya Bob Lokman, majlis penyampaian hadiah disambung semula. Kakak Amirah menerima hadiah ke-2 untuk acara sukaneka 'bull's eye'
Dan akhirnya pemenang Teka Berat Tembikai diumumkan! Syafirah telah berjaya meneka hampir tepat, hanya miss 0.01 point saja. Tahniah! Tahniah! Oleh kerana beratnya hadiah misteri ini, beliau terpaksa dibantu oleh suaminya untuk membawa hadiah.
Akhir sekali, Abang Mat dijemput menerima hadiah cenderahati sebagai tetamu kehormat Hari Keluarga Cawangan kami...
Sebelum majlis bersurai, ketua cawangan dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan diikuti dengan doa penutup yang dibacakan oleh naqib usrah kami, Ustaz Syed Kamil.
Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum masing-masing pulang ke destinasi.
(Klik 2x pada gambar untuk besarkan)
(Klik 2x pada gambar untuk besarkan)
Maka berakhirlah sudah Hari Keluarga Pas Cawangan Tok Ku 2011. Sehingga berjumpa lagi dalam aktiviti-aktiviti setempat yang lain. Hadir kita ke sini bukan sekadar hadir untuk mengisi masa lapang, bukan sekadar hadir untuk mengisi jadual aktiviti...namun kehadiran kita adalah kehadiran dalam suatu majlis untuk mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan silaturrahim sesama kita. Bukankah membina dan mengeratkan silaturrahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam? Bahkan Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
Rasulullah s.a.w juga bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim” (Riwayat Al-Bukhari)
Semoga ikatan ukhuwwah antara kita akan sentiasa terpelihara dan kita akan tetap disatukan dalam ikatan perjuangan ini.
2 ulasan:
salam. comeinya hari keluarga ni...saya xpenah join lg...pas ni insha Allah..hehe=)
anak ummi comei2=)
tahniah untuk sahabat2 di cawangan Tok Ku yg berjaya menganjurkan Hari Keluarga...semoga terus maju.
Catat Ulasan