Assalamualaikum
Hari ni entah kenapa Ummi terasa rindu pada anak-anak Ummi nun di bumi barakah. Masa yang berputar merubah banyak suasana. Sewaktu kecil, bingit dengan tangisan bayi. Sedikit membesar, bingit dengan suara Ummi dan Abi mencegah itu dan ini demi keselamatan permata hati. Membesar lagi. Sedikit kesunyian terasa sewaktu anak-anak mula bersekolah. Namun sesi petang dan malam, rumah kembali ceria. Mereka terus membesar. Ada yang mula melangkah ke asrama. Kekosongan mula terasa. Dari anak pertama, diikuti anak kedua. Kini, anak ketiga pula mula dijinakkan oleh sekolah untuk tinggal di asrama dalam rangka persiapan menghadapi UPSR.
Termenung Ummi seketika.
Minggu lepas, ketiga-tiga anak perempuan Ummi mengikuti Kem Ibadat selama 3 hari di Anggulia Beach Resort, Marang. Tinggallah Ummi bersama Abi serta Ki dan Wan yang terlantar. Ya Allah...sepinya rumah tak terkira.
"Abi, 5 tahun akan datang, macam nilah suasana rumah kita ek?Aduhhh....sunyinya!" Ya. 5 tahun akan datang anak bongsu Ummi akan menjejak usia 12 tahun. Usia anak-anak mula berdikari di asrama setelah melepasi peperiksaan UPSR.
Namun itulah roda kehidupan. Dulu, kita sebagai anak menyaksikan putaran roda hidup ibu dan ayah sedari muda sehingga ke usia emas. Kini anak-anak pula yang sedang menyaksikan putaran roda hidup kita sebagai ibu dan ayah, sedari mereka kecil sehingga menginjak dewasa...
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
(Al-Asr:1-3)
(Al-Asr:1-3)
5 ulasan:
Salam Kak Han,
Catatan yang menarik....
Wkmslm.
Terimakasih dik...Damitri jugalah yang sudi jadi pembaca setia blog Kak Han..hehe.
seronok baca blog ummi...rasanya selepas ini sy akan melalui apa yg ummi telah lalui....semakin ank membesar semakin kita mendekati usia tua dan menghampiri detik kematian...
Salam kenalan....sblm ni just jd silent reader...tp semakin terasa hati semakin rapat dgn ummi wpun tak pernah kenal.
Terimakasih juga dan salam perkenalan dari Ummi untuk 'Biarlah rahsia'...
salam Dr ummi,
syukur dipertemukan dgn blog dr ummi setelah duk blogwalking.
saya sekarang pelajar perubatan di universiti tempatan yang bakal menamatkan pelajaran tahun depan jika diizinkan Allah.
saya tertarik dengan kehidupan dr sekeluarga yg walaupun sibuk bekerja masih sempat mengajar anak, sempat beraktiviti bersama keluarga, sempat join program anak2...
semenjak matriks saya asyik terfikir bagaimana keluarga saya setelah saya bekerja kelak? (sampai sekarang sy masih belum kahwin..hehe). Mampuke saya jadi isteri yang baik, ibu yang baik, anak yang baik kepada ibubapa dan bakal mertua dengan tuntutan kesibukan kerja doktor.
jika tak keberatan, nak tahu bagaimana dr ummi handle family mase housemanship dulu.
InsyaAllah, saya ingin mencontohi dr ummi suatu hari nanti.
jazakillah.
hambaAllah.
Catat Ulasan