Sabtu malam, 18 Jun 2011, Kuala Terengganu diserang ribut kuat!
Malam itu kebetulan Ummi tak bekerja. Hanya Abi yang bekerja di klinik. Cuaca di siang hari biasa-biasa sahaja. Selepas solat Isyak berjemaah bersama Ki dan anak-anak, sebaik sahaja kami mengaminkan doa, tiba-tiba atap rumah bergegar dengan bunyi dentuman berulangkali yang cukup kuat! Spontan Ummi dan anak-anak lari ke arah Ki sambil meletakkan tangan di atas kepala. Betul-betul terasa bahawa rumah akan runtuh! Ya Allah...takutnya saat itu tak dapat digambarkan.
Selepas beberapa ketika, kedengaran angin bertiup kencang dan hujan mula turun dengan lebat! Ummi dan Ki membuka pintu besar untuk melihat apa yang berlaku di luar. Terlihat oleh kami pusaran angin yang membawa segala dedaunan. Cukup kuat sekali tolakan angin yang dirasai. Pintu yang tadi kami buka, tak mampu ditutup kembali dengan tenaga seorang diri. Terpaksa Ummi menolaknya bersama Ki. Sampai begitu sekali kuatnya tolakan angin yang datang. Ki mula melaungkan azan dan doa dalam menghadapi ribut yang amat kuat.
Serentak itu juga, teringat Ummi kepada mak yang terlantar di bilik sebelah. Terus Ummi berlari mendapatkan mak. Dalam masa yang sama bekalan elektrik terputus. Kami dalam kegelapan. Anak-anak mula merengek ketakutan. Saat itu juga terdengar bunyi air menderu masuk melalui celahan-celahan lampu. Subhanallah. Rupa-rupanya sebahagian atap telah pecah dan di bawa angin menyebabkan hujan lebat menderu-deru masuk melalui lubang lampu yang tertolak keluar akibat tekanan.
"Bik! Cepat pasang lilin dan cari baldi!!!!" laung Ummi pada bibik. Air yang menderu masuk melalui siling sudah mula melimpah. Rupa-rupanya bibik terkaku dalam ketakutan. "Buk, mati bibik, buk. Mati bibik, buk." rungut bibik berulangkali. Ummi yang dalam kekalutan terpaksa berkejar ke sana kemari mencari lilin dan baldi untuk tadahan air. Bibik masih juga di situ, menggigil ketakutan!
Tak sempat kebocoran di dapur ditadah, terdengar Ummi bunyi air turun di bahagian tangga ruang tengah. Ya Allah, rupanya siling di atas tangga runtuh dan air menderu-deru keluar dari situ. Terkedu Ummi melihat air turun dari tangga macam air terjun!
"Kakak, Aisyah, Atiqah! Cepat ambik tuala! Tolong Ummi lap lantai ni semua...."
Dalam masa yang sama, Ummi cuba hubungi Abi di klinik. Malangnya, line telefonpun terputus. Hanya selepas 15 minit, barulah Abi dapat dihubungi.
Sekembalinya Abi ke rumah, barulah kami perasan, rupanya bekalan air juga terputus akibat paip yang pecah di luar rumah! Subhanallah...
Ruang tamu : Gambar ini diambil hanya selepas kami selesai menolak air keluar dan mengemop lantai jam 12 malam.
Habis semua carpet tak sempat diselamatkan. Ada tak adanya, kami campak aja carpet yang ditenggelami air tadi ke luar rumah.
Carpet di dapur sudah kuyup. Hanya yang ini belum ditarik keluar dek kerana beratnya meja makan. Bibik di hujung pintu baru boleh 'bernyawa' dan sedar dari 'kekakuan'...huhuhu.
Keesokan paginya barulah tahu keadaan sebenar yang berlaku di luar rumah. Atap stor sudah terbang! Segala paip wayar tercabut dan patah!
Ni dia atap stor yang terbang itu. Betul-betul jatuhnya di hadapan kolam. Bayangkan kalau ianya terjatuh di atas canopy...
Mesin air yang berat inipun boleh terangkat dan beralih kedudukannya! Paip air langsung pecah. Ini yang menyebabkan bekalan air terputus.
Astro juga terbang dibawa angin!
Terdapat dua kebocoran pada kolam kecil akibat hentaman atap yang pecah.
Terdapat dua kebocoran pada kolam kecil akibat hentaman atap yang pecah.
Halaman depan : Habis pokok-pokok dalam pasu di hadapan rumah dan di sekeliling kolam ikan terbalik dan pecah pasunya. Sebahagian carpet yang ditarik keluar malam tadi tersandar di tangga hadapan.
Inilah dia sebahagian atap pecah yang dapat dilihat melalui padangan sisi rumah.
Inilah dia sebahagian atap pecah yang dapat dilihat melalui padangan sisi rumah.
Patutlah kuat sangat bunyi dentuman dan gegaran di bahagian atap malam tadi. Rupanya banyak bahagian atap yang pecah sama sekali akibat ribut.
Lagi bahagian atap yang pecah.
Hanya inilah sahaja yang dapat Ummi fotokan. Banyak lagi bahagian atap yang pecah tapi tak kesampaian dek penglihatan untuk difotokan.
Hanya inilah sahaja yang dapat Ummi fotokan. Banyak lagi bahagian atap yang pecah tapi tak kesampaian dek penglihatan untuk difotokan.
Melihat keadaan sebegini, boleh dibayangkan betapa kuatnya pusaran angin yang berlaku malam itu.
Sungguh sesuatu bencana yang berlaku itu menjadi peringatan dan pengajaran yang besar buat kita. Ini baru ujian yang kecil. Belum lagi sampai ke tahap bencana yang melibatkan nyawa manusia.
"Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami, samada yang kami sedari atau tidak, Ya Allah. Tetapkanlah kami di atas jalanMu yang benar dan lurus. Janganlah Engkau tarik kembali hidayah yang telah Engkau kurniakan pada kami, Ya Allah. Akhirilah hidup kami dalam husnul khatimah...Amin, Amin, Amin Ya Rabbal'Alamin."
"Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami, samada yang kami sedari atau tidak, Ya Allah. Tetapkanlah kami di atas jalanMu yang benar dan lurus. Janganlah Engkau tarik kembali hidayah yang telah Engkau kurniakan pada kami, Ya Allah. Akhirilah hidup kami dalam husnul khatimah...Amin, Amin, Amin Ya Rabbal'Alamin."
4 ulasan:
Assalamualaikum Dr., bergenang air mata saya melihat gambar gambar ini. Muga Allah memberi kesabarang dan kekuatan pada dr. sekeluarga. Kasihnya Allah pada kita diberiNya ujian....
Innalillahi wainna ilaihi raji'uun. Moga Abg Lan & Kak Han sekeluarga dapat bersabar......
takziah ummi di atas apa yg berlaku..anis baru sempat baca entry ni...gerunnya tengok...semoga allah sentiasa melindungi ummi sekeluarga
Terimakasih buat semua.InsyaAllah Ummi terima semua ni sebagai kehendak dan ujian dariNya.Alhamdulillah,hari ni semua dah dibaikpulih.Terimakasih sekali lagi dari Ummi atas sokongan sahabat-sahabat dan adik-adik...:-D
Catat Ulasan