Sabtu, 25 Jun 2011

Dalam Susah Ada Senang, Dalam Duka Ada Ria...

Assalamualaikum.

Kata pujangga; dalam kesusahan ada kesenangan, dalam kedukaan ada keriangan. 3 hari setelah rumah dipukul ribut dan dalam keadaan kami sibuk dengan aktiviti pemulihbaikan, hari itu anak-anak pulang dari sekolah dengan senyuman lebar dan hati yang berbunga-bunga. Naik hairan Ummi jadinya.

"Hah, apa sengih-sengih ni?Ada berita apa kat sekolah?" tanya Ummi kehairanan.

"Ummi, Ummiii...Ummi tau tak? Kita semua dah dapat nombor periksa dannnnn kita semua dapattttt nombor satu!!!!" Jawab anak-anak serentak.

"Ya ke?Alhamdulillah....syukur padamu Ya Allah. Tahniah,tahniah! Mari sini Ummi nak cium dan peluk..."

Seorang demi seorang menghampiri Ummi bagi mendapatkan hadiah ciuman dan pelukan dari seorang ibu. Hmmm....bau badan tak usah nak katalah time balik sekolah ni tapi semua tu dah jadi 'wangi' dek kerana happynya Ummi.

Makanya, hujung minggu baru-baru ini berkunjunglah Ummi ke sebuah restoran di sini bagi meraikan kejayaan anak-anak perempuan Ummi. Kebetulan ketiga-tiganya memang suka makan chicken-chop. Jadinya senang aja Ummi nak raikan diaorang. Bawak aja ke restoran chicken-chop...happy bukan main lagilah 3 dara Ummi ni..hehe.

Dah lama sebenarnya tak berkunjung ke sini. Kali terakhir, semasa Along dan Angah masih di Malaysia.

"Wahh..bestnya!Kakak dah dapat..." kata Aisyah.

Nampak gaya, Ummi kena belajar masak chicken-cop jugalah lepas ni. Nampak simple aja, kan?

Sup cendawan untuk Ummi dan Abi...hehe

Yang peliknya, tiga-tiga dara nipun gemarkan air buah yang sama...honeydew juice!

Alhamdulillah...Atiqah dah kenyang. "Lain kali kita datang sini lagi, ya Ummi" "Boleh,boleh..nanti next OTI Atiqah dapat nombor satu, Ummi bawak ke sini lagi, InsyaAllah" ...Hehe, ada aja target yang Ummi tetapkan untuk anak-anak...

Keesokan paginya, bagi memenuhi janji Ummi untuk anak-anak kalau dapat nombor satu...jeng, jeng, jeng...hadiah kasut cantik sorang sepasang! Hahaha..puas hati habislah kakak ni...

Aisyahpun sama. Happy sakan dapat kasut baru!

Atiqah pulak dapat kasut sport cantik! Hmm...semua dah ikut style Ummi, kemana-manapun pakai kasut sukan..hehehe...selesa, kemas dan ringkas!

Buat anak-anak Ummi :




5 ulasan:

Unknown berkata...

tahniah anak umi..

sukenya..dapt no.1...huhu

CeqGu berkata...

wahh alfun mabruk buat ummi dan anak2...seronoknya kalau anak anis nanti sebijak anak ummi..moga2 firas jadi anak yg soleh dan pintar macam anak ummi:)

wfaiziah berkata...

Pandainya anak2 K Han.. sejuk perut ibu mengandung! Apa rahsianya ek..?
takziah dengan kejadian ribut yg melanda rumah K Han.. baru berjinak semula dengan blog nih, dah lama tinggalkan aktiviti blogging ni sbb terlalu stress dgn exam. Byak jgk K han kena repair rumah tu...

p/s : Rumah K han nampak cantik dan selesa. Berapa keluasan tu?

Kak Ummi@Kak Han berkata...

Terimakasih Atiqah...:-D

Cekgu Anis...Amin.InsyaAllah Ummi doakan Firas juga nanti jadi anak yang soleh dan pintar...:-D

Wan,Alhamdulillah..semoga mereka akan terus cemerlang di dunia dan di akhirat.Tak ada apa rahsiapun Wan.Didikan yang berterusan,doa yg berpanjangan..segalanya rezeki dari Allah.Keluasan tanah ke Wan?Lebihkurang 0.6 ekar.Nipun rezeki juga,dapat offer tanah kat kampung.Mailah Wan, singgah rumah Kak Han kalau ke Trg.

yanti berkata...

salam wbt,,tahniah k han, ank2 semua bijak2..insyaallah, penyejuk mata umi n abi..bestnye makan kt restoran kt kuala ibai tu? teringat wktu summer gi makan dengan ma dan abah..k han..saya dah grad, alhamdulillah,,insyaallah,,akan buat internship di sini,,ade rezeki kita jumpa raya nanti ye..rumah k han kat mana ye? ..yanti